Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan



Perhatian

Tarikh akhir potong rambut & kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis, 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H.

Ini bermaksud, siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap-siap sebab nanti lepas ibadah korban barulah boleh potong kuku lagi.

Tapi, kalau tiba-tiba terlupa dan terpotong kuku, macam mana pulak? Apa hukumnya?


Bagi yang tertanya-tanya, mengapa dan apakah hukumnya jika kita memotong kuku apabila tibanya 1 Zulhijjah hingga selesai penyembelihan, jom ikuti pencerahan oleh Dato Mufti WP seperti yang dipetik daripada Irsyad Fatwa Khas Haji & Korban di bawah ini.


HUKUM MEMOTONG KUKU BAGI YANG BERKORBAN

Soalan:

Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah.

Sejauh manakah kebenaran anjuran ini?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya:

Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku dan ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafi’e.

Adapun al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Hukum potong kuku bagi yang berkorban

KESIMPULAN

Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini, kami nyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Wallahua’lam.



Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

1 September 2016 bersamaan 29 Zulkaedah 1437 H.

Artikel dari siraplimau.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban. Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/08/hukum-potong-kuku-dan-rambut-bagi-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memotong Kuku Dan Rambut Sebelum Ibadah Korban

Hukum Memotong Kuku Dan Rambut Sebelum Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 674 hits
Bulan Zuhijah sinonim dengan ibadah korban yang saban tahun dilakukan pada 10 dan 11 Zulhijah Ibadah ini telah mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah sehingga kini Umum mengetahui ibadah ini adalah bertepatan dengan kisah pengorbanan Nab...
Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Ingin Melakukan Ibadah Korban

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Ingin Melakukan Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 551 hits
Daripada Ummu Salamah R Anha bahawa Rasulullah s a w bersabda Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah jangan dia mengambil satu apa pn daripada rambutnya mahupun daripada kuk...
Bolehkah Buat Korban Untuk Orang Yang Dah Meninggal Dunia Ini Penjelasan Mufti Wp

Bolehkah Buat Korban Untuk Orang Yang Dah Meninggal Dunia Ini Penjelasan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 210 hits
Tak lama lagi dah nak Raya Haji Alhamdulillah dah selamat booking satu bahagian Kalau kita ada duit lebih sikit boleh ke kalau nak buat korban untuk arwah ayah Menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti tentunya ramai yang tak mahu melep...
Hukum Meniatkan Ibadah Haji Dan Korban Ke Atas Orang Lain

Hukum Meniatkan Ibadah Haji Dan Korban Ke Atas Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 549 hits
Apabila tibanya musim haji pasti hati kita akan melonjak kegembiraan terutamanya jika terdapat ahli keluarga atu kenalan rapat yang mendapat panggilan dari Ilahi untuk mengerjakannya Sedari kecil kita akan lebih seronok dan membayangkan ahl...
Potong Rambut Dan Kuku Qurban Tidak Sah

Potong Rambut Dan Kuku Qurban Tidak Sah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 331 hits
Potong Rambut dan Kuku Qurban Tidak Sah Bismillah tanya kan klw qurban g boleh potong rambut kuku bulu2 dibadan nah kmrn Iyas dipotong kukunya sama abinya cz katanya g tau pagi ini suami mengerok kumis dg alasan lupa Nah itu bgmn dg qurban ...
Betul Ke Tidak Boleh Potong Kuku Dan Bercukur Menjelang 1 Zulhijjah Ini Jawapan Mufti

Betul Ke Tidak Boleh Potong Kuku Dan Bercukur Menjelang 1 Zulhijjah Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 341 hits
Hari ini tanggal 31 Julai bersamaan 28 Zulkaedah Sebelas hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban di mana umat Islam yang berkemampuan melaksanakan penyembelihan sebagai salah satu cara untuk bertaqarrub ataupun mendekatkan diri kepad...
Hukum Menyaksikan Penyembelihan Bagi Peserta Korban

Hukum Menyaksikan Penyembelihan Bagi Peserta Korban

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 335 hits
Soalan Adakah perlu orang yang berkorban menyaksikan penyembelihan bagi menyempurnakan korbannya Jawapan Bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah korban yang terbaik adalah apabila orang yang berkorban itu sendiri menyembelih binatang korba...
Ibadah Korban Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

Ibadah Korban Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 364 hits
Ibadah Korban Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin1 Ibadah korban merupakan ibadah yang istimewa di sisi Allah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar yang lebih disukai Allah selain menyembelih hai...
Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 443 hits
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ianya dapat melambangkan identiti seseorang Setiap ibu bapa mahu memberi anak mereka dengan nama yang mempunyai maksud yang baik seperti nama nama Nabi nama para sahabat dan juga ilmuwan Na...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Mana Asalnya Air Kelapa

Mark Adam Lelah Chord

45 Ucapan Selamat Lamaran Singkat Tapi Menyentuh

Menginap Satu Malam Di Royale Chulan Seremban

Hiburan Inkues Ya Allah Kenapa Aku Dibenci Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya Zara Qairina

Dania Sambut Birthday Ke 21 Tahun Dengan Kawan Kawan Di Melaka