Setiap Helai Bulu Haiwan Diberi Allah 1 Kebaikan Lakukanlah Ibadah Korban


BADAH korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.
Dalil pensyariatannya sabit dengan al- Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2: Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda kesyukuran).
“Korban” bermaksud nama bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu.
Sesungguhnya ibadah korban juga merupakan kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana juga dengan ibadat solat. Ibadah korban juga dapat menjadi salah satu ukuran aspek takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.
Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa.” Dalam ayat lain selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud; “Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” – [surah Al Hajj ayat 37].
Antara hikmah ibadah korban adalah untuk membantu golongan susah dan fakir miskin.
Antara hikmah melakukan ibadah korban
1. Ibadah korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatNya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada kita antaranya nikmat kesihatan, kebahagiaan, kemewahan dan yang paling penting adalah nikmat keimanan kepadaNya.
2. Membantu golongan yang susah antara sifat orang mukmin. Mereka sentiasa meringankan beban golongan fakir miskin dengan membelanjakan harta kemewahan yang Allah berikan kepada mereka. Dengan membuat ibadah korban orang yang susah dapat merasai nikmat merasai daging. Sesungguhnya dengan bersedekahlah Allah akan melipat gandakan ganjaran serta memudahkan segala urusan mereka.
3. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan. Dengan melakukan ibadah korban maka ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah disamping mencari reda Allah.
Paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Syafie ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan. 4. Ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketaatan, ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar serta berlipat ganda dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud; “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
5. Selain itu, pada hari akhirat kelak, binatang yang kita korbankan itu akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang dilaksanakan.
Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Syafie adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.
Menurut pandangan yang masyhur dalam kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan korban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.
Mudah-mudahan ibadah korban yang kita lakukan ini mendapat reda Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:
Pembahagian daging korban wajib atau nazar
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
Pembahagian daging korban sunat
Menurut pandangan ulama mazhab Syafie:
1. Untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.
2. Untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
3. Untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Syafie ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan.
Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat.
Agihan daging korban
Sebelum melaksanakan pengagihan daging korban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian korban wajib daripada daging bahagian korban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.
Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat korban wajib dengan mereka yang berniat korban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk akikah.
Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging korban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian akikah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan korban sunat.
Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
1. Memastikan daging korban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;
2. Menyediakan senarai penerima daging korban mengikut keutamaan;
3. Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka; 
4. Mengagihkan daging korban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil;
5. Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging korban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman; dan Mengagihkan daging korban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging korban tersebut.
Mudah-mudahan ibadah korban yang kita lakukan ini mendapat reda Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
MSTAR
The post Setiap helai bulu haiwan diberi Allah 1 kebaikan, lakukanlah ibadah korban appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/setiap-helai-bulu-haiwan-diberi-allah-1-kebaikan-lakukanlah-ibadah-korban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rtm Korban Ibadah Dilakukan Setiap Tahun Santuni Masyarakat Setempat

Rtm Korban Ibadah Dilakukan Setiap Tahun Santuni Masyarakat Setempat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 257 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Aidiladha Raja Muda Perlis Sekluarga Solat Sunat Aidiladha Sertai Ibadah Korban

Aidiladha Raja Muda Perlis Sekluarga Solat Sunat Aidiladha Sertai Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 286 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu

Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 2695 hits
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu Bermula 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban Korban semua orang tahu tapi sejauh mana kita hayati maksudnya Bab ib...
Ibadah Korban Perdana Dimeriahkan Dengan Jalinan Kasih Keluarga Besar

Ibadah Korban Perdana Dimeriahkan Dengan Jalinan Kasih Keluarga Besar

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 233 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Haiwan Korban Hasil Sumbangan Dari Bukan Islam

Haiwan Korban Hasil Sumbangan Dari Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 329 hits
Soalan Bolehkah masjid masjid menerima lembu lembu untuk dikorbankan dari bukan Islam Selalunya adalah dari hasil sumbangan ahli politik dan juga ahli perniagaan bukan Islam Jawapan Bagi menjawab persoalan di atas terdapat beberapa situasi ...
Hayati Erti Sebalik Ibadah Korban Kata Tpm

Hayati Erti Sebalik Ibadah Korban Kata Tpm

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 343 hits
Hayati erti sebalik ibadah korban kata TPM Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Aug 2019 10 24PM
Majlis Sukan Negara Turut Menganjurkan Ibadah Korban Tahun Ini

Majlis Sukan Negara Turut Menganjurkan Ibadah Korban Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 201 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nasi Kurma Ayam Kuzi Acara Nanas Menu Sedap Sebelum Juadah Ibadah Korban

Nasi Kurma Ayam Kuzi Acara Nanas Menu Sedap Sebelum Juadah Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 507 hits
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni tetapi masih tercari cari menu nak masak apa jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun mal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut