Ilmu Menyusu Sangat Penting Webinar Ya Aku Mampu Susukan Anak Sarat Ilmu Penyusuan Percuma


Pencapaian membanggakan untuk komuniti ibu menyusu apabila penganjuran webinar penyusuan terbesar Ya, Aku Mampu Susukan Anak (YAMSA) anjuran Pa&Ma pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 1000 peserta bersama barisan speaker yang hebat dan berkredibiliti dalam bidang penyusuan.
Webinar yang diadakan selama satu hari, bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu menyusu dan ibu hamil yang mendaftar diri sebagai peserta.
Walaupun diadakan secara virtual, kemeriahan tetap dirasakan kerana ruangan chat box dihujani pelbagai komen dan soalan daripada peserta. Para peserta tetap bersemangat mengikuti webinar ini sehingga ke penghujung.
Apa yang seronoknya tentang webinar sehari ini kerana menyediakan pelbagai perkongsian menarik daripada para speaker yang dijemput.
Webinar dimulakan dengan acara cabutan bertuah bagi menghangatkan suasana pagi dan diikuti tazkirah oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood yang berkongsi garis panduan apa amalan yang patut dilakukan dan perkara yang patut dielakkan oleh ibu menyusu sepanjang mereka menyusukan anak.
Acara bertambah semangat apabila sesi Kaunselor Laktasi terkenal, Nad Masrom memulakan perkongsiannya dengan mengupas topik utama webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
Rata-rata peserta yang terdiri daripada ibu pertama kali seronok dengan perkongsian ilmu penyusuan dan semangat yang diberikan oleh Nad Masrom untuk terus menyusukan anak.

Ruangan chat box dipenuhi banyak soalan pelbagai masalah penyusuan untuk dijawab oleh Nad Masrom.
Slot seterusnya bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi yang tidak asing lagi Dr Maiza Tusimin yang berkongsi topik Ibu Sakit Dan Cabaran Menyusukan Anak.

Penjelasan Dr Maiza dapat melegakan hati ibu menyusu yang sering tertanya-tanya bolehkah mereka terus menyusukan anak sekiranya sakit dan mengambil ubat.
Masih Ada Harapan Bagi meleraikan masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu menyusu iaitu masalah susu berkurangan, Kaunselor Laktasi yang juga merupakan pelakon drama terkenal Ika Nabella mengupas topik Susu Ibu Drop, Jangan Give Up Masih Ada Harapan.

Penjelasan Ika yang bersemangat dengan pelbagai tip mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan situasi normal susu drop melegakan kerisauan para ibu.
Selesai memahami permasalahan penyusuan para ibu menyusu, webinar turut menampilkan speaker kaum bapa yang turut tidak terkecuali merupakan penyokong tegar penyusuan susu ibu iaitu Muhammad Noor Zakaria.

Bapa kepada sepasang cahaya mata yang bakal menimang anak ke-3 ini sememangnya terkenal dengan bahan media sosialnya yang mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu.
Muhammad Noor mengupas topik Real Dad Support Breastfeeding dari kaca mata dirinya sebagai bapa yang telah berjaya memastikan dua orang anaknya mendapat khasiat susu ibu sehingga mereka berusia dua tahun.
Sebelum melabuhkan tirai, sesi terakhir menampilkan selebriti mama yang juga seorang pelakon terkenal satu masa dahulu iaitu Raja Farah Raja Aziz.
Pelakon filem Anak Halal ini sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan sejak bergelar ibu kepada tiga orang anak. Menurut perkongsian Raja Farah dalam topik BF Journey, Lain Anak Lain Ragamnya, menyusukan dua orang anak lelaki sangat berbeza dibandingkan dengan anak perempuannya yang baru berusia empat bulan.

Katanya, anak perempuan nampak lebih bertenang dan tidak berapa kuat menyusu dibandingkan anak-anak lelakinya yang juga kuat ‘mengempeng’.
Antara kupasan menarik oleh speaker webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
1. Menurut Ts Siti Fatahiyah, ibu menyusu seharusnya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang menyusukan anak kerana ia akan mempengaruhi pembentukan karektor anak yang menyusu.
2. “Anak pertama saya telah mengalami alahan pada susu formula dan saya telah kehilangannya pada usia 21 hari semasa saya masih dalam pantang. Saya mengalami kemurungan teruk. Kegagalan saya kerana kekurangan ilmu penyusuan.” Nad Masrom.
3. Di dalam slotnya, Dr Maiza berkongsi aplikasi yang membantu para ibu menyusu memeriksa ubat yang boleh diambil apabila menyusukan anak ketika sakit.
4. “Bila berlakon pengarah selalu bagi pegang watak sedih, jadi susu pun ikut sedih nak keluar. Sepanjang 2 tahun 3 bulan menyusu anak, Ika berpegang pada prinsip yang Ika buat sendiri iaitu 5 M iaitu “Mindset, Matlamat, Motivasi, Mentor, Member.” – Ika Nabella.
5. “Peranan seorang ayah adalah provider, jadi dia harus menyediakan dari segala segi iaitu kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan untuk bagi keluarga rasa selamat termasuk makanan dan untuk baby mereka hanya minum susu dan susu ibu adalah yang terbaik.” – Muhammad Noor.
6. Menurut Raja Farah, anak keduanya langsung tidak pandai menyusu terus dari puting payudara dari lahir sampai usia 2 bulan. Sepanjang dua bulan itu dia gigih mengepam dan bersyukur selepas itu anaknya boleh menghisap direct dan dia mampu menyusukan selama dua tahun.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar semalam turut dimeriahkan dengan acara Teka & Menang serta cabutan bertuah. Memang gamat walaupun secara virtual.
Pa&Ma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang komited dengan webinar sepanjang hari semalam. Teruskan bersama kami untuk acara anjuran Pa&Ma yang akan datang, sehingga kita berjumpa lagi!
 
 
 
The post “Ilmu Menyusu Sangat Penting” Webinar Ya Aku Mampu Susukan Anak! Sarat Ilmu Penyusuan Percuma appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ilmu-menyusu-sangat-penting-webinar-ya-aku-mampu-susukan-anak-sarat-ilmu-penyusuan-percuma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 157 hits
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga masa mahupun wang ringgit Manakala si anak pula baha...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 213 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Bab Rezeki Jangan Berkira Isteri Anak Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful

Bab Rezeki Jangan Berkira Isteri Anak Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 210 hits
Bab rezeki ni bukan kerja kita Kerja kita sebagai hamba Allah perlu berusaha dan berikhtiar Dalam usaha dan ikhtiar perlu cari KEBERKATAN Jangan sekadar usaha dan ikhtiar sahaja semata mata Menerusi perkongsian Imam Muda Hassan bila di dala...
Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 162 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Oppa Sangat Petra Ni Anak Terkenan Wajah Korea Rupanya Ini Yang Mona Allen Lakukan Ketika Hamil

Oppa Sangat Petra Ni Anak Terkenan Wajah Korea Rupanya Ini Yang Mona Allen Lakukan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 228 hits
Putera sulung kepada pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen iaitu Petra Pekin yang kini berusia dua bulan menjadi perhatian para peminat Mana tidaknya wajah comel Petra seakan akan wajah bintang Korea itu membuatkan ramai ger4m dan...
Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 241 hits
Tidur sangat penting untuk kanak kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi ...
Paksa Anak Pejam Mata Je Tak Guna Kena Ada Ilmu Ni Nak Tidurkan Anak Awal

Paksa Anak Pejam Mata Je Tak Guna Kena Ada Ilmu Ni Nak Tidurkan Anak Awal

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 209 hits
Anak tidur lambat mak ayah mula rasa tertekan Puas dipujuk dan dodoikan anak masih celik dan aktif Apa cara nak bagi anak tidur awal Anak yang tidur awal bukan hanya menyenangkan mak ayah bahkan tidurnya yang cukup juga baik untuk perkemban...
Sangat Membantu Tanpa Disuruh Kongsi Sesi Fotografi Anak Keluarga Intan Saleh Luah Sisi Bahagia

Sangat Membantu Tanpa Disuruh Kongsi Sesi Fotografi Anak Keluarga Intan Saleh Luah Sisi Bahagia

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 179 hits
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September yang lalu selepas hampir dua bulan usahawan dan personaliti media sosial Intan Saleh tampil berkongsi koleksi gambar buah hati ketiganya Menerusi Instagramnya Intan memuat naik beber...
Tawaran Bantuan Pendidikan Dermasiswa Anak Anggota Koswip

Tawaran Bantuan Pendidikan Dermasiswa Anak Anggota Koswip

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 225 hits
Tawaran Bantuan Pendidikan Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP Tahun 2022 Sukacita dimaklumkan bahawa KOSWIP Malaysia Berhad kini menawarkan bantuan pendidikan Dermasiswa bagi anak anak anggota yang mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti