Idris Haron Nor Azman Bukanlah Katak Politik Seperti Hamzah Zainuddin Azmin Atau Tok Pa


 
Ada beberapa pihak yang terkait dengan PH secara terbuka meluahkan rasa kurang senang atas tindakan gabungan itu memilih dua bekas Adun UMNO, Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calon dalam PRN Melaka.
Hujah mereka, tindakan PH itu tidak beretika kerana menerima “katak politik” ke dalam gabungan tersebut, sedangkan selama ini menolak perbuatan melompat parti.
Termasuk yang secara terbuka menunjukkan rasa senang itu ialah DAP, salah sebuah parti dalam PH sendiri.
Dilaporkan bahawa ketika pengumuman calon PRN Melaka semalam, pemimpin DAP telah tidak memunculkan diri sebagai tanda protes mereka kepada PH.
Isunya, adakah Idris dan Nor Azman merupakan “katak politik”?
Adakah mereka sama seperti Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Mustapa Mohamad yang melompat daripada UMNO untuk menyertai Bersatu sebaik BN tewas dalam PRU14 lalu?
Atau, adakah juga tindakan kedua-dua Adun itu sama seperti Kumpulan Azmin Ali yang meninggalkan PKR dan mengkhianati PH semata-mata kerana mahu menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri?
Dalam hal, harus kita berlaku adil kepada Idris Haron serta Nor Azman dan melihat dalam skop yang lebih luas tentang jiwa besar PH menerima kedua-dua Adun itu sebagai calon PRN Melaka.
Realitinya, Idris dan Nor Azman menyertai PKR serta Amanah hanyalah setelah mereka dipecat oleh UMNO berikutan tindakan mereka bersama dua Adun lain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali.
Mereka tidak melompat untuk menyertai PKR dan Amanah ketika masih berada dalam UMNO, sebaliknya memilih untuk bersama PH setelah tidak lagi menjadi ahli kepada mana-mana parti.
Tindakan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri tidak lain ialah kerana tidak mahu melihat pelbagai kemungkaran, penyelewengan dan perkara tidak betul berlaku dalam kerajaan negeri ketika mereka memegang jawatan sebagai Exco dan juga wakil rakyat.
Lantaran itu, mereka bertindak menarik sokongan dengan tujuan agar kuasa kerajaan negeri dikembalikan kepada PH sebagaimana mandat diberikan pengundi pada PRU 2018 lalu.
Atas tindakan berani itu, mereka kemudiannya dipecat daripada UMNO.
Setelah dipecat dan kemudian PRN diadakan, hakikatnya tidak menjadi kesalahan untuk PH menerima dan mencalonkan mereka semula sebagai calon kerana mereka sudah tiada parti ketika itu.
PH pula akan dilihat sebagai parti yang tidak mengenang budi dan tidak tahu menghargai pengorbanan orang lain jika membiarkan saja Idris dan Nor Azman “mati karier politiknya” begitu saja.
Keadaan mereka adalah berbeza dengan dua lagi Adun, Nor Affendi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini berasal daripada Bersatu dan DAP, tetapi kemudian bertindak khianat untuk menjatuhkan kerajaan negeri PH yang diterajui Adly Zahari.
Mereka ini memang tidak boleh diberi muka lagi atau diterima sebagai calon oleh PH.
Dulu 2018 pun mereka bertanding atas nama PH menggunakan logo PKR, selepas itu menjatuhkan PH, maka tidak masuk akal sama sekali untuk menerima mereka lagi sebagai calon.
Untuk itu, keputusan PH menolak dan tidak mencalonkan mereka adalah tepat dan wajar.
Ini berbeza dengan Idris dan Nor Azman yang memang berasal daripada UMNO dan bertanding atas tiket BN pada PRU 2018 lalu, cuma hidayah Tuhan telah menyerkap ke dada mereka lalu bertindak menjatuhkan kerajaan pintu belakang BN di Melaka dengan satu tujuan – mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.
Selain mereka tidak boleh dikategorikan sebagai “katak politik” seperti Kumpulan Hamzah Zainuddin, Kumpulan Azmin Ali dan Mustapa Mohamad atau Tok Pa, meraikan kemasukan mereka ke dalam PH juga sebenarnya menepati agenda “Khemah Besar” yang diperjuangkan gabungan itu selama ini. – 


ShahbudinHusin 07/11/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/idris-haron-nor-azman-bukanlah-katak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 275 hits
MELAKA Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipecat daripada UMNO sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan masing masing PKR dan Parti Amanah Negara Bekas ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata beliau dan bekas ADUN Sung...
Idris Haron Nor Azman Dalam Senarai Calon Pkr Amanah Sumber

Idris Haron Nor Azman Dalam Senarai Calon Pkr Amanah Sumber

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 183 hits
PKR dan Amanah dijangka menerima dua bekas Adun Umno Melaka Idris Haron dan Nor Azman Hassan untuk bertanding semula pada pilihan raya negeri akan datang menurut sumber parti Sumber memberitahu Malaysiakini kedua dua parti PH itu dijangka m...
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 373 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 278 hits
November 6 2021 6 1Pakatan Harapan akan mempertaruhkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali Calon PH adalah PKRTan...
Pkr Amanah Mungkin Ambil Idris Dan Nor Azman

Pkr Amanah Mungkin Ambil Idris Dan Nor Azman

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 278 hits
PKR Amanah mungkin ambil Idris dan Nor Azman Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dikatakan sedang meneliti cadangan agar PKR dan Amanah masing masing menjadikan Idris Haron atau Nor Azman Hassan sebagai calon mereka untuk pilihan raya tiga m...
Status Idris Haron Noor Azman Sudah Hampir Dimuktamadkan Ph Anwar Ibrahim

Status Idris Haron Noor Azman Sudah Hampir Dimuktamadkan Ph Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 210 hits
By Muhammad Azizul Osman 1 November 2021Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Pengerusi PH Melaka Adly Zahari bersama ADUN Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee di Ho...
Prnmelaka Dun Sungai Udang Pesat Membangun Kerana Idris Haron

Prnmelaka Dun Sungai Udang Pesat Membangun Kerana Idris Haron

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 171 hits
Oleh Wahida Kedudukan Sungai Udang di Melaka menjadi terkenal kerana telah menjadi laluan hubungan pantai utama ke bandar Melaka Sungai Udang juga sememangnya terkenal kerana terdapat kem kem askar yang merupakan lokasi penting negara Sejar...
Jangan Ganggu Mesyuarat Umno Kata Ahmad Maslan Pada Idris Haron

Jangan Ganggu Mesyuarat Umno Kata Ahmad Maslan Pada Idris Haron

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 276 hits
FAZLI RADZISetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan Adun Sungai Udang Idris Haron untuk tidak mengacau mesyuarat parti itu Reaksi Ahmad itu susulan dakwaan bahawa Idris dikatakan hadir mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kechil sekaligus...
Larangan Aktiviti Politik Sismep Akan Bertemu Pengundi Melaka Kata Azmin

Larangan Aktiviti Politik Sismep Akan Bertemu Pengundi Melaka Kata Azmin

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 203 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Perikatan Nasional tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghormati larangan Kementerian Kesihatan Malaysia agar tidak berhimpun atau mengadakan majlis sosial sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa