Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan


 

MELAKA - Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipecat daripada UMNO sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH), masing-masing PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, beliau dan bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, masing-masing menyertai satu daripada parti berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan parti yang disertainya sama ada PKR atau AMANAH manakala Idris gagal dihubungi.
Bagaimanapun ada spekulasi malam ini menyatakan Idris akan menyertai PKR manakala Nor Azman AMANAH.
Nor Azman, 57, berkata Majlis Presiden PH sudah mengesahkan penerimaan beliau dan Idris, 55, ke dalam parti komponen PH dan pengumuman mengenai kerusi yang bakal ditandingi mereka akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
"Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar esok," katanya ketika dihubungi malam ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar pada sidang medianya malam ini yang antara lain mengenai PKR menerima keahlian seorang bekas ADUN yang dipecat UMNO dan AMANAH menerima keahlian yang seorang lagi.
Anwar dipetik berkata, penerimaan kedua-dua bekas ADUN terbabit disempurnakan selepas perbincangan panjang lebar dalam Majlis Presiden PH.
Katanya, empat bekas ADUN yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu bertujuan mengembalikan pentadbiran Melaka kepada PH.
Selain Idris dan Nor Azman, turut menarik sokongan itu ialah bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).
Bagaimanapun, Majlis Presiden PH enggan menerima keahlian Norhizam ke dalam mana-mana parti komponen PH manakala nasib Noor Effandi tidak diketahui setakat ini.
Keempat-empat bekas ADUN terbabit dilaporkan sudah beberapa kali bertemu Anwar selepas mengumumkan penarikan sokongan kepada Sulaiman.
Mereka menerima pelbagai tawaran daripada pemimpin pelbagai parti, terutama parti komponen PH tetapi menunggu waktu paling sesuai untuk mengumumkan parti yang bakal disertai menjelang penamaan calon pada Isnin ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Nor Azman yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN), menewaskan Juhari Osman dari AMANAH (bertanding dengan menggunakan logo PKR) dan Abdul Halim Maidin (PAS) dengan majoriti 772 undi.
Idris yang ketika itu mewakili BN menewaskan Mohd Lokman Abdul Gani (PKR) dengan majoriti 2,229 undi.
Anwar dilaporkan mengumumkan jumlah kerusi yang ditandingi PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ialah, DAP (8), AMANAH (9) dan PKR (11).
Menurut pembahagian kerusi itu, Pantai Kundor diberikan kepada AMANAH untuk ditandingi manakala Sungai Udang diberikan kepada PKR. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-dua-bekas-adun-idris-haron.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 412 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 381 hits
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno Tidak mudah untuk Pakatan Harapan menerima kemasukan dua bekas Adun Umno menyertai gabungan berkenaan namun menganggap ia sebagai langkah yang perlu diambil Pengerusi PH Melaka Adly Zaha...
Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 275 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10071 APA ADA PADA MANIFESTO PH DAN BN 2 ADLY CALON KETUA MENTERI MELAKA 3 KATAK ATAU BUKAN ANDA NILAIKAN 4 INIKAH YANG DINAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Prn Melaka Ph Hampir Putuskan Kedudukan Dua Bekas Adun Umno

Prn Melaka Ph Hampir Putuskan Kedudukan Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 265 hits
Nasib dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sama ada berpeluang untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini hampir diputuskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c as
Prn Melaka Rundingan Pembahagian Kerusi Komponen Pakatan Harapan Selesai 90

Prn Melaka Rundingan Pembahagian Kerusi Komponen Pakatan Harapan Selesai 90

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 432 hits
MELAKA Rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan bagi pilihan raya negeri Melaka telah selesai 90 Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini berkata pemb...
Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 325 hits
MELAKA Pakatan Harapan mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan Manife...
Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 362 hits
November 8 2021 Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu satunya calon wanita AMANAH Beliau diberikan tanggungjawab untuk menja...
Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics