Ibu Gugur Pun Perlu Berpantang Cara Yang Betul Bukan Boleh Main Taram Sahaja Untuk Pastikan Rahim Benar Benar Pulih


Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang. Sama seperti ibu yang melahirkan, anda juga harus berpantang. Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa.
Berpantang dengan cara yang betul membolehkan anda hamil untuk kali seterusnya dengan kemungkinan tiada sebarang masalah. Ikuti perkongsian terapis bertauliah dan pengasas ELLEEN Confinement & Ladycare, Ilyani Mohd Ghazali, tentang tip berpantang selepas mengalami keguguran.
Berapa Lama Harus Berpantang?
Tempoh berpantang yang ideal jika seorang ibu mengalami keguguran pada trimester pertam adalah selama 30 hari. Selama tempoh tersebut juga, hubungan intim perlu dielakkan kerana ibu masih dalam proses pemulihan. Sekurang-kurangnya seseorang wanita disyorkan berpantang selama dua minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Jika mengalami demam teruk atau terdapat pendarahan yang berpanjangan serta lelehen berbau pada faraj selama tempoh itu, rujuklah masalah anda kepada doktor. Hadkan pergerakan. Jangan terlalu aktif dan buat kerja berat sekurang-kurangnya sebulan selepas anda mengalami keguguran.
Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu sangat sensitif dan perlu dijaga. Oleh itu ibu perlu berada dalam suasana yang tenang, positif serta mendapat sokongan penuh dari orang terdekat terutamanya si suami.
Pantang Cara Tradisional
Ketika berpantang, berurutlah seluruh badan. Tetapi jangan pula dibuat urutan sengkak rahim pada awal tempoh berpantang. Jika masih mahu melakukannya, si ibu perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari selepas keguguran. Ibu juga dibenarkan untuk bertungku seluruh badan setiap hari selepas habis tempoh pantang.
Buat juga rendaman faraj, bertangas kering (bermula pada hari ke 30 selama 14 hari), dan berbengkung dengan sapuan ubat barut (jika gugur pada kandungan yang sudah besar). Jika berada di tempat berhawa dingin, pakailah baju lengan panjang lengkap berstokin.
Angin berbisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kaki selepas bersalin. Tidak mengikut amalan ini mungkin akan membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh dan kerap sakit pada pinggang, lutut dan tumit.
Seboleh-bolehnya tunggulah sehingga dua bulan sebelum mengangkat berat. Tabiat mengangkat berat ketika pantang gugur menyebabkan rahim menjadi lemah. Peranakan ibu mudah jatuh dan mengakibatkan ibu selalu diserang sakit pinggang. Paling merisaukan, risiko untuk keguguran berulang juga ada.
Walaupun tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Pengambilan herba sesuai untuk merawat luka selepas prosedur D&C, memantapkan otot sekeliling faraj serta menyihatkan rahim. Jika betah mengamalkan herba, ibu berpotensi untuk meroyan. Selain itu, banyakkan duduk untuk menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berlaku lagi.
Mahu Hamil Semula
Waktu selamat untuk hamil semula selepas keguguran ialah selepas tiga kali kitaran haid. Hal ini penting agar rahim anda benar-benar pulih untuk hamil semula. Setiap ibu yang mengalami keguguran akan mempunyai perasaan trauma dan risau untuk hamil semula. Sebelum melakukan hubungan intim bersama suami, seharusnya anda harus pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika mahu bersama dengan suami buat kali pertama selepas keguguran, wujudkan suasana romantik seperti di awal kehamilan agar anda berdua dapat mendalami momen itu tanpa perlu merasa stres.
Walaupun tidak melahirkan anak, pengorbanan anda ketika mengandung sebelum keguguran adalah pengorbanan yang besar. Pulihkan diri anda, baik mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk hamil lagi. Jaga diri dan ikutlah saranan pakar untuk kembali sihat seperti biasa.
 
 
The post Ibu Gugur Pun Perlu Berpantang Cara Yang Betul. Bukan Boleh Main ‘Taram’ Sahaja Untuk Pastikan Rahim Benar-Benar Pulih appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-gugur-pun-perlu-berpantang-cara-yang-betul-bukan-boleh-main-taram-sahaja-untuk-pastikan-rahim-benar-benar-pulih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan

Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 521 hits
Ketahui Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer
Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1122 hits
The ReporterSiapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan Jika ada mungkin anda perlu membaca penjelasan daripada doktor ini ya kerana keselamatan ibu mengandung dan kandungannya adalah wajib diutamakan lebih lebih lag...
Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 399 hits
Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin Ikan kembung gatalIkan cencaru tajamIkan siakap boleh menyebabkan bentanIkan sardin gatalIkan tongkol gatalSemua makanan dalam tin tinggi garam angin dan bisaSayur kan...
Ohzarina Cara Tidur Untuk Ibu Mengandung

Ohzarina Cara Tidur Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1090 hits
12 Cara Tidur Yang Betul Untuk Ibu Mengandung1 Posisi tidur mengiring ke kiriMemandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam 2 Mandi air ...
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 633 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Tersilap Makan Cuka Kandungan Pertama Gugur Kehamilan Kedua Lebih Berhati Hati Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

Tersilap Makan Cuka Kandungan Pertama Gugur Kehamilan Kedua Lebih Berhati Hati Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 382 hits
Tersilap makan cuka kandungan pertamanya keguguran Pada kehamilan kedua ibu ini lebih berhati hati dalam mengatur pemakanan dan nutrien untuk kehamilan Puan Nisa Riduan berkongsi tentang pengalamannya dalam rancangan TV Pa Ma Musim Keempat ...
Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 685 hits
Kandungan gugur tapi ujian air kencing tetap positif ujian darah menunjukkan hormon beta hCG terus meningkat Rupa rupanya masih ada satu janin di tiub fallopian Perkongsian Puan Waheeda dalam rancangan TV Pa Ma episod 5 yang bertajuk Kompli...
Pecahkan Portion Kecil Kecil Bagi Makan Kerap Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik

Pecahkan Portion Kecil Kecil Bagi Makan Kerap Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 426 hits
Biasanya menginjak usia 6 bulan anak belajar makan Bagaimanapun selepas mula pandai berjalan bukan main susah nak makan Terpaksa berkejar dulu barulah boleh suap Tu pun semangkuk makanan tak semestinya habis Paling risau bila nampak berat a...
Penat Jaga Ameena Tapi Nikmatnya Tak Boleh Nak Share Mak Mak Je Tahu Feeling Ni Shakilla Khoriri Enjoy Berpantang

Penat Jaga Ameena Tapi Nikmatnya Tak Boleh Nak Share Mak Mak Je Tahu Feeling Ni Shakilla Khoriri Enjoy Berpantang

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 551 hits
Berpantang sememangnya momen indah setiap ibu Begitu juga yang dilalui oleh selebriti yang satu ini Shakilla Khoriri yang masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya Ameena Sofea pada 15 Mac lalu Shakilla sempat berkongsi rasa penatn...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu