Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv


Kandungan gugur tapi ujian air kencing tetap positif & ujian darah menunjukkan hormon beta hCG terus meningkat. Rupa-rupanya masih ada satu janin di tiub fallopian!
Perkongsian Puan Waheeda dalam rancangan TV Pa&Ma episod 5 yang bertajuk ‘Komplikasi Awal Kehamilan’ ini ajaib dan jarang berlaku. Dia yang telah mengalami 2 kali keguguran  sebelum ini tidak menyangka selepas keluarnya kantung dan dua janin, masih ada janin di tiub fallopian kirinya.

SPOTTING KEKUNINGAN BEBERAPA TITIK
Ujian air kencing yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif walau pun tarikh kedatangan haid seterusnya lagi enam hari. Namun selepas beberapa hari selepas tarikh sepatutnya haid, dia mendapati ada beberapa tompok spotting kekuningan sebanyak beberapa titik. Ketika pemeriksaan doktor, kantung bayi masih belum dapat dikesan.
“Tompok spotting terhenti selama kira-kira 5 hari dan kembali. Kali ini tompokannya kuning bercampur coklat pula dan tompoknya semakin membesar sebesar syiling 50sen. Berdasarkan pengalaman saya sebelum, ini tanda-tanda awal keguguran. Saya mendapatkan rawatan dan doktor berikan ubat Duphaston untuk menguatkan rahim. Tapi yang pelik selepas ambil Duphaston, spotting makin banyak,” kata Waheeda.
TOMPOK KUNING BERTUKAR COKLAT KEHITAMAN
Wanita ini mula risaukan kandungannya apabila tompokan kuning coklat kini bertukar coklat kehitaman bertekstur kental seakan-akan jeli. Doktor yang merawat memberitahu ini adalah tanda-tanda keguguran. Doktor juga bertindak memeriksa pintu rahim dan mendapati ia tertutup menunjukkan ia bukan tanda keguguran.

RAHIM KOSONG TAPI UPT POSITIF
“Ujian imbasan pada kandungan 5 minggu menunjukkan rahim kosong. Saya tetap memantau dengan membuat ujian air kencing (Urine Pregnancy Test-UPT) untuk memeriksa kandungan. Tetapi apa yang dimusykilkan walau pun kantung tidak nampak, ujian air kencing semakin terang dua garisannya. Tetapi keesokannya semakin pudar. Ini menyebabkan saya dan suami jumpa doktor lain sebagai second opinion,” kata Waheeda.

Wanita yang sudah melalui 3 kali rawatan kesuburan Intra Uterine Insemination (IUI) akhirnya diminta membuat ujian darah untuk memantau hormon beta hCG dengan lebih tepat. Keputusannya ialah 168 iaitu sangat rendah bagi kandungan berusia 6 minggu. Doktor ini juga mengatakan ia adalah  tanda-tanda keguguran.
DOKTOR TERANGKAN 3 KEMUNGKINAN
Ini menyebabkan Waheeda ke Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) hospital. Kali ini doktor melakukan ujian dan imbasan dan imbasan transvaginal, kedua-duanya tidak menampakkan janin. “Ketika itu saya tidak rasa sakit. Pendarahan pula masih spotting dan saya diminta datang keesokannya. Sebelum pulang, doktor beritahu ada 3 kemungkinan sama ada ini adalah tanda awal keguguran, kehamilan luar rahim (ektopik) dan tanda awal kehamilan. Doktor juga turut memberitahu kebahayaan kehamilan luar rahim yang boleh membahayakan nyawa. Tiub Fallopian boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Kalau perlu pembedahan perlu dilakukan,” kata wanita berusia 36 tahun ini.
SATU KANTUNG DUA JANIN KELUAR
Namun 2 pagi keesokannya perut Waheeda memulas, dia alami kesakitan yang teramat sangat pada abdomen menyebabkan tidak boleh berdiri dengan baik. Dirasakan ada ‘ketulan’ keluar, apabila diperiksa ialah satu kantung dan dua ketulan daging kecil seperti janin.

PARAS HORMON BETA HCG TERUS MENINGKAT
Tanpa berlengah, Waheeda dan suami ke hospital. “Ketika di hospital, doktor membuat imbasan dan mendapati rahim saya kosong. Namun ketika itu paras beta hCG meningkat daripada 148 ke 276. Saya risau adakah saya masih hamil dan paling membimbangkan saya telah bertungku dan sebagainya. Jadi doktor kata nak pantau. Tak sangka dalam masa 72 jam ia meningkat ke 449.7. Ini menimbulkan tanda tanya dab ia terus meningkat ke 741 ke 963.

LAPOROSKOPI UNTUK MENENTUKAN KEDUDUKAN JANIN
“Pada ketika ini, keluar setompok cecair coklat kehitaman. Bagi mengesahkan doktor melakukan laporoskopi untuk mengenalpasti kedudukan kandungan. Dan ternyata ia berada di tiub fallopian kanan. Saya serta merta diarahkan berpuasa untuk prosedur pembedahan.

SAKIT BILA MEMGIRING KE KANAN
“Sedang saya berpuasa, saya rasa sakit apabila mengiring ke kanan. Saya ingatkan ia adalah rasa lapar sebab berpuasa tapi ia datang bersama pendarahan. Terus saya ditolak ke bilik pembedahan. Rupanya-rupanya tiub Fallopian sebelah kanan lebam & pecah dan sebanyak 50cc darah sudah mengalir ke bahagian usus.
BAYI TIDAK AKTIF TAPI KANTUNG MAKIN MEMBESAR
Menurut doktor, bayi tidak aktif tetapi kantung makin membesar. Mungkin ketika saya sakit itu tiub Fallopian pecah. Tapi doktor kata tiub sebelah kiri masih elok, jadi saya berpeluang untuk hamil lagi. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut dan mengikuti kisah ibu-ibu lain yang mengalami komplikasi ketika awal kehamilan, ikuti siaran ulangan Pa&Ma 9 malam ini di Astro Prima & Astro Prima HD.

The post Lepas Kandungan Kembar Gugur, Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim. Kisahnya Dalam Pa&Ma TV appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-kandungan-kembar-gugur-wanita-ini-rupanya-masih-hamil-tapi-luar-rahim-kisahnya-dalam-pama-tv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamil Lepas Umur 35 Tahun Banyak Risiko Bakal Dihadapi Tapi Untungnya Anak Lebih Bijak

Hamil Lepas Umur 35 Tahun Banyak Risiko Bakal Dihadapi Tapi Untungnya Anak Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 419 hits
Kehamilan selepas usia 35 tahun diketahui banyak risikonya Tapi kelebihannya anak yang bakal lahir pintar Masa kini ramai wanita yang hamil lewat usia Salah satu sebabnya adalah trend berkahwin lambat Malah ada juga yang disebabkan faktor f...
Rambut Gugur Lepas Bersalin Kembali Lebat Amalan Wanita Ini Guna Petua 3 Bahan Saja Berkesan

Rambut Gugur Lepas Bersalin Kembali Lebat Amalan Wanita Ini Guna Petua 3 Bahan Saja Berkesan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 420 hits
RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN KEMBALI LEBAT AMALAN WANITA INI GUNA PETUA 3 BAHAN SAJA BERKESAN Masalah rambut gugur biasa bagi wanita tapi yang beri kerisauan bila gugur terlalu banyak hingga ada bahagian yang nampak botak Kalau lepas bersali...
Hamil Lagi 6 Bulan Lepas Caeser Ibu Mesti Rujuk Pakar Risiko Rahim Terkoyak Amat Tinggi

Hamil Lagi 6 Bulan Lepas Caeser Ibu Mesti Rujuk Pakar Risiko Rahim Terkoyak Amat Tinggi

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 484 hits
Hamil lagi 6 bulan selepas bersalin ceaseran Mama perlu tahu risiko yang bakal dihadapi kemungkinan rahim pecah sangat tinggi Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semu...
Saya Tak Minta Lebih Cukuplah Anak Dalam Kandungan Ini Mirip Ayahnya Wanita Ini Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan

Saya Tak Minta Lebih Cukuplah Anak Dalam Kandungan Ini Mirip Ayahnya Wanita Ini Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 1340 hits
Perkahwinan yang dibina oleh pasangan ini berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila suaminya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan meninggal dunia Lebih memilukan apabila wanita ini berkongsi cerita dimana ahli ke...
Rupanya Ini Sebab Kenapa Wakil Malaysia Yaashwin Sarawanan Berjaya Lepas Ke Peringkat Akhir Asia Got Talent

Rupanya Ini Sebab Kenapa Wakil Malaysia Yaashwin Sarawanan Berjaya Lepas Ke Peringkat Akhir Asia Got Talent

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 437 hits
Siapa yang menonton rancangan ujibakat Asia s Got Talent pasti mengetahui bahawa salah seorang peserta yang mewakili Malaysia iaitu Yaashwin Sarawanan dari Kuala Lumpur telah dipilih ke pentas akhir pertandingan tersebut Yaashwin yang lebih...
Ketagihan Belanja Online Seorang Wanita Ditemukan Meninggal Masih Memegang Ponselnya

Ketagihan Belanja Online Seorang Wanita Ditemukan Meninggal Masih Memegang Ponselnya

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 277 hits
Beberapa waktu lalu seorang remaja 19 tahun mengalami penyakit jantung koroner karena begadang sambil main ponsel Namun belakangan beredar kabar bahwa kasus serupa juga terjadi pada seorang wanita berusia 27 tahun Parahnya wanita ini berakh...
Zi0nis Mempunyai Tentera Terkuat Tapi Kenapa Masih Takut Kepada Briged Al Qassam

Zi0nis Mempunyai Tentera Terkuat Tapi Kenapa Masih Takut Kepada Briged Al Qassam

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1043 hits
Pengeb0man yang dilakukan oleh pihak Isr4ael terhadap Gaza baru baru ni telah menimbulkan amarah semua pihak sehingga HAMAS beri lampu hijau buat Briged Al Qassam untuk membalas serangan tersebut Namun begitu tak ramai yang tahu sebenarnya ...
Kesakitan Teruk Di Bawah Perut Antara Tanda Kehamilan Luar Rahim Kehamilan Ini Sangat Berbahaya

Kesakitan Teruk Di Bawah Perut Antara Tanda Kehamilan Luar Rahim Kehamilan Ini Sangat Berbahaya

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 443 hits
Biasanya jika telur itu bertemu dengan sperma telur yang disenyawakan bergerak ke dalam rahim anda untuk melekat pada lapisannya dan terus berkembang sehingga bersalin Walau bagaimanapun komplikasi berlaku apabila implan telur disenyawakan ...
Ibu Gugur Pun Perlu Berpantang Cara Yang Betul Bukan Boleh Main Taram Sahaja Untuk Pastikan Rahim Benar Benar Pulih

Ibu Gugur Pun Perlu Berpantang Cara Yang Betul Bukan Boleh Main Taram Sahaja Untuk Pastikan Rahim Benar Benar Pulih

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 345 hits
Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang Sama seperti ibu yang melahirkan anda juga harus berpantang Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa Berpantang dengan cara yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching