Ohzarina Cara Tidur Untuk Ibu Mengandung






12 Cara Tidur Yang Betul Untuk Ibu Mengandung

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.




4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Sumber : Klik Sini





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohzarina.blogspot.com/2019/01/ohzarina-cara-tidur-untuk-ibu-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Boleh Ibu Mengandung Lakukan Sepanjang Menanti Hari Untuk Bersalin

Apa Yang Boleh Ibu Mengandung Lakukan Sepanjang Menanti Hari Untuk Bersalin

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 431 hits
Hello helloo ada orang ke yang nak baca ni Tahun 2006 when i was pregnant anak pertama rasa lambat sangat baby nak keluar Sepanjang 9 bulan tu saya lalui dengan rasa bosan yang tak tahu nak buat apa Maklum la anak pertama Kalau anak dah 3 4...
Ohzarina Cara Pasangan Nikmat Orgasma Bersama

Ohzarina Cara Pasangan Nikmat Orgasma Bersama

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 536 hits
Dianggarkan lebih 10 peratus wanita yang aktif melakukan hubungan seks kurang mencapai nikmat orgasma Sedangkan untuk merangsangnya bukanlah sesuatu yang sukar Semuanya boleh dipelajari kerana pokok pangkalnya adalah hati Para suami seharus...
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 718 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Kurma Mudahkan Proses Bersalin Ibu Mengandung Mesti Amalkan

Kurma Mudahkan Proses Bersalin Ibu Mengandung Mesti Amalkan

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 337 hits
Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma Ia turut diakui oleh perubatan ...
Cara Untuk Senang Tidur

Cara Untuk Senang Tidur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 875 hits
Hi hari ni saya sharekan video tentang cara cara mudah untuk tidur bagi yang susah nak tidur tu boleh la try cara ni Semoga bermanfaaat
Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 615 hits
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan Kalau tak berhati hati bayi boleh mati dalam kandungan Semakin meningkat usia kandungan ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin ...
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 458 hits
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan Apa permintaan isteri korang paling pelik pernah dia minta masa dia mengandung Sebelum ni ada yang sampai minta nak naik kapal UFO Aduh m...
Menarik Cara Ibu Ini Tunjuk Masak Bubur Nasi Bayi Dalam 10 Minit Mudah Jimat Masa

Menarik Cara Ibu Ini Tunjuk Masak Bubur Nasi Bayi Dalam 10 Minit Mudah Jimat Masa

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 693 hits
Bermula dengan anak lahir rutin ibu berubah Apabila masuk sahaja usia 6 bulan dan anak mula belajar makan penyediaan makanan untuk anak juga penting bagi memastikan anak cukup zat Namun memikirkan untuk buat bubur anak yang mengambil masa l...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan

Varian Baharu Covid 19 Xfg Dikesan Di Malaysia