Pecahkan Portion Kecil Kecil Bagi Makan Kerap Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik
Biasanya menginjak usia 6 bulan anak belajar makan. Bagaimanapun selepas mula pandai berjalan, bukan main susah nak makan. Terpaksa berkejar dulu barulah boleh suap. Tu pun semangkuk makanan tak semestinya habis.
Paling risau bila nampak berat anak semakin susut dengan ketara dan apa yang dibimbangi ibu bila nak buat check up di klinik. Nak tak nak mesti nurse akan tanya macam-macam soalan.
Perkongsian dari Puan Nur Nabila melalui Group Happy Baby Foods Malaysia mengenai caranya tackle anak makan boleh dicuba.
Saya nak share sedikit, mungkin benda kecil untuk sesetengah orang tapi saya rasa besar untuk saya. Bermula dari 6 bulan dia ada selera nak makan, tapi masuk 7 bulan lebih macam tu dia dah kurang makan sebab anak saya dah mula nak berdiri. Dia memang fokus dekat kaki. Kalau makan tu memang lepas 5 suap dia nak bangun dari baby chair dan main.
Jadi memang mommy bertabah bagi makan nak habiskan satu meal pun makan masa sejam, tu pun selalu tak habis.
Mula-mula memang susah hati sebab risau berat dia tak naik. Boleh kata bila dia buka mata je dia memang nak main sampai tidur.
Apa yang saya buat, saya kerapkan bagi dia makan. Saya pecah-pecahkan portion jadi separuh dan bagi bila dia nak, lepas tu biar dia main kejap dan sambung balik makan. Macam tu lah rutin dia dari pagi sampai petang.
Alhamdulillah, hari ni check up, nurse cakap bagus berat baby naik cantik je. Nurse puji sebab walaupun baby dah dapat kaki, berat naik juga dekat 1 kg. Rasa nak menangis pula sebab dekat dua bulan lebih ni memang struggle masak macam-macam dan cari jalan nak bagi anak makan.
Posted by Nur Nabila on Tuesday, 26 March 2019
Semoga mommies yang anak semakin aktif ni, jangan putus asa, kena banyakkan bersabar. Tengok lah video anak sy makan tu, kena pegang tangan daddy nya baru nak makan, kena makan sama-sama baru nak. Sabar je lah. Janji anak nak makan.
Posted by Nur Nabila on Tuesday, 26 March 2019
Sumber: Nur Nabila
The post Pecahkan Portion Kecil-Kecil, Bagi Makan Kerap. Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pecahkan-portion-kecil-kecil-bagi-makan-kerap-cara-ibu-ini-buat-berat-anaknya-naik-cantik/