Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Solat


Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak SolatAssalamualaikum sahabat. Bila masuknya bulan Ramadhan, ada beberapa soalan yang cukup "femes" orang akan tanya. Antara soalan tersebut ialah Apakah hukum orang yang berpuasa tapi tidak solat? Apakata kita ikuti jawapan dari pihak yang lebih arif mengenai hal ini iaitu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Mengikut penerangan daripada pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum orang yang berpuasa tetapi tidak solat hukumnya puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat. Ikuti jawapan lebih panjang di bawah. 


Berpuasa Tapi Tidak Solat
Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa tapi tidak solat?
Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik

Muslim Yang Tidak Sempurna
Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.

Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ

Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar: 53)

Firman-Nya lagi:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Pendapat Ulama Berkenaan Orang Yang Puasa Tetapi Tidak Solat
Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.  Riwayat Bukhari & Muslim.
Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.
Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat

Sumber ; Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2022/04/hukum-orang-yang-berpuasa-tetapi-tidak-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mencarut Di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa

Hukum Mencarut Di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 177 hits
AssalamualaikumBismillahBerpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga sememangnya ramai yang boleh buat Tetapi bagaimana pula menahan diri daripada mencarut memaki berkata buruk samada lisan mahupun tulisan Adakah puasa kita akan b...
Surah Al Jumu Ah Kerana Surah Ini Menyebut Tentang Hukum Solat Jumaat

Surah Al Jumu Ah Kerana Surah Ini Menyebut Tentang Hukum Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 155 hits
Surah ini merupakan surah ke 62 dalam susunan 114 nama surah Surah ini mengandungi 11 ayat dan merupakan surah Madaniyyah Surah ini dinamakan Al Jumu ah kerana surah ini menyebut tentang hukum solat Jumaat Surah ini mengajak kaum lelaki unt...
Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 239 hits
AssalamualaikumBismillah Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu men...
Hiburan Imam Berjubah Terciduk Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih

Hiburan Imam Berjubah Terciduk Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 134 hits
Biasanya selepas solat sunat terawih ramai orang akan singgah ke gerai atau restoran untuk moreh bersama kawan kawan atau keluarga Tetapi lain ceritanya bagi imam di sebuah surau Rantau Panjang Klang Imam tersebut telah dicekup merempit dal...
Cara Solat Tarawih Ringkas 8 Rakaat

Cara Solat Tarawih Ringkas 8 Rakaat

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 247 hits
Cara Solat Tarawih Tarawih menurut asal maksudnya adalah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz kerana adabnya istirehat sesudahnya Erti Tarawih ialah dud...
Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3 30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3 30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 352 hits
Pengacara pelakon dan pelawak Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh
Aizat Elyssa Bahagia Jalin Cinta Dia Ajak Saya Solat Bersama Terus Jatuh Hati Elyssa

Aizat Elyssa Bahagia Jalin Cinta Dia Ajak Saya Solat Bersama Terus Jatuh Hati Elyssa

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 174 hits
Aizat Elyssa Bahagia Jalin cinta Dia Ajak Saya Solat Bersama Terus Jatuh Hati Elyssa Penyanyi Aizat Amdan mengakui sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan wanita dikenali Elyssa Alia Aizat berkata dia sudah mempunyai perancangan untuk...
Solat Tarawih Pertama Di Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Solat Tarawih Pertama Di Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 194 hits
Pada malam Jumaat malam Ramadhan pertama tahun 2022 ribuan warga Turki beragama Islam merebut kesempatan menunaikan solat sunat tarawih di Hagia Sophia yang merupakan solat tarawih pertama di masjid itu sejak 88 tahun yang lalu Bagi ketua D...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan