Aizat Elyssa Bahagia Jalin Cinta Dia Ajak Saya Solat Bersama Terus Jatuh Hati Elyssa
Aizat, Elyssa Bahagia Jalin cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
Penyanyi Aizat Amdan mengakui sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan wanita dikenali Elyssa Alia.
Aizat berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa serius apabila sudah merisik teman wanitanya itu pada 12 Februari lalu.
“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia adalah insan istimewa dalam hidup saya
Aizat berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa serius apabila sudah merisik teman wanitanya itu pada 12 Februari lalu.
“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia adalah insan istimewa dalam hidup saya.
“Mudah cakap dia adalah teman wanita sayalah. Untuk hal-hal lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.
Ditanya mengenai bibit perkenalan, Aizat berkata, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment
“Kali pertama saya jumpa dia ketika dia bertugas sebagai penyampai radio, Rakita
View this post on Instagram
A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan)
“Bagi saya, Elyssa seorang yang sangat istimewa dan penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati kepadanya.
“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang saya tak boleh nak beri kata putus lagi,” katanya.
Kekasih yang juga dikhabarkan bakal isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia, 34, mendedahkan hatinya mula terbuka untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman hidup setelah merasakan Aizat mampu menjadi imamnya.
Kata Elyssa, di matanya, Aizat dilihat sebagai seorang lelaki berpegangan agama yang cukup dan ia menguatkan lagi nalurinya bahawa dialah lelaki tepat yang mampu membimbingnya ke jalan yang baik
“Terus-terang, apa yang membuatkan saya suka pada dia ialah pegangan agamanya. Dia nampak sangat ‘chill’ dan tentunya semua orang nak berubah ke jalan yang baik. Aizat adalah lelaki pertama yang imamkan saya waktu bulan puasa tahun lepas.
“Jadi, ia buat saya rasa dia mampu bimbing saya ke arah lebih baik. Bagi saya, dia mempunyai hati yang sangat besar di sebalik orang tengok dia begitu
“Sekarang ini, kalau kami pergi solat, memang dia akan jadi imam saya, Alhamdulillah,”katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.
Selain itu, kata Elyssa, dia juga tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka namun mengaku majlis merisik sudah diadakan pada 12 Februari lalu.
“Insya-Allah, tentunya kami akan adakah majlis besar kami nanti. Cuma, biarlah Aizat sendiri yang beritahu kepada semua, lebih manis begitu. Lagipun hubungan kami ini masih baru dan kami nak ‘take it slow’,”katanya
Selain itu, ditanya mengenai perkenalan mereka, kongsi Elyssa, mereka awalnya menjalin hubungan persahabatan dan sering menjadi teman makan memandangkan kedua-duanya sukakan makanan.
“Peliknya, saya kenal adik dia dulu, Alif dan kawan-kawan baiknya yang lain, tapi tidak dirinya. Itulah yang dinamakan jodoh agaknya, pusing jauh macam mana pun, tetap jodoh. Nak jadikan cerita, mak saya pun kenal dengan arwah ayah Aizat.
“Bagi saya, perkenalan dan hubungan saya ini sudah diatur cantik oleh Tuhan. Kami berdua pun suka makan. Saya tak pernah kenal lelaki yang suka makan macam saya, dan dia pula tak pernah kenal mana-mana perempuan yang makan banyak daripada dia. Agaknya dari situ timbul rasa suka,”selorohnya
Menganggap Aizat umpama sahabat baiknya, kata Elyssa, dia juga kini membantu teman istimewanya itu mengendalikan syarikat milik Aizat, Kasi Gegar Entertainment (KGE) dan menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Syarikat.
Untuk info, sebelum ini Elyssa pernah menjadi hos untuk program Jom Wayang disaluran HyppTV dan kemudian beralih ke stesen radio RAKITA sebagai seorang penyampai. UM/HM
Aizat, Elyssa Bahagia Jalin cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
“Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]
The post Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/08/aizat-elyssa-bahagia-jalin-cinta-dia-ajak-saya-solat-bersama-terus-jatuh-hati-elyssa/