Hukum Mencarut Di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa


Assalamualaikum
Bismillah
Berpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga sememangnya ramai yang boleh buat. Tetapi bagaimana pula menahan diri daripada mencarut, memaki, berkata buruk samada lisan mahupun tulisan? 
Adakah puasa kita akan batal atau tidak? Ataupun tindakan tersebut mungkin memberi kesan kepada pahala puasa kita




Hukum Mencarut di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa
1. Adakah membatalkan puasa atau tidak?Tidak batal puasa seseorang yang mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti berbohong, mengumpat, mencarut, perkataan lucah dan seumpamanya, sama ada di alam maya atau di alam nyata.


2. Adakah tindakan tersebut memberi kesan kepada pahalanya?Namun, perbuatan tersebut menghilangkan pahala puasa dan tidak tercapai maksud puasa dalam erti kata yang sebenar


Hakikat ibadah puasa yang dilaksanakan adalah untuk mencapai matlamat ketakwaan dalam diri setiap hamba. Allah SWT berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Surah al-Baqarah, Ayat 183)
Imam al-Maraghi menjelaskan bahawa  ayat di atas merupakan perintah Allah SWT tentang kewajipan berpuasa bagi umat Nabi SAW.  Segala amal ibadah digandakan pada bulan ramadan. 
Oleh itu, umat Islam sepatutnya meningkatkan segala amal ibadah dan mengawal hawa nafsu bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. (Rujuk: Tafsir al-Maraghi, 2/68)

Ramadan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi  kita juga perlu menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.  
Setiap muslim yang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan tentu berharap mendapat pahala dari Allah SWT. 
Namun, hanya sebahagian sahaja yang mendapat pahala puasa, manakala sebahagian lagi hanya mendapat lapar dan dahaga dari ibadah tersebut disebabkan perbuatan mereka. 
Baginda SAW memberi amaran dalam hal ini dengan sabdanya:
‌رُبَّ ‌صَائِمٍ ‌حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga”. Riwayat Ahmad (8856)

Nabi SAW juga memberi amaran yang sama sekiranya seseorang itu mengeluarkan kata-kata keji ketika berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ ‌الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya, maka Allah tidak berhajat pada seseorang yang meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat al-Bukhari (1903), Abu Daud (2362), al-Tarmizi (716), Ibnu Majah (1689)

Hadis ini menjelaskan tentang kesempurnaan puasa yang mana jika seseorang berkata dengan perkataan keji dan melakukan amalan dosa, maka puasanya tidak batal, namun ia meluputkan pahala puasanya. Perkara ini dijelaskan oleh syeikh Abu  Bakar Syato di dalam karya beliau:
والمراد أن كمال الصوم إنما يكون بصيانته عن اللغو والكلام الرديء، لا أن الصوم يبطل بهما
Maksudnya: “Maksudnya kesempurnaan puasa seseorang ialah dengan memelihara daripada perbuatan yang melalaikan dan kata-kata yang keji, sesungguhnya tidak batal puasa seseorang itu dengan sebab perbuatan tersebut”. (Rujuk: Hasyiah Ia’nah al-Talibin, 2/416)

Manakala, al-Imam al-Suyuti R.H mensyarahkan perkataan al-Zur dalam hadis tersebut yang bermaksud:
هُوَ الْكَذِب والبهتان وَالْعَمَل بِهِ أَي الْعَمَل بِمُقْتَضَاهُ من الْفَوَاحِش وَمَا نهى الله تَعَالَى عَنهُ
Maksudnya: “al-Zur ialah berkata bohong dan dusta serta beramal dengannya, iaitu amalan yang termasuk dalam perbuatan-perbuatan keji yang dilarang oleh Allah SWT”. (Rujuk: Syarah Ibnu Majah li al-Suyuti, 1/121)
Selain itu, Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang pentingnya seseorang menjaga mulut dan tingkah lakunya ketika berpuasa, sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
‌لَيْسَ ‌الصِّيَامُ ‌مِنَ ‌الْأَكْلِ ‌وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ
Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan perkataan keji”. Riwayat al-Baihaqi (8312)
 
Hadis ini merupakan dalil bahawa orang yang melaksanakan ibadah puasa wajib menahan diri dari perkataan kotor dan perkataan dusta sebagaimana ia menahan diri dari makan dan minum. Imam Ibnu Hajar menyebut di dalam kitabnya Fath al-Bari berkenaan maksud al-Laghwu ialah:
‌اللَّغْوُ ‌الْكَلَامُ ‌الَّذِي لَا أَصْلَ لَهُ من الْبَاطِل وَشبهه
Maksudnya: “al-Laqhwu ialah perkataan yang tidak ada manfaat daripada perkara-perkara yang batil dan seumpamanya”. (Rujuk: Fath al-Bari Syarah Sahil al-Bukhari, 2/414)

Sehubungan dengan itu, menurut syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam karyanya bahawa seseorang itu wajib memelihara lidah dari sesuatu yang haram kerana ia boleh menghilangkan pahala puasa dan berdosa:
ومما يتأكد للصائم : كف اللسان عن كل محرم ككذب وغيبة ومشاتمة لأنه محبط لأجر
Maksudnya: “Apa yang perlu ditekankan oleh orang yang berpuasa  ialah memelihara lidah dari perkara-perkara yang haram seperti kata-kata dusta, mengumpat, mencaci, menghina, memaki, kerana ia menghapuskan pahala puasa”. (Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 274)
Sumber : Irsyad Fatwa | Edisi Ramadan 
Kesimpulannya Walaupun perbuatan mencarut mahupun berkata tidak baik tidak membatalkan puasa tetapi wajib untuk kita menahan diri daripada melakukan perbuatan tersebut. Apatah lagi di zaman kita sekarang ini, mencarut bukan lagi menggunakan mulut tetapi jari-jari kita yang menaip. 
Buat para wanita, semoga Ramadan kali ini kita dapat berpuasa penuh. Semoga Ramadan ini dapat meningkatkan kualiti iman dan ibadah kita, menjadi seorang yang lebih baik lagi 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/04/hukum-mencarut-di-media-sosial-dalam-keadaan-berpuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kevin Aprilio Jengah Ditanya Soal Momongan Curahkan Isi Hati Di Media Sosial

Kevin Aprilio Jengah Ditanya Soal Momongan Curahkan Isi Hati Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 172 hits
Kalau jomlo ditanya kapan punya pacar kalau udah nikah ditanya kapan punya anak gitu aja teroos
Penipuan Pekerjaan Makin Berleluasa Di Media Sosial Kosmo 19 03 2022

Penipuan Pekerjaan Makin Berleluasa Di Media Sosial Kosmo 19 03 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 194 hits
PETALING JAYA Lambakan iklan pekerjaan di media sosial membuka ruang kepada pelbagai pihak menggunakan platform tersebut untuk menjalankan penipuan termasuk mengiklankan pekerjaan tidak wujud Isu ini turut menjadi barah kepada golongan penc...
Viral Di Sosial Media Treasure Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu Darari

Viral Di Sosial Media Treasure Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu Darari

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 165 hits
Meskipun sudah lebih sebulan dikeluarkan DARARI salah satu lagu dalam album baharu TREASURE masih tetap bermain di sosial media ARTIKEL BERKAITAN Lagu yang digubah dan ditulis oleh ahli TREASURE Bang Ye dam iaitu DARARI telah mendapat sambu...
Korang Jomla Follow Media Sosial Aku

Korang Jomla Follow Media Sosial Aku

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 246 hits
hahahahah belum apa apa dah gelak sebab tajuk macam memaksa siapa yang selalu update media sosial meh komen sikit nak tengok sebelum ni aku pernah update tiktok aku kalau ada yang tak baca lagi sila la baca yea heheheorang cakap senang je n...
Media Sosial Jadi Kanal Utama Pilihan Gen Z Cari Berita Politik

Media Sosial Jadi Kanal Utama Pilihan Gen Z Cari Berita Politik

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 135 hits
Gen Z di Indonesia terbukti tidak seperti stereotip yang melekat pada mereka selama ini yaitu sangat menyukai hiburan mementingkan diri sendiri dan cuek terhadap isu terkini ungkap survei hasil program analytic fellowship Maverick Indonesia...
Kucing Selebriti Media Sosial Ukraine Berjaya Larikan Diri Ke Perancis

Kucing Selebriti Media Sosial Ukraine Berjaya Larikan Diri Ke Perancis

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 183 hits
KYIV Seekor kucing yang merupakan selebriti media sosial popular di Ukraine bernama Stepan berjaya melarikan diri dari negaranya dan mendapat perlindungan di Perancis lapor akhbar Daily Mail kelmarin Kucing berusia 13 tahun itu memiliki leb...
Saya Dipanggil Mak Cik Song Jihyo Kongsi Sebab Kian Aktif Di Media Sosial

Saya Dipanggil Mak Cik Song Jihyo Kongsi Sebab Kian Aktif Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 128 hits
Anda mesti perasan yang Song Ji hyo semakin aktif di media sosial sekarang ini kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dalam Running Man ahli lain telah mengambil peluang untuk menanyakan mengenai hal itu kepada Song Ji hyo Ulas Yoo Jae suk Ji hyo se...
Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apabila tiba bulan Ramadan antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab Ramai dalam kalangan kita masih tertanya tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian...
Eur Usd Dolar Dalam Keadaan Tenang Loonie Sedang Memuncak Pada Jualan

Eur Usd Dolar Dalam Keadaan Tenang Loonie Sedang Memuncak Pada Jualan

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 154 hits
Dolar memenuhi dan bahkan melebihi rancangan pertumbuhan tetapi ini tidak bermakna peningkatan telah berakhir Indeks dolar AS berada di bawah tekanan selepas mencecah paras tertinggi baharu dalam kawasan 99 80 99 85 dan mungkin menghadapi t...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan