Solat Tarawih Pertama Di Hagia Sophia Selepas 88 Tahun


Pada malam Jumaat, malam Ramadhan pertama tahun 2022 (1443 hijrah), ribuan warga Turki beragama Islam merebut kesempatan menunaikan solat sunat tarawih di Hagia Sophia, yang merupakan solat tarawih pertama di masjid itu sejak 88 tahun yang lalu.


Bagi ketua Diyanet (badan awam Turki yang bertanggungjawab memantau rumah-rumah ibadat) Ali Erbas, ia merupakan detik yang tidak dapat dilupakan.

Sepanjang Ramadhan, solat tarawih akan diadakan di Hagia Sophia pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, selain pelbagai acara istimewa sempena bulan Ramadhan akan turut diadakan di situ.

Sebelum ini, umat Islam tidak berkesempatan menunaikan ibadat di Hagia Sophia sejak ia ditukar peranannya daripada muzium kepada masjid pada 2020, berikutan penguatkuasaan peraturan pencegahan Covid-19 termasuk larangan solat berjemaah di situ.

Tetapi, selepas melihat bilangan kes dan kematian Covid-19 menurun dan bilangan pesakit yang pulih meningkat, kerajaan Turki mengambil keputusan membuka semula Hagia Sophia bersempena kehadiran Ramadhan 2022.

Hagia Sophia pada asalnya merupakan sebuah gereja besar yang dibina atas titah Maharaja Rom Timur, Justinian I.

Dibina di atas tapak gereja lama yang telah runtuh, ia siap dibina pada 537 Masihi dan menjadi gereja utama Kristian Ortodoks selama hampir 900 tahun.

Hagia Sophia menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa seperti pertabalan maharaja baru, rampasan kuasa dan penjarahan oleh tentera Salib pada 1204.

Disebabkan statusnya sebagai antara mercu tanda Constantinople dan Rom Timur, ia turut dihiasi mozek figura-figura seperti imej maharaja-maharaja Rom dan figura utama agama Kristian.

Selepas Mehmed II dan angkatan Turki Uthmaniyah menakluk Constantinople pada 1453, peranan Hagia Sophia ditukar daripada gereja kepada masjid.

Ia kemudiannya menjadi kompleks masjid diraja dengan menara-menara masjid dan kubah-kubah ditambah pada bangunan tersebut. Sementara mozek-mozek figura yang dianggap bertentangan dengan prinsip syarak ditutup.

Peranan Hagia Sophia sekali lagi berubah selepas kemunculan Mustafa Kemal Ataturk sebagai pengasas Republik Turki moden pada 1923.

Ataturk mengambil keputusan menukar peranan Hagia Sophia sebagai muzium pada 1934 atas alasan ia merupakan simbol sekularisme dan mewakili masa silam Turki yang kaya dengan budaya pelbagai tamadun.

51 tahun kemudian, Hagia Sophia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Dalam tempoh ia bergelar muzium, wujud perdebatan ramai pihak berkenaan status Hagia Sophia. Ramai warga Turki berharap peranan asalnya sebagai masjid semasa era Turki Uthmaniyah dapat dikembalikan. Bagaimanapun, hujah ini ditolak oleh kelompok sekular yang berkuasa di Turki ketika itu.


Hanya selepas Recep Tayyip Erdogan muncul di arena politik sebagai Perdana Menteri sebelum bergelar Presiden Turki, barulah idea ini mula direalisasikan.

Akhirnya, pada Julai 2020, Hagia Sophia dikembalikan peranannya sebagai masjid.

Begitupun, ramai mengkritik usaha ini termasuk Paus Francis dari Vatican dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Bagaimanapun, Turki langsung tidak memperdulikan kritikan pihak luar dan memberi jaminan bahawa semua warisan budaya Hagia Sophia akan terus dipelihara.

Malah, walaupun ia sudah bertukar peranan sebagai masjid, ia masih dibuka untuk kunjungan pelancong, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 4 Masjid Terkenal Yang Kini Di Jadikan GerejaSejarah Tumbangnya Empayar Byzantine Dan Kota Constantinople di Tangan Empayar Uthmaniyyah
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/solat-tarawih-pertama-di-hagia-sophia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Hagia Sophia Turki Akan Adakan Solat Terawih Lepas 88 Tahun

Masjid Hagia Sophia Turki Akan Adakan Solat Terawih Lepas 88 Tahun

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 288 hits
Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan lapor Agensi Anadolu Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu ya...
Suasana Salat Tarawih Pertama Di Masjid Istiqlal

Suasana Salat Tarawih Pertama Di Masjid Istiqlal

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 162 hits
Suasana Salat Tarawih Pertama di Masjid Istiqlal Menjelang 1 Ramadan 1443 H Masjid Istiqlal menggelar salat Tarawih pertama pada malam ini hari Sabtu
Hup Wei Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia

Hup Wei Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 186 hits
Bekas juara lompat tinggi Asia Lee Hup Wei 35 membuat tiga penampilan di temasya Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008 London 2012 dan Tokyo 2020 KUALA LUMPUR Jaguh lompat tinggi negara dan bekas juara Asia Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persa...
Selepas 4 Tahun Pernah Tampung Kos Rawatan Nedim Syukur Lihat Wajah Adriana

Selepas 4 Tahun Pernah Tampung Kos Rawatan Nedim Syukur Lihat Wajah Adriana

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 169 hits
Masih ingat sekitar tahun 2018 tular kisah seorang bayi perempuan Nur Adriana Maisarah yang menderita kerana menghidap penyakit kulit ekzema yang kritikal Kisah Adriana itu turut mendapat perhatian suami kepada pelakon popular Nora Danish i...
16 Tahun Berpisah Selepas Ibu Bapa Berc3rai Pertemuan Dua Beranak Undang Seb4k Netizen

16 Tahun Berpisah Selepas Ibu Bapa Berc3rai Pertemuan Dua Beranak Undang Seb4k Netizen

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 227 hits
Penantian rindu selama 16 tahun bagi seorang anak lelaki terhadap ibu tersayang akhirnya terjawab selepas mereka kembali disatukan selepas usaha pencarian dilakukan Video sebak yang dikongsikan oleh pempengaruh dikenali sebagai Adrian di la...
Kerajaan Pahang Benarkan Solat Tarawih 20 Rakaat Dan Berbuka Puasa Di Padang Mbk 1

Kerajaan Pahang Benarkan Solat Tarawih 20 Rakaat Dan Berbuka Puasa Di Padang Mbk 1

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang membenarkan solat tarawih 20 rakaat di masjid dan surau di seluruh negeri itu Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kebenaran itu berikan selepas perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan...
Lega Dia Sihat Drama Pertama Lepas 6 Tahun Penampilan Kim Woobin Dalam Our Blues Jadi Bualan

Lega Dia Sihat Drama Pertama Lepas 6 Tahun Penampilan Kim Woobin Dalam Our Blues Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 214 hits
Umum mengetahui bahawa Kim Woo bin merupakan bekas penghidap kanser dan mengambil masa beberapa tahun untuk melawannya ARTIKEL BERKAITAN Malah sudah 6 tahun lelaki itu berehat daripada dunia lakonan di mana naskhah terakhir ialah Uncontroll...
Tahun Pertama Perkahwinan

Tahun Pertama Perkahwinan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 243 hits
Tahun Pertama Perkahwinan Assalamualaikum haha macam biasa late post lagi actually 1st anniversary sha dengan husband 22 Disember tapi lambat celebrate sebab bulan tua kan haha sha tak kisah semua tu adakah ianya bermaksud sha sudah semakin...
Pelitup Logo Sirim Kenapa Selepas 3 Tahun

Pelitup Logo Sirim Kenapa Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 187 hits
Pelitup logo SIRIM Kenapa selepas 3 tahun Posted By on April 08 2022Kerajaan digesa menjelaskan dimanakah logiknya peraturan pelitup muka memerlukan logo MS SIRIM setelah 3 tahun pemakaian tanpa logo berkenaan tidak menjadi masalah dan dian...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat