Cara Solat Tarawih Ringkas 8 Rakaat


Cara Solat Tarawih | Tarawih menurut asal maksudnya adalah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Dilakukan sembahyang terawih ini dalam bulan Ramadhan sahaja iaitu selama satu bulan sepanjang bulan Ramadhan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam iaitu sebelum subuh. Sepeti diperkatakan di atas tadi, dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

cara solat tarawih ringkas 8 rakaat
Hukum bersolat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).  


Cara Solat Terawih 
1) Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

2) Solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh]

3) Lafaz Niat Sembahyang Tarawih: 
Niat solat tarawih sendirian
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala., (jika berjamaah) tambah makmuman sebelum perkataan '...lillahi taala'

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini". 
4) i) Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

    ii) Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

5) Untuk cara solat terawih 8 rakaat, sila rujuk cara di bawah ini.

Cara Solat Tarawih Ringkas 8 Rakaat
A. Biasanya Solat Sunat Tarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

B. Solat Sunat Tarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.

C. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.

#Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.

1. Memulakan sembahyang Tarawih dua rakaat (rakaat pertama dan kedua). Bacaan surah selepas al-Fatihah.

Rakaat pertama Surah al-TakathurRakaat kedua Surah al AsrSelepas salam, membaca doa tertentu dan sambung 2 rakaat lagi.


2. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat). Bacaan surah selepas al-Fatihah

Rakaat pertama Surah al-HumazahRakaat kedua Surah al-FilSelepas salam, membaca doa tertentu dan sambung 2 rakaat lagi.


3. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kelima dan keenam). Bacaan surah selepas al-Fatihah.

Rakaat pertama Surah QuraisyRakaat kedua Surah al-Ma’unSelepas salam, membaca doa tertentu dan sambung 2 rakaat lagi.


4. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketujuh dan kelapan) Bacaan surah selepas al-Fatihah.

Rakaat pertama Surah al-Kafi runRakaat kedua Surah al-NasrSelepas salam, membaca doa tertentu. 
Seterusnya buat SOLAT WITIR 3 RAKAAT.


SETELAH KITA SELESAI MENGERJAKAN SEMBAHYANG TARAWIH SEBANYAK LAPAN RAKAAT DIIKUTI PULA DENGAN SEMBAHYANG WITIR SEBANYAK TIGA RAKAAT

i. Sembahyang Witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul ihram dan satu salam sahaja.




Lafaz niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga rakaat makmum (jika solat berjemaah) kerana Allah Taala.

ii. Bagi sembahyang Witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahiyat) awal. ~ Maksudnya, buat terus 3 rakaat sampai habis. Barulah tahiyat akhir dan beri salam.

Bacaan surah selepas al-Fatihah.

Rakaat pertama Surah al-‘AlaRakaat kedua Surah al-Kafi runRakaat ketiga Surah al-Ikhlas
## Bagi sembahyang sunat witir 2 rakaat & kemudian 1 rakaat, kena buat macam solat subuh, cuma tak baca doa qunut. 

iii. Mulai malam ke-16 Ramadhan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang Subuh. Jika tidak membaca qunut disunatkan sujud sahwi.

iv. Berzikir atau bertahlil Seperti biasa selepas sembahyang Witir diadakan tahlil. Terdapat pelbagai cara mengelolakan tahlil ini.

Demikianlah cara-cara yang ditunjukkan bagi memudahkan kita menunaikan sembahyang sunat Tarawih dan sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah SWT pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri.

Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

6) Untuk solat terawih 20 rakaat, boleh rujuk pada slideshare di bawah ini.   
Panduan solat sunat tarawih 20 rakaat from RONAPILZA
Selamat beribadat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2013/06/cara-sembahyang-terawih-cara-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Benarkan Solat Tarawih 20 Rakaat Dan Berbuka Puasa Di Padang Mbk 1

Kerajaan Pahang Benarkan Solat Tarawih 20 Rakaat Dan Berbuka Puasa Di Padang Mbk 1

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang membenarkan solat tarawih 20 rakaat di masjid dan surau di seluruh negeri itu Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kebenaran itu berikan selepas perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan...
Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 183 hits
Solat terawih adalah antara keistimewaan bulan Ramadan yang dikurniakan banyak ganjaran pada mereka yang melakukannya
Besar Pahala Kau Video Lelaki Mengh1dap Tourette Syndr0me Kongsi Cara Solat

Besar Pahala Kau Video Lelaki Mengh1dap Tourette Syndr0me Kongsi Cara Solat

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 202 hits
Sindr0m Tourette adalah gangguan saraf yang menyebabkan pengh1dap mengalami tics iaitu pergerakan berulang atau pertuturan yang di luar kawalan Kondisi ini biasanya dihidapi oleh kanak kanak antara umur 2 15 dan ia lebih kerap berlaku pada ...
Paksa Anak Puasa Tapi Tak Solat Itu Silap Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ajar Solat

Paksa Anak Puasa Tapi Tak Solat Itu Silap Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ajar Solat

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 233 hits
Mendidik anak solat bukan boleh ambil masa yang singkat Ia perlu dilakukan setiap hari untuk pastikan anak faham dan lama kelamaan boleh mendisiplinkan diri tanpa disuruh Namun hari ini kebanyakan ibu bapa lebih menyuruh anak anak kecil ber...
Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3 30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3 30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 352 hits
Pengacara pelakon dan pelawak Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh
Solat Tarawih Pertama Di Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Solat Tarawih Pertama Di Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 194 hits
Pada malam Jumaat malam Ramadhan pertama tahun 2022 ribuan warga Turki beragama Islam merebut kesempatan menunaikan solat sunat tarawih di Hagia Sophia yang merupakan solat tarawih pertama di masjid itu sejak 88 tahun yang lalu Bagi ketua D...
Cara Buat Pengeluaran Khas Kwsp Rm10000

Cara Buat Pengeluaran Khas Kwsp Rm10000

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 325 hits
Cara Buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Anda pernah buat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja guna tiga skim iaitu i Lestari i Sinar dan i Citra berjumlah sejak pandemik COVID 19 melanda negara Adakah anda masih terkesan dari ...
Cara Kwsp Pengeluaran Khas 10k Link Permohonan Gov My

Cara Kwsp Pengeluaran Khas 10k Link Permohonan Gov My

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 423 hits
Mudah senang dan cepat saja cara nak mohon kwsp pengeluaran khas 10k melalui portal link pengeluarankhas kwsp gov my Ramai yang dah login dan selesai membuat permohonan pengeluaran khas kwsp yang saya tengok di Facebook Masuk je pukul 12 a ...
Rendam 7 Biji Kurma Siap Sedia Air Nabeez Untuk Sahur Ikut Cara Sunnah

Rendam 7 Biji Kurma Siap Sedia Air Nabeez Untuk Sahur Ikut Cara Sunnah

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 212 hits
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak berapa hari sahaja lagi ini pastinya membuatkan kita teruja Namun jangan dilupakan amalan sihat untuk anak anak dan keluarga Bagi mengekalkan tenaga jangan dilupakan amalan minum Air Nabeez yang menjadi m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan