Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa


Assalamualaikum
Bismillah

Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya. Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai بُصاق (air liur yang telah diludahkan).

Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu mendalam. Ini kerana secara umumnya mereka hanya mengulas isu menelan air liur dan juga isu mengumpul air liur lalu menelannya.

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

لَوِ ابْتَلَعَ مِنْهُ الرِّيقَ لَا يُفْطِرُ
Maksudnya: Sekiranya ditelan air liur maka ia tidak membatalkan puasa. Rujuk Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/357)

Manakala dalam kitab beliau yang masyhur dengan sebutan Fatawa Al-Nawawi beliau menyatakan:


إِذا ذاق الصائم طعامًا ولم يبلعْه، أو مضغ الخبز، أو نحوَه ولم يبلعه، أَو جمع الريق في فيه ثم ابتلعه، أو دخلت ذبابة في جوفه بغير اختياره، أو كان يغربل حِنطة، أو دقيقًا، أو غيرَهما وفتح فمه فدخله شيء من الغبار، أو سبقه ماء المضمضمة، أو الاستنشاق من غير مبالغة هل يُفطر؟ الجواب: لا يفطر في جميع ذلك، والله أعلم
Maksudnya: Apabila seseorang yang berpuasa itu merasa makanan dan tidak menelannya, atau dia mengunyah roti dan selainnya namun tidak menelannya, atau seseorang itu mengumpulkan air liur di dalam mulutnya, atau seekor lalat masuk ke dalam rongganya tanpa sebarang kehendak darinya, atau dia sedang mengadun gandum atau tepung dan selainnya lalu dia membuka mulutnya dan masuk sedikit daripada debu-debu, atau tertelan air berkumur atau istinsyak tanpa dia berlebihan (dalam perbuatan tersebut), adakah ini membatalkan puasa ?
Jawapan: Kesemuanya ini tidak membatalkan puasa. Lihat Fatawa Al-Nawawi (1/90).


Manakala dalam kitab Al-Majmu’ beliau berkata: ‘’Menelan air liur tidak membatalkan puasa berdasarkan ijma’ sekiranya ia dilakukan secara adat. Ini kerana kesukaran untuk mengelakkan dari melakukannya’’.

Imam Al-Nawawi juga menyatakan bahawa terdapat tiga syarat yang menjadikan menelan air liur tidak membatalkan puasa seperti yang kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

Pertama: Ianya semata-mata air liur. Sekiranya air liur bercampur dengan sesuatu dan berubah warnanya maka batal puasa sekiranya ia ditelan.

Kedua: Seseorang itu menelan air liur melalui bahagian salurannya. Sekiranya air liur telah keluar dari mulutnya kemudian dia memasukkannya semula melalui lidahnya atau selain lidahnya lalu dia menelannya maka ini membatalkan puasa.

Ketiga: Dia menelan air liur secara normal (adat kebiasaan). Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liurnya (di dalam mulutnya) dengan sengaja lalu dia menelannya, adakah ia membatalkan puasa ? Maka ada dua pendapat yang masyhur dalam mazhab Al-Syafi’e dan yang sahihnya ia tidak membatalkan puasa. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (6/318).


Manakala Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi pula berkata: ‘’Dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur maka ia tidak membatalkan puasa. Ini kerana menahan dari hal tersebut adalah menyukarkan. Ia sama seperti debu-debu jalanan dan juga debu-debu tepung. Sekiranya seseorang itu mengumpulkan air liur kemudian dia menelannya dengan sengaja, maka yang demikian itu tidak membatalkan puasanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (3/16).

Kesimpulan
Perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan oleh orang yang berpuasa antaranya adalah menelan air liur, menghidu wangi-wangian, dan juga debu-debu jalanan maka kesemuanya ini adalah tidak membatalkan puasa.

Justeru, menelan air liur secara umumnya tidak membatalkan puasa. Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liur di dalam mulutnya lalu dia menelannya, maka sebahagian ulama menyatakan ia dimakruhkan. 
Manakala sekiranya seseorang itu telah mengeluarkan air liur dari mulutnya kemudian dia menelannya semula, maka ini membatalkan puasa.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen

Sumber : IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE- 144



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/04/hukum-menelan-air-liur-ketika-berpuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apabila tiba bulan Ramadan antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab Ramai dalam kalangan kita masih tertanya tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian...
Hukum Mencarut Di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa

Hukum Mencarut Di Media Sosial Dalam Keadaan Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 169 hits
AssalamualaikumBismillahBerpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga sememangnya ramai yang boleh buat Tetapi bagaimana pula menahan diri daripada mencarut memaki berkata buruk samada lisan mahupun tulisan Adakah puasa kita akan b...
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 263 hits
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa SEWAKTU menjalani ibadah puasa tubuh badan kita akan berasa kering oleh kerana kekurangan air Kesannya akan mempengaruhi pada penampilan bibir yang kering dan pecah ...
Termakan Atau Minum Ketika Berpuasa Kerana Lupa

Termakan Atau Minum Ketika Berpuasa Kerana Lupa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 206 hits
TERMAKAN ATAU MINUM KETIKA BERPUASA KERANA LUPA Termakan atau minum ketika berpuasa kerana lupa Daripada Nabi SAW bersabda Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah tela...
Hiburan Sangat Tiba Tiba P Emandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu

Hiburan Sangat Tiba Tiba P Emandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 199 hits
Tular di media sosial semalam apabila rakaman memaparkan seorang pemandu lori dilihat telah melempar sebuah botol berisi cecair ketika sedang memandu Rakaman dashcam sebuah kereta yang berada di lorong kanan jalan tersebut turut merakam seb...
Dakwah Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya

Dakwah Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 194 hits
Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya 1 Sebelum saya menjawab persoalan yang ditanyakan ini saya ingin membahaskan terlebih dahulu pandangan fuqaha terdahulu berkaitan hukum bersiwak setelah zawal kerana perkara ini...
Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Solat

Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Solat

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 325 hits
Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak SolatAssalamualaikum sahabat Bila masuknya bulan Ramadhan ada beberapa soalan yang cukup femes orang akan tanya Antara soalan tersebut ialah Apakah hukum orang yang berpuasa tapi tidak solat Apakata ki...
Temui Ajal Ketika Main Bola Sepak

Temui Ajal Ketika Main Bola Sepak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 433 hits
Willie JudePasukan bomba yang tiba di lokasi memberi rawatan kecemasan kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital namun dia disahkan meninggal dunia selepas itu PENAMPANG Seorang lelaki berusia 57 tahun meninggal dunia ketika bermain b...
Diuji Ketika Ramadan Rumah Hangus Dijilat Api Tinggal Sehelai Sepinggang

Diuji Ketika Ramadan Rumah Hangus Dijilat Api Tinggal Sehelai Sepinggang

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 145 hits
JENGKA Dugaan Ramadan buat empat sekeluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Felda Jengka 14 di sini musnah akibat kebakaran pada Selasa
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal