Hukum Menjual Cecair Rokok Elektronik



SOALAN:
Saya bercadang nak berniaga dan menjual cecair atau e-juice untuk vape/rokok elektronik. Tetapi, saya ada terbaca tentang fatwa yang mengatakan penggunaan vape/rokok elektronik adalah haram. Jika saya tetap menjual cecair/e-juice untuk vape/rokok elektronik ini, adakah sumber dan hasil keuntungan yang saya dapat ini adalah dikira haram? Adakah rezeki dari perniagaan tersebut tidak berkat untuk diri saya dan keluarga saya? Harap membantu menjawab persoalan saya ini.

JAWAPAN:
Umum mengetahui penggunaan rokok elektronik telah difatwakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada tanggal 21 Disember 2015. Secara ringkasnya, hujah pengharaman vape mahupun rokok elektronik disebabkan kandungan bahan-bahannya yang mendatangkan kemudaratan tubuh serta memberi kesan bahaya kepada kesihatan. Pada kali ini, kami fokuskan perbincangan hukum menjual cecair (e-liquid) rokok elektronik.

Cecair (e-liquid) atau dikenali sebagai e-juice mempunyai pelbagai perisa “flavour” yang boleh disimpan dan diisi semula didalam tangki rokok elektronik. E-liquid tersebut boleh menghasilkan wap apabila disedut dan dihembus oleh pengguna rokok elektronik. Terdapat beberapa hasil kajian sains membuktikan e-liquid atau e-juice mengundang bahaya kepada kesihatan, antaranya ialah:

E-liquid rokok elektronik mengandungi pelbagai bahan perisa “flavour” yang mampu membunuh sel lapisan kulit dan sel otak.Kebiasaannya e-liquid dicampur dengan racun nikotin yang menyebabkan ketagih. Hal ini berdasarkan analisis sampel e-liquid rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara. [Jawatankuasa Kerja Kajian Saintifik WHO FCTC, Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC, Kementerian Kesihatan Malaysia]Kajian Harvard mendedahkan dua e-liquid perisa “popcorn” dan “caramel” lebih terdedah kepada penyakit paru-paru seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan asma. [https://www.dailymail.co.uk/health/article-6657903/Two-e-cigarette-flavors-destroy-lung-function-Harvard-study-warns.html]
E-liquid atau e-juice rokok elektronik penyebab penyakit yang telah terbukti secara saintifik. Pasaran e-liquid semestinya ditujukan kepada pengguna rokok elektronik. Hal tersebut telah menggalakkan pengguna mencuba pelbagai perisa yang jelas mengundang bahaya. Oleh itu, peniagaan tersebut telah membuka jalan kearah kemudaratan manusia sejagat. Islam melarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat serta kebinasaan. Hal ini bersesuaian dengan dalil berikut:

Sabda Baginda SAW:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
“Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain.” [Sunan Ibn Majah (2340)]

Selain itu, e-liquid pelbagai perisa merupakan barang jualan (ma’qud ‘alaihi) yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Hal ini bertentangan dengan syarat barangan jualan yang mesti memiliki manfaat menurut syariat. Ini bererti, menjual barangan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah. Allah SWT melarang menjual barangan haram yang jelas tidak memberi sebarang manfaat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah. Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Mekah:

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan berhala.” [Riwayat al-Bukhari ( 2236) dan Muslim ( 4132)]

Selain itu, fatwa pengharaman penggunaan rokok elektronik berdasarkan hujah bahannya yang berbahaya. Maka segala transaksi serta hasil keuntungan barang haram seperti bahan e-liquid adalah tidak dibenarkan. Hal ini berdasarkan sabda Baginda SAW:

إنَّ اللَّهَ تَعَالَى إِذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ
“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu, Dia haramkan juga harganya.” [Riwayat al-Daruquthni (2815)]

Seterusnya, matlamat penjualan e-liquid untuk pengguna rokok elektronik. Maka, segala wasilah serta usaha yang mendorong ke arah penggunaan rokok elektronik yang jelas telah diharamkan adalah haram. Hal ini berdasarkan kaedah yang masyhur iaitu:

ما أدى إلى الحرام فهو حرام
“Apa yang membawa kepada haram maka ianya haram.”

الإعانة على المحرم محرمة
“Kerjasama dalam perkara haram, hukumnya haram.”

Begitu juga, setiap perkara yang membawa kepada hukum haram maka matlamat yang hendak dicapai itu juga haram. Hal ini berdasarkan kaedah feqah yang menyebut:

الوسائل لها أحكام المقاصد
“Kesemua wasilah (cara) baginya adalah berdasarkan hukum yang hendak dicapai.”

Justeru, berdasarkan dalil serta hujah yang telah dikemukakan, kami berpendapat bahawa perniagaan menjual e-liquid pelbagai perisa rokok elektronik adalah ditegah disebabkan barang jualan (e-liquid) tidak memberi sebarang manfaat bahkan mengundang bahaya. Oleh itu, kami menegaskan agar pihak Tuan membatalkan hasrat untuk membuka perniagaan menjual e-liquid rokok elektronik.

Penutup

Secara tuntasnya, kami simpulkan perbahasan di atas dengan menyatakan beberapa pesanan berikut:

Umat Islam perlu patuhi fatwa pengharaman penggunaan rokok elektronik.Perniagaan produk rokok elektronik seperti e-liquid pelbagai perisa tidak lagi dijual di mana mana premis perniagaan seperti kedai-kedai runcit serta pasar malam di seluruh negara kita.Usahawan yang telah terlibat dengan penjualan produk rokok elektronik perlu berusaha sedaya mungkin untuk mencari pekerjaan lain yang halal.
Mencari sumber rezeki yang halal lagi berkat demi menyara keluarga merupakan satu kewajipan bagi umat Islam. Sesungguhnya, Allah SWT menjamin rezeki hamba-hamba-Nya dengan memperluaskan perkara-perkara yang halal berdasarkan firman Allah SWT:

وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.” (Surah al-Jathiah 45:13)

Ayat tersebut menunjukkan keluasan perkara halal serta seluruh penciptaan-Nya untuk dimanfaatkan oleh manusia sejagat. Selain itu, Allah menjanjikan kemudahan serta rezeki yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang mencari jalan taqwa sebagaimana firman-Nya:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” [Surah al-Thalaq (2-3)]

Akhir kalam, yakinlah dengan rezeki Allah SWT yang amat luas. Semoga kita membina kehidupan berpandukan syariat Islam serta diberikan taufiq dan hidayah dalam mencari keredhaan-Nya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-menjual-cecair-e-liquid-rokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfud Md Aturan Hukum Mati Koruptor Bisa Diselipkan Lewat Revisi Kuhp

Mahfud Md Aturan Hukum Mati Koruptor Bisa Diselipkan Lewat Revisi Kuhp

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 171 hits
Menko Polhukam Mahfud MD mengatakan hukuman mati bagi koruptor saja memiliki payung hukum bila aturannya dituliskan di revisi kitab undang undang hukum pidana RKUHP yang saat hingga kini tengah belum dituntaskan DPR
Hukum Guna Harta Pusaka Bagi Membiayai Kos Pengurusan Harta Pusaka

Hukum Guna Harta Pusaka Bagi Membiayai Kos Pengurusan Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 249 hits
SOALAN Kos menguruskan pusaka seperti kos untuk mendapatkan laporan doktor dan sebagainya adakah boleh diambil dari harta pusaka Mohon penjelasan JAWAPAN Pada dasarnya pengurusan harta pusaka termasuk dalam empat kewajipan yang perlu dituna...
Hukum Melakukan Pembedahan Kerana Telinga Capang

Hukum Melakukan Pembedahan Kerana Telinga Capang

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 356 hits
SOALAN Adakah pembedahan otoplasty dibenarkan dalam Islam Saya ingin melakukan pembedahan tersebut bukan untuk mencantikkan tetapi supaya telinga saya kelihatan normal seperti orang lain kerana telinga saya kelihatan menonjol JAWAPAN Pembed...
Hukum Makan Makanan Yang Diniatkan Untuk Sedekah

Hukum Makan Makanan Yang Diniatkan Untuk Sedekah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 398 hits
SOALAN Saya ada berniat untuk menyedekahkan makanan tetapi saya tidak jadi dan makanan tersebut dimakan oleh saya Soalan saya apakah hukum saya makan makanan yang diniatkan untuk sedekah tersebut JAWAPAN Amalan bersedekah merupakan amalan y...
Hukum Mengucapkan Alhamdulillah Sesudah Bersin Ketika Khutbah Jumaat

Hukum Mengucapkan Alhamdulillah Sesudah Bersin Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 291 hits
SOALAN Apakah hukumnya jika seseorang itu bersin semasa khutbah Jumaat lalu dia mengucapkan alhamdulillah sesudahnya Adakah ia termasuk sebagai perkara yang lagha dalam khutbah Jumaat JAWAPAN Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ...
Kuasa Hukum Novel Khawatir Yang Terungkap Hanya Pelaku Di Lapangan Saja

Kuasa Hukum Novel Khawatir Yang Terungkap Hanya Pelaku Di Lapangan Saja

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 200 hits
Menurut Haris penyerangan air keras terhadap Novel ini bukan hanya kejahatan biasa Melainkan kejahatan yang diduga sudah direncanakan dan terstruktur Menurut Haris jangan hanya pelaku lapangan yang diungkap melainkan dalang di balik aksi te...
Wapres Ma Ruf Amin Bicara Hukuman Mati Dari Kacamata Uu Dan Hukum Agama

Wapres Ma Ruf Amin Bicara Hukuman Mati Dari Kacamata Uu Dan Hukum Agama

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 351 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin tidak mempermasalahkan wacana penerapan hukuman mati bagi koruptor Menurut dia hal tersebut sangat mungkin diterapkan Ma ruf Amin melihat itu dari dua kacamata Yakni pendekatan Undang Undang dan aturan dalam agama
Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 298 hits
SOALAN Bolehkah solat istikharah dilakukan secara berjamaah JAWAPAN Istikharah membawa maksud menuntut bantuan dalam melakukan pemilihan Dari sudut seseorang menuntut supaya diberikan kesungguhan ke arah sesuatu perkara yang terpilih di sis...
Hukum Membuang Kucing Karena Sering Mengganggu

Hukum Membuang Kucing Karena Sering Mengganggu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 192 hits
Sebagian orang kadang sengaja membeli kucing untuk dipelihara Namun sebagian lagi ada yang membuang kucing ke pasar ke tempat sampah dan tempat lainnya karena sering mengganggu Misalnya sering kencing sembarangan sering makan ayam dan lain ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China