Hukum Makan Makanan Yang Diniatkan Untuk Sedekah



SOALAN:
Saya ada berniat untuk menyedekahkan makanan tetapi saya tidak jadi, dan makanan tersebut dimakan oleh saya. Soalan saya, apakah hukum saya makan makanan yang diniatkan untuk sedekah tersebut?

JAWAPAN:
Amalan bersedekah merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Allah SWT menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda bagi orang yang menyedekahkan harta ke jalan-Nya. Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Begitu juga, Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-Baqarah: 274)

Berbalik kepada soalan yang ditanya, para ulama’ telah membahaskan tentang hukum menarik balik sedekah dan membezakan keadaan di antara sedekah yang sudah diterima dan yang masih belum diterima oleh penerimanya.

Hukum menarik balik sedekah yang sudah diberikan dan diterima oleh penerimanya adalah haram dan berdosa. Ini berdasarkan hadith yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah memberi perumpamaan terhadap orang yang menarik semula sedekah yang telah diberikannya seperti anjing yang memakan muntahnya semula. Rasulullah SAW bersabda:

مثَل الذي يرجِعُ في صَدَقَتِه، كمثَلِ الكَلبِ يَقيءٌ، ثم يعودُ في قَيئِه فيأكُلُه
“Perumpaan orang yang menarik kembali sedekah yang telah diberikannya diibaratkan seperti anjing yang muntah, kemudian ia kembali memakan muntahnya sendiri.” [Riwayat Muslim (1622)]

وأما الصدقة ، فاتفقوا على أنه لا يجوز الرجوع فيها بعد القبض
“Adapun sedekah, para ulama’ bersepakat bahawa ia tidak boleh untuk ditarik balik sedekah setelah penerima menerimanya (qabd).” (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 5:235)

Walau bagaimanapun, jika sekiranya sedekah tersebut diniatkan sahaja atau ingin menarik balik sebelum penerima sedekah menerimanya, maka hukumnya adalah harus untuk mengambil semula sedekah tersebut. Namun, disunatkan supaya disedekahkan juga, dan tidak wajib baginya untuk mendermakan semula. Hal ini seperti yang disebutkan di dalam kitab Syarh Muntaha al-Iradat:

ومن ميز شيئاً للصدقة به أو وكل فيه ثم بدا له أن لا يتصدق به سن له إمضاؤه مخالفة للنفس والشياطين ، ولا يجب عليه إمضاؤه ; لأنها لا تملك قبل القبض
“Barangsiapa yang telah membahagikan sebahagian hartanya untuk disedekahkah atau diberikan kepada wakil untuk menyedekahkannya, kemudian dia berasa tidak mahu menyedekahkannya pula, maka sunat baginya untuk terus memberikannya kepada penerimanya kerana hal ini berlawanan dengan godaan nafsu dan hasutan syaitan. Namun, tidak wajib untuk dia memberikan sedekah tersebut kerana sedekah tidak dimiliki oleh seseorang penerima sebelum dia menerimanya.” (Rujuk Syarh Muntaha al-Iradat, 2: 334)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum memakan makanan yang diniatkan untuk bersedekah adalah harus dan tidak berdosa. Ini kerana ia sekadar diniatkan dan belum diterima oleh penerimanya. Namun, jika sekiranya sedekah tersebut sudah diberikan dan diterima oleh penerimanya, maka haram untuk kita menarik balik dan mengungkit kembali apa yang telah diberikan. Ini kerana hal tersebut menyakiti orang yang menerima sedekah tersebut. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti.” (Surah al-Baqarah: 264)

Walau bagaimanapun, kami menyarankan supaya disedekahkan kembali nilai makanan yang dimakan tersebut supaya dapat melaksanakan taufiq daripada niat baik itu dan seterusnya mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang bersedekah. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Ameen.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-makan-makanan-yang-diniatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 323 hits
Bila ada anak anak yang mengalami masalah berlebihan berat badan tentu ramai yang ingat mereka makan tak memilih Tapi mungkin juga terlalu memilih makanan membuatkan mereka menjadi overweight atau obese Melalui perkongsian pakar pemakanan N...
Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 313 hits
Hari ini apa kata Ohmedia kongsi sedikit kisah yang berlaku di dunia luar negara Ini berkaitan dengan dua orang adik beradik dari Ukraine berumur 5 dan 1 tahun yang akhirnya berjaya diselamatkan polis selepas dipercayai ditinggalkan kebulur...
Makanan Yang Menaikkan Selera Makan Kita

Makanan Yang Menaikkan Selera Makan Kita

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 359 hits
Makanan yang menaikkan selera makan kita Assalamualaikum semua Ya Allah lamanya tak update blog ni Rindu kita tak sorry ya korang nieyl 2 week sibuk dengan short vacation kemudian dengan interview Banyak sangat yang nak di story Insya llah ...
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai Jom Singgah Chapayom Di I City Mall Shah Alam

Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai Jom Singgah Chapayom Di I City Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 332 hits
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam Percutian kami sekeluarga ke Thailand pada tahun lepas adalah momen yang terindah dan tak dapat dilupakan terutama makanannya Bila belek balik gambar gambar l...
Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 529 hits
Ramai antara kita pasti pernah makan dulu kemudian kira dan baru bayar pada tuan kedai Terutamanya jika kedai makan yang jenis ramai dan penuh sesak dengan pelanggan Makanan yang diambil pula biasanya tak sempat dilihat peniaga ramai pelang...
Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Menyebabkan Hilang Ingatan

Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Menyebabkan Hilang Ingatan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 418 hits
Makan makanan pedas didapati boleh menyebabkan hilang ingatan menurut beberapa kajian yang dibuat oleh Universiti of South Australia dan Qatar University Mereka mendapati individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi un...
Hukum Menerima Sedekah Dari Harta Riba

Hukum Menerima Sedekah Dari Harta Riba

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 712 hits
SOALAN Ada seseorang yang saya kenali mempunyai beberapa sumber rezeki tetapi salah satunya ialah daripada hasil riba Orang tersebut amat pemurah dan suka memberi bantuan berupa barang dan makanan kepada orang miskin Soalan saya apakah huku...
Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim

Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 441 hits
Apa hukum kita hidu bau masakan daging babi Pejabat kami bersebelahan dengan restoran cina setiap hari bau masakan sup babi memasuki pejabat kami Kami tahu hukum memakannya memang haram tapi adakah menghidunya setiap hari juga termasuk dala...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos