Hukum Mengucapkan Alhamdulillah Sesudah Bersin Ketika Khutbah Jumaat



SOALAN:
Apakah hukumnya jika seseorang itu bersin semasa khutbah Jumaat lalu dia mengucapkan alhamdulillah sesudahnya? Adakah ia termasuk sebagai perkara yang lagha dalam khutbah Jumaat?

JAWAPAN:
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
“Apabila kamu mengucapkan “Diamlah kamu” kepada sahabat kamu pada hari Jumaat dalam keadaan Imam sedang berkhutbah, maka kamu telah lagha.” [Riwayat Al-Bukhari (934)]

Sekiranya kita meneliti hadis di atas, kita akan mendapati bahawa menegur orang yang bising ketika khatib sedang berkhutbah itupun menjadikan seseorang itu lagha. Sedangkan menegur kesilapan dan kesalahan di depan mata adalah termasuk dalam bab mencegah kemungkaran.

Inilah yang disebut sebagai mafhum al-muwafaqah dari lafaz hadis iaitu sekiranya mencegah kemungkaran dengan menyebut: “Diamlah kamu” semasa khutbah pun menjadikan seseorang itu lagha, maka sudah pastilah ucapan-ucapan dan bualan-bualan kosong semasa khutbah Jumaat itu menjadi lebih lagha lagi.

Secara ringkasnya, yang dimaksudkan dengan lagha di dalam hadis di atas seperti berikut :
• Lagha bermaksud telah terbatal fadhilat solat Jumaat.
• Ia bererti solat Jumaatnya berubah menjadi solat zohor.

Meskipun begitu, kami menyatakan bahawa bukanlah kesemua kategori ucapan semasa khutbah itu menjadikan penuturnya sebagai lagha. Ini kerana terdapat beberapa ucapan tertentu yang dibenarkan, seperti berselawat ke atas Nabi SAW ketika mendengar nama baginda disebut semasa khutbah. Ini kerana, seseorang yang mendengar nama Rasulullah SAW disebut, namun tidak berselawat ke atas baginda maka dia dianggap sebagai seorang yang bakhil. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ
“Orang yang bakhil itu adalah mereka yang apabila namaku disebut di sisinya, namun dia tidak berselawat ke atasku.” [Riwayat Al-Tirmidzi (3546)]

Selain itu, mengucapkan lafaz amin ketika mendengar doa yang dibacakan oleh khatib semasa khutbah juga adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam ucapan yang lagha.

Kami juga menambah, antara ucapan yang dibenarkan juga termasuklah mengucapkan tahmid sesudah bersin semasa khutbah serta tasymit (mengucapkan Yarhamukallah) kepada orang yang bersin. Anjuran ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
“Apabila salah seorang dari kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan saudara atau sahabatnya mengatakan Yarhamukallah (semoga Allah merahmati kamu). Sekiranya seseorang berkata kepadanya (orang yang bersin) ucapan Yarhamukallah, maka hendaklah dia membalasnya dengan sebutan Yahdikumullah wa yuslihu baalakum (semoga Allah memberi hidayah kepadamu serta memperelokkan urusan kamu).” [Riwayat Al-Bukhari (6224)]

Justeru, anjuran ini hakikatnya tidak terhad kepada waktu atau tempat tertentu sahaja. Bahkan boleh untuk mengucapkan tahmid sesudah bersin semasa khutbah sedang berlangsung dan dibolehkan untuk orang yang mendengarnya mengucapkan Yarhamukallah. Namun sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan tahmid, maka tidak perlu untuk mereka yang mendengar bersin itu untuk mendoakannya. Ini seperti yang disebutkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Burdah beliau berkata :

دَخَلْتُ عَلَى أَبِي مُوسَى وَهوَ فِي بَيْتِ بِنْتِ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ فَعَطَسْتُ فَلَمْ يُشَمِّتْنِي وَعَطَسَتْ فَشَمَّتَهَا فَرَجَعْتُ إِلَى أُمِّي فَأَخْبَرْتُهَا فَلَمَّا جَاءَهَا قَالَتْ عَطَسَ عِنْدَكَ ابْنِي فَلَمْ تُشَمِّتْهُ وَعَطَسَتْ فَشَمَّتَّهَا ‏.‏ فَقَالَ إِنَّ ابْنَكِ عَطَسَ فَلَمْ يَحْمَدِ اللَّهَ فَلَمْ أُشَمِّتْهُ وَعَطَسَتْ فَحَمِدَتِ اللَّهَ فَشَمَّتُّهَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتُوهُ فَإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللَّهَ فَلاَ تُشَمِّتُوهُ
“Aku pada suatu hari bertemu dengan Abu Musa (Al-‘Asy’ari) dan beliau pada ketika itu berada di dalam rumah anak perempuan kepada Al-Fadhl Ibn Abbas. Lalu aku bersin namun beliau tidak bertasymit (mengucapkan Yarhamukallah) kepadaku. Kemudian anak perempuan Al-Fadhl bersin dan beliau (Abu Musa) mentasymitkan beliau. Lalu aku pun kembali kepada ibuku dan memberitahu kepadanya. Maka apabila Abu Musa kembali lalu ibuku bertanya kepadanya: “Anak lelaki ku bersin di sisimu namun kau tidak bertasymit kepadanya namun anak perempuan Al-Fadhl bersin dan kamu bertasymit kepadanya.” Maka kata Abu Musa: “Sesungguhnya anak kamu bersin namun tidak mengucapkan tahmid lalu aku pun tidak mentasymitkannya. Manakala dia (anak perempuan Al-Fadhl) bersin, kemudian beliau bertahmid maka aku pun mentasymitkannya. Ini kerana aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila salah seorang kamu bersin lalu dia memuji Allah maka hendaklah kamu bertasymit kepadanya. Sekiranya dia tidak bertahmid maka tidak perlulah kamu bertasymit kepadanya.” [Riwayat Muslim (2992)]

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum mengucapkan alhamdulillah sesudah bersin ketika khutbah Jumaat sedang berlangsung adalah dibolehkan. Demikian juga kami menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang yang mendengarnya mengucapkan tasymit iaitu sebutan Yarhamukallah kepadanya pada ketika itu. Namun, hendaklah ucapan-ucapan sebegini dilakukan secara perlahan supaya ia tidak mengganggu tumpuan para jemaah yang lain.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-mengucapkan-alhamdulillah-sesudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 369 hits
Sokong penguatkuasaan tegas tak solat JumaatBuat pertama kalinya di Malaysia Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda RM2 500 dan sebulan penjara bagi seorang tertuduh yang merupakan ketua keluarga dan RM2 400...
Kenapa Kita Tutup Mata Ketika Bersin Ini Jawapannya

Kenapa Kita Tutup Mata Ketika Bersin Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 321 hits
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora separa automatik dari paru paru melalui hidung dan mulut Bersin boleh tercetus dari zarah asing yang mengganggu murkosa hidung Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada ca...
Hukum Pakai Pampers Ketika Ihram

Hukum Pakai Pampers Ketika Ihram

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 449 hits
Pakai Pampers ketika Ihram Jika kita ihram dengan bayi laki laki bolehkah dikasih pampers Sementara pakaian lelaki ketika ihram kan tidak boleh ada celana dalam Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Diantara aturan ...
7 Cara Menurunkan Panas Anak Ketika Demam Secara Alami

7 Cara Menurunkan Panas Anak Ketika Demam Secara Alami

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 268 hits
Cara menurunkan panas anak ketika demam sangat penting diketahui bagi para orangtua di rumah yang sedang tidak memiliki persediaan obat Menurunkan panas secara alami juga lebih aman dilakukan dan hampir tidak memiliki risiko efek samping
Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 519 hits
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 563 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Quot Boleh Bentan Dibuatnya Quot Wawa Zainal Pergi Kerja Ketika Berpantang

Quot Boleh Bentan Dibuatnya Quot Wawa Zainal Pergi Kerja Ketika Berpantang

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 319 hits
Hiburan Pelakon Wawa Zainal terpaksa keluar ke pejabat untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya pada hari kelapan berpantang Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai Hari kelapan berpanta...
Anak Lelaki Fazley Yaakob 039 Kaku 039 Gara Gara Didatangi Wanita Bergelek Ketika Makan

Anak Lelaki Fazley Yaakob 039 Kaku 039 Gara Gara Didatangi Wanita Bergelek Ketika Makan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 285 hits
Cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya bersama keluarga menikmati makan malam di sebuah restoran makanan orang Lubnan di Australia Bagaimanapun video yang dimuat naik di Instagram TV it...
Tian Chua Kena Boo Ketika Sebut Nama Azmin

Tian Chua Kena Boo Ketika Sebut Nama Azmin

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 324 hits
Diterbitkan Hari ini 1 00 tengahariBERITAKONGRES PKR Suasana dewan di MITC Melaka pada hari terakhir Kongres PKR riuh apabila Naib Presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan Kongres hari ini bermula tanpa kehadiran beberapa pimpinan utama t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash