Hukum Guna Harta Pusaka Bagi Membiayai Kos Pengurusan Harta Pusaka



SOALAN:
Kos menguruskan pusaka seperti kos untuk mendapatkan laporan doktor dan sebagainya, adakah boleh diambil dari harta pusaka? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Pada dasarnya, pengurusan harta pusaka termasuk dalam empat kewajipan yang perlu ditunaikan setelah seseorang itu meninggal dunia. Pengurusan harta pusaka ini merupakan pengurusan lebihan harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah dibiayai kos pengurusan jenazahnya terlebih dahulu, kemudian dilangsaikan hutang-hutangnya dan seterusnya dipenuhi wasiatnya jika ada. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 16/49-53]

Ibnu Mulaqqin berkata:

يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه إن لم يتعلق بعينها حق، ثم بدين الله، ثم بدين الآدمي، ثم بالوصايا من ثلث الباقي، ثم يقسم الباقي بين الورثة.
“Urusan peninggalan si mati dimulakan dengan pembiayaan pengurusan jenazahnya, kemudian hutangnya dengan Allah SWT (nazar, kafarah, dll) kemudian hutangnya terhadap manusia, kemudian ditunaikan wasiatnya 1/3 dan akhirnya dibahagikan baki harta tersebut dalam kalangan ahli waris yang layak”. [Lihat: al-Tazkirah fi al-Fiqh al-Syafi’I; m/s 86]

Pengurusan harta pusaka bukanlah suatu hal yang tidak perlu diambil peduli bahkan ia perlu dilaksanakan dengan sesegera mungkin bagi mengelakkan dari terjadinya hal-hal yang lebih rumit seperti bilangan waris bertambah disebabkan ada kematian yang berlapis, harta tidak terurus dan terbiar, juga kehilangan dokumen-dokumen penting antaranya sijil kematian, surat perjanjian, dokumen hak milik, perjanjian jual beli dan sebagainya.

Maka, dalam hal menguruskan harta pusaka si mati, banyak kos dan juga perbelanjaan yang perlu dikeluarkan demi mendapatkan bahagian dari harta pusaka tersebut. Akan tetapi, isu timbul apabila tiada wang yang diperuntukkan atau disediakan oleh ahli waris untuk membayar kos pengurusan harta pusaka ini. Seperti contoh, Amanah Raya Berhad mengenakan fi sebanyak 5% bagi RM25,000 yang pertama untuk kerja-kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada harta pusaka simati yang melibatkan tugas-tugas pendaftaran aset dan waris-waris, penyiasatan aset dan waris, pengesahan aset dan liabiliti dan pembahagian harta pusaka kepada waris-waris. Contoh kedua, pihak hospital mengenakan cas sebanyak RM40 bagi satu laporan perubatan bagi si mati. Dan juga contoh-contoh lain yang terikat bersama pengurusan harta pusaka.

Kesemua perkara ini mestilah dijelaskan terlebih dahulu sebelum dibahagikan harta pusaka tersebut kepada ahli waris yang berhak. Jika harta pusaka ini tidak diagihkan juga, maka hilanglah hak-hak waris yang lain terhadap harta tersebut khususnya bagi anak-anak dan isteri si mati di samping harta tersebut akan disalurkan ke baitulmal ataupun Akta Wang Tak Dituntut. Dan yang lebih utama, kewajipan yang terakhir bagi pengurusan harta pusaka tidak terlaksana. Justeru itu, waris-waris si mati perlulah bersepakat mengambil harta pusaka bagi membiayai kos pengurusan harta pusaka si mati dan juga bagi melaksanakan kewajipan yang terakhir ini.

Ini bertepatan dengan kaedah Usul Fiqh:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
“Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia wajib. / Sesuatu perkara akan menjadi wajib apabila melalui wasilahnya sahaja objektif hukum (wajib) boleh tercapai.”

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah Usuliyyah. Ulama’-ulama’ Usul menyatakannya sebagai ‘muqaddimah’ wajib atau permulaan kepada wajib. [Lihat: Ma’lamah Zayid; 27/429-431]

Maka, di sini, pengagihan harta pusaka adalah perkara yang wajib, ia tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan adanya urusan pengagihan yang dijalankan atau diuruskan oleh badan-badan atau seseorang seperti Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya dan sebagainya, kemudian urusan ini memerlukan kepada kos dan juga perbelanjaan. Justeru itu, membiayai kos pengurusan harta pusaka adalah wajib bagi melicinkan urusan pengagihan harta pusaka kepada waris-waris yang berhak. Oleh kerana itu, harta pusaka boleh digunakan untuk membiayainya dengan persetujuan para waris.

Sebagai contoh dalam kehidupan realiti, sepertimana prosedur yang dijalankan dalam badan Amanah Raya Berhad (ARB), mereka mengenakan caj fi bagi pengurusan harta pusaka si mati, dan harta peninggalan tersebut akan ditangguhkan atau ditunda pengurusannya jika tidak diselesaikan caj fi yang dikenakan. Maka, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada para waris untuk menggunakan harta peninggalan si mati (yang telah beku dalam simpanan) untuk kegunaan mereka dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, kepada isteri dan juga anak-anak si mati yang lebih memerlukan harta tersebut bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Justeru itu, waris-waris perlulah saling membantu membiayainya, dan jika tidak mampu, waris boleh meminta agar pihak Amanah Raya menolak caj perkhidmatan dari harta pusaka tersebut. Penggunaan harta pusaka bagi tujuan pengurusan harta tersebut (dicairkan, difailkan, diagihkan dan sebagainya) amatlah perlu dan wajib waris-warisnya bersetuju terhadapnya jika waris-waris tidak mampu membiayainya.

Sehubungan dengan itu, kami menasihati pihak-pihak yang terlibat sebagai orang tengah atau wakil yang menguruskan harta pusaka seseorang agar tidak meletakkan caj perkhidmatan yang tidak terlalu tinggi dan berpatutan supaya para waris si mati mampu membayarnya. Ini kerana, berlakunya banyak tinggalan-tinggalan harta yang tidak dituntut berpunca dari kos pengurusan yang terlalu tinggi. Selain itu, kami menasihati juga para waris agar dapat bersama menyelesaikan kesemua kewajipan terhadap si mati termasuklah dalam urusan pengagihan harta pusaka.

Penutup

Kesimpulannya, pengagihan harta pusaka salah satu kewajipan terhadap si mati, begitu juga pengurusan harta tersebut. Oleh itu, berdasarkan penjelasan yang telah diberikan, kami simpulkan bahawa penggunaan harta pusaka bagi tujuan membiayai caj dan kos pengurusan harta dan segala yang berkaitan dengannya seperti bayaran laporan perubatan, upah peguam dan sebagainya adalah dibolehkan.

Akhir kata, kami mendoakan agar segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT, baik urusan di dunia mahupun di Akhirat. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan amal ibadah kita dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran. Seterusnya, moga Allah SWT memberikan kepada kita kefahaman dalam agama dan juga keikhlasan dalam beribadah.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-guna-harta-pusaka-bagi-membiayai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membiayai Kos Pengurusan Jenazah Menggunakan Wang Khairat Kematian

Hukum Membiayai Kos Pengurusan Jenazah Menggunakan Wang Khairat Kematian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 463 hits
SOALAN Bolehkah pembiayaan kos urusan jenazah ditanggung oleh pihak lain seperti menggunakan duit Tabung Khairat Kematian untuk tujuan tersebut Adakah kisah Mus ab bin Umair yang hanya dikafani dengan sehelai kain boleh menjadi dalil bahawa...
Hukum Menerima Sedekah Dari Harta Riba

Hukum Menerima Sedekah Dari Harta Riba

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 733 hits
SOALAN Ada seseorang yang saya kenali mempunyai beberapa sumber rezeki tetapi salah satunya ialah daripada hasil riba Orang tersebut amat pemurah dan suka memberi bantuan berupa barang dan makanan kepada orang miskin Soalan saya apakah huku...
Bolehkah Harta Pusaka Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid

Bolehkah Harta Pusaka Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 197 hits
SOALAN Boleh atau tidak harta peninggalan si mati dibahagi secara rata dalam kalangan adik beradik tanpa mengikut faraid JAWAPAN Ilmu faraid pada Syarak bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira kira yang membolehkan kita ...
Hukum Harta Orang Yang Hilang

Hukum Harta Orang Yang Hilang

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 233 hits
SOALAN Bagaimanakah cara untuk menguruskan harta orang yang hilang Bolehkah diagihkan serta merta harta tersebut atau ada tempoh masa yang tertentu Bagaimana jika orang yang hilang muncul kembali Mohon penjelasan JAWAPAN Kami mulakan kalam ...
Adakah Wang Yang Dipesan Supaya Didermakan Sebelum Meninggal Dunia Termasuk Sebahagian Harta Pusaka

Adakah Wang Yang Dipesan Supaya Didermakan Sebelum Meninggal Dunia Termasuk Sebahagian Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 314 hits
SOALAN Jika nenek saya ada berpesan untuk mendermakan sejumlah wang kepada madrasah bila dia meninggal adakah duit itu jadi sebahagian daripada harta pusaka JAWAPAN Menginfaqkan sesuatu kepada kebaikan merupakan perkara yang dituntut oleh a...
Siap Jadi Bomba Tu 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu Cebok Anak

Siap Jadi Bomba Tu 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu Cebok Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 474 hits
Setiap ibu ayah mempunyai teknik kreatif masing masing untuk membersihkan najis anak atau dalam bahasa pasarnya kita panggil cebok Pada awalnya pasti geli terutamanya kaum ayah kan Tak biasa nak basuhkan punggung budak biarpun anak sendiri ...
Keluarga Anak Ramai Dapat Kelonggaran Guna Kerusi Keselamatan Kanak Kanak

Keluarga Anak Ramai Dapat Kelonggaran Guna Kerusi Keselamatan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 279 hits
Kelonggaran peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak yang juga dikenali sebagai sistem pengendalian kanak kanak atau CRS dalam kenderaan akan diberikan kepada keluarga yang memiliki anak ramai kata Timbalan Menteri Pengangkutan K...
Instagram Guna Akaun Twitter Beritahu Pengguna Aplikasi Sedang Dilanda Masalah

Instagram Guna Akaun Twitter Beritahu Pengguna Aplikasi Sedang Dilanda Masalah

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 337 hits
Kini kebanyakkan negara mengalami masalah mengakses media sosial Facebook dan Instagram Berhubung dengan masalah sistem yang kini dihadapi oleh pengguna Facebook serta Instagram pihak Instagram telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Tw...
Cara Pindah Rumah Dengan Mudah Mesti Guna Khidmat Lori Sewa

Cara Pindah Rumah Dengan Mudah Mesti Guna Khidmat Lori Sewa

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 326 hits
Cara Pindah Rumah Dengan Mudah Mesti Guna Lori Sewa Benar cara pindah rumah dengan mudah mesti kena guna lori sewa Ini berdasarkan pengalamanku sendiri yang dah beberapa kali berpindah Mau taknya barang banyak dan jika nak pindah dekat seka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt