Bawa Beg Berisi Kasut Ketika Tawaf Sah Atau Tidak




SOALAN:
Saya ada kemusykilan mengenai umrah. Ketika mengerjakan umrah kali pertama saya membawa kasut dalam uncang setiap kali saya masuk ke Masjidil Haram sama ada untuk tawaf, sa'ie, ataupun sekadar solat. Pendek kata saya membawa kasut (dalam uncang) ke mana-mana saya pergi sepanjang mengerjakan umrah. Adakah dibolehkan? Sahkah umrah saya kerana saya terlihat video yang menyatakan bahawanya ianya salah dan tidak sah? Namun ada juga artikel yang mengatakan ia dibolehkan. Terima kasih atas pencerahan.

JAWAPAN:

Kebersihan

Islam sangat mementingkan konsep kebersihan untuk dipraktikkan di dalam kehidupan harian. Kebersihan iaitu al-Taharah bermaksud menghilangkan hadas, najis atau apa yang bersangkutan dengannya. Allah SWT mensyariatkan al-Taharah bertujuan untuk menjaga kebersihan dalam melakukan ibadah.

Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Salih bin Abi Hassan: Aku mendengar Said bn Musaib berkata:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ كَرِيمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ جَوَادٌ يُحِبُّ الْجُودَ فَنَظِّفُوا أُرَاهُ قَالَ أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ
“Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan Dia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” [Riwayat al-Tirmidzi (2799)]

Begitu juga Baginda SAW menggambarkan bahawa kebersihan itu merupakan salah satu daripada ciri-ciri keimanan. Abu Malik al-Asy’ari RA meriwayatkan hadith daripada Baginda SAW, sabdanya:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
“Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” [Riwayat Muslim (223)]

Di dalam melakukan ibadah tawaf, sa'ie dan solat, ianya tidak terlepas daripada syarat bersuci daripada hadas serta menghilangkan najis yang terdapat pada badan. Allah SWT memerintahkan supaya membersihkan pakaian apabila ingin melakukan solat. Firman-Nya:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah al-Muddatsir: 4)

Solat Dengan Memakai Kasut

Para ulama' membahaskan berkenaan dengan memakai kasut ketika solat adalah diharuskan. Ibnu Rejab menukilkan pendapat Imam Ahmad menyatakan, harus melakukan solat dengan memakai kasut sekiranya ia bersih. (Lihat: Fathu al-Bari li Ibn Rejab, 3/42)

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri R.A, sabda Nabi SAW:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
“Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.” [Sunan Abi Daud (650)]

Imam al-San’ani dalam mensyarahkan hadith ini menyatakan, hadith ini merupakan pensyariatan solat dengan memakai kasut atau selipar. Begitu juga, sapuan kasut atau selipar pada tanah boleh menyucikannya daripada kotoran. Dan secara zahir pada kedua-duanya adalah pada menentukan maksud najis, sama ada bersifat basah atau kering. (Lihat: Subul al-Salam, 1/205)

Syarat Wajib Melakukan Tawaf

Dalam melakukan ibadah tawaf, mestilah seseorang itu mengikut apa yang digariskan oleh syarak berkenaan dengan perkara yang disyaratkannya.

Di antara syarat wajib dalam mengerjakan ibadah tawaf ini adalah menutup aurat, suci daripada hadas, bermula di Hajar Aswad, bahu di sebelah kiri Kaabah, tawaf di luar Kaabah, tawaf sebanyak tujuh pusingan dan mengerjakan tawaf di dalam masjid. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/243-246)

Dan disyaratkan seseorang itu ketika hendak melakukan tawaf mestilah bersih daripada najis dan suci daripada hadas. Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan syarat sah tawaf adalah suci dan bersih daripada hadas dan najis pada baju, badan serta tempat yang hendak dilakukan tawaf. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/344)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan dan perbahasan yang diberikan dapat kami simpulkan di sini:

Mesti memastikan kasut atau selipar yang hendak dibawanya itu tidak terdapat padanya najis.Sekiranya tidak pasti sama ada ia bernajis atau tidak, maka perhatikan padanya adakah terdapat ciri-ciri najis seperti bau, rasa dan warna padanya. Dan sekiranya tidak maka anggaplah ia suci. Ini kerana sapuan kasut itu pada tanah telah menyucikannya seperti pendapat Imam San’ani yang disebutkan di atas.
Selain itu, hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Walad bahawa Ibrahim bin Abdul Rahman bin ‘Auf bertanya kepada Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW, bahawa beliau R.Anha berkata:

إِنِّي امْرَأَةٌ أُطِيلُ ذَيْلِي وَأَمْشِي فِي الْمَكَانِ الْقَذِرِ . فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : يُطَهِّرُهُ مَا بَعْدَهُ
“Sesungguhnya aku adalah wanita yang labuh pakaiannya, dan aku berjalan melalui kawasan yang kotor.” Lalu Ummu Salamah R.Anha menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang selepasnya (iaitu tanah) akan menyucikannya.” [Riwayat Abu Daud (383)]

Justeru, kami berpendapat sah solat atau tawaf seseorang itu sekiranya membawa beg berisi kasut atau selipar yang suci daripada najis padanya. Dan sekiranya terdapat kotoran atau najis pada kasut, maka hendaklah dia menghilangkan dan membersihkannya terlebih dahulu.

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/bawa-beg-berisi-kasut-ketika-tawaf-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepentingan Kasut Musim Sejuk Ketika Winter Travel

Kepentingan Kasut Musim Sejuk Ketika Winter Travel

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 553 hits
Sebenarnya ramai sangat yang tak ambil kisah pun sebenarnya berkenaan kasut kalau keluar melancong ke luar negara ni Siap ada yang kata Eh Pakai jer lah kasut apapun Asalkan selesa Kalau dulu dulu saya pun akan setuju dengan statement macam...
Pengunjung Tesco Buat Hal Lagi Bawa Anjing Dalam Troli Ketika Beli Barang

Pengunjung Tesco Buat Hal Lagi Bawa Anjing Dalam Troli Ketika Beli Barang

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 330 hits
Hi gais untuk OhTrending kali ini Oh Media membawakan cerita tentang pengunjung sebuah hypermarket yang cetuskan kemarahan netizen kerana membawa anjing dalam troli Kalau korang nak tahu ulasannya korang boleh tonton video dekat bawah ni ok...
Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 5246 hits
Sebelum memulakan kerja tugas berniaga keluar rumah buat sesuatu atau pun selepas solat kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada ...
Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 1846 hits
SOALAN Apakah hukum membaca bacaan rukuk ketika sujud JAWAPAN Daripada Uqah bin Amir R A berkata bahawa ketika turun ayat fasabbih bismi rabbika al azhimi Rasulullah SAW bersabda Jadikanlah ia bacaan pada rukuk kalian Dan ketika turun ayat ...
2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 572 hits
2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa suka makan pedas Siapa yang boleh putus selera kalau tak ada makanan yang pedas Okay sebenarnya mummy lah ...
Sah Mb Exco Kelantan Dapat Bonus Rm50 000 Seorang

Sah Mb Exco Kelantan Dapat Bonus Rm50 000 Seorang

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 290 hits
Selepas pembelian 14 buah Mercedes Benz sebagai kereta rasmi Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan pimpinan kerajaan negeri itu menerima bonus RM50 000 seorang yang menurutnya ia adalah pemberian khas susu...
Elly Mazlein Kini Sah Milik Azlan

Elly Mazlein Kini Sah Milik Azlan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 1833 hits
DENGAN sekali lafaz pelakon penyanyi dan pengacara Elly Mazlein 40 kini sah bergelar isteri kepada guru dikenali Mohamad Azlan Che Noh 30 dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur jam 9 09 m...
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 513 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Sah Arcandra Tahar Diangkat Jadi Komisaris Utama Pgn

Sah Arcandra Tahar Diangkat Jadi Komisaris Utama Pgn

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 181 hits
Saat ditetapkan sebagai Komisaris Utama Arcandra tampak menyalami para jajaran komisaris dan direksi PGN kemudian mengenakan jaket hitam bertuliskan The Gas
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri