Kiamat Akan Berlaku Pada Hari Jumaat



SOALAN:
Apakah terdapat hadith yang menyatakan bahawa benar Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat?

JAWAPAN:
Beriman dengan hari Kiamat adalah termasuk di dalam rukun-rukun Iman. Justeru, wajib ke atas kita untuk beriman dengannya. Akan tetapi, Allah SWT menyembunyikan saat atau waktu akan berlaku Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam firman-Nya:

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ
“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.” (Taha: 15)

Berdasarkan soalan di atas, di sana terdapat hadith yang sahih daripada Imam Muslim di dalam kitab sahihnya bahawa Nabi SAW pernah menyatakan bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam A.S) daripada syurga serta tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [Riwayat Muslim (854)]

Dalam memahami hadith ini, para ulama' berbeza pendapat berkaitan perkara-perara yang disebutkan ini merupakan kelebihan hari Jumaat atau sebaliknya. Hal ini ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini ketika menukilkan pandangan daripada al-Qadhi ‘Iyad bahawa secara zahirnya kelebihan-kelebihan yang disebutkan ini bukanlah kelebihan sebenarnya kerana keluarnya Adam A.S (dari syurga) dan berlaku Kiamat tidaklah dikira sebagai kelebihan. Bahkan, itu semua untuk menjelaskan akan berlakunya perkara-perkara yang besar agar manusia bersedia dengan amalan-amalan soleh untuk mendapatkan rahmat Allah dan terselamat daripada hukuman-Nya.

Tambahan pula, Abu Bakar bin al-I’zzi di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa kesemua yang disebutkan di dalam hadith ini adalah kelebihan. Datangnya hari Kiamat adalah untuk mempercepatkan balasan kepada para Nabi, siddiqin, auliya’ dan selain daripada mereka serta menzahirkan keistimewaan serta kemulian mereka. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 6/142]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menyatakan bahawa hari Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat adalah hadith yang sahih riwayat Imam Muslim. Di samping itu juga, kita perlu sentiasa bersedia untuk bertemu dengan hari Kiamat yang akan datang pada bila-bila masa sahaja dengan mempersiapkan sebanyak yang mungkin daripada amalan soleh. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di hari akhirat kelak serta memasukkan kita ke dalam syurga. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/kiamat-akan-berlaku-pada-hari-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumaat Penghulu Hari 9697

Jumaat Penghulu Hari 9697

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1197 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah In Syaa Allah Jumaat Penghulu Hari menceriakan hidup kita dengan limpahan rezeki Allah redha Allah dan Rahmat Allah Aamiin Yaa Allah
Maksud Jarak Rasulullah Saw Diutus Dan Hari Kiamat Seperti Dua Jari

Maksud Jarak Rasulullah Saw Diutus Dan Hari Kiamat Seperti Dua Jari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 600 hits
SOALAN Boleh jelaskan tentang maksud jarak Nabi SAW diutus dengan hari Kiamat yang akan berlaku adalah seperti dua jari sepertimana disebut dalam sebuah hadith JAWAPAN Menjawab persoalan di atas ia adalah berdasarkan sebuah hadith yang diri...
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 573 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Salah Minum Obat Kuat Penis Pria Ini Alami Ereksi Selama Tiga Hari

Salah Minum Obat Kuat Penis Pria Ini Alami Ereksi Selama Tiga Hari

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 559 hits
Seorang pria harus dilarikan ke rumah sakit setelah mengalami ereksi selama tiga hari Insiden itu terjadi setelah ia secara sengaja mengambil stimulan seksual yang biasa diberikan ke sapi jantan untuk berkembang biak Pria asal Meksiko yang ...
Mengapa Perlu Ketawa Setiap Hari

Mengapa Perlu Ketawa Setiap Hari

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 232 hits
KetawaKetawa Baik Untuk Kesihatan You all perasan tak bila kita ketawa atau senyum mood kita selalunya akan turut sama berubah Dari sedih boleh jadi ceria Dari marah boleh jadi cool Rasa sakit juga boleh berkurangan Mengapa boleh jadi macam...
Program Rmt Dengan Penambahbaikan Dilaksana Hari Ini Kpm

Program Rmt Dengan Penambahbaikan Dilaksana Hari Ini Kpm

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 195 hits
Gambar hiasanProgram Rancangan Makanan Tambahan dengan penambahbaikan mula dilaksana pada hari ini dan dikhusukan kepada murid murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada golongan keluarga dalam kategori miskin tegar dan miskin m...
Poll Dsai Jadi Pm Hari Ini

Poll Dsai Jadi Pm Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 136 hits
Sehingga jam 12 58 pagi pada 21 1 2020 keputusan poll drpd 58 235 yg mengundi 82 63 memilih Anwar sebagai PM
Senyuman Permulaan Hari

Senyuman Permulaan Hari

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 372 hits
SENYUMAN PERMULAAN HARISenyum Tak perlu kata apa apa Senyum itu sedekah Sedekah yang tak mengeluarkan modal tak mengeluarkan keringat dan hanya mengeluarkan aura positif AssalamualaikumSelamat pagi mulakan hari dengan senyuman agar hidup se...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri