Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam



SOALAN:
Masjid di tempat saya ada dua tingkat. Oleh kerana bahagian bawah lebih besar, maka kedudukan makmum berada di hadapan imam yang berada di atas. Soalan saya adakah sah solat seperti ini?

JAWAPAN:
Dalam mazhab Imam al-Syafi’e, ada beberapa syarat qudwah (mengikut imam) yang disebutkan dalam isu solat berjamaah. Antaranya adalah yang kami nyatakan seperti berikut :

• Seseorang makmum itu hendaklah tidak mengetahui akan terbatalnya solat imamnya disebabkan hadas atau selainnya. Maksudnya, jika seseorang itu mengetahui yang imamnya dalam keadaan berhadas, maka tidak sah dia menjadi makmum kepada imam tersebut.

• Hendaklah imamnya itu bukan seorang makmum. Maksudnya, jika kita sebagai makmum mengikut seseorang yang juga makmum, maka tidak sah untuk kita mengikutinya. Ini kerana, sifat imam adalah mustaqil iaitu tidak terikat dengan orang lain.

• Hendaklah makmum tidak mendahului imam pada kedudukan solat. Dari sudut tidak sah solat berjamaah dalam keadaan seorang makmum itu berada di hadapan imamnya dalam kedudukan solat.

Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa sekiranya kedudukan makmum itu bersebelahan dengan imamnya, maka hal ini tidak memberi mudharat pada kesahihan solat berjemaah. Namun hukumnya makruh serta mengurangkan fadhilat berjemaah. Sebaliknya, disunatkan kepada makmum untuk ke belakang sedikit dari kedudukan imam, dengan kadar tiga jengkal atau kurang sedikit supaya dapat menzahirkan kedudukan imam tersebut.

Imam Al-Nawawi rahimahullah menyatakan :

لا يتقدم على إمامه في الموقف فإن تقدم بطلت في الجديد ولا تضر مساواته ويندب تخلفه قليلا والاعتبار بالعقب
“Seorang makmum itu tidak boleh untuk mendahului imamnya dari sudut kedudukan. Sekiranya dia mendahului imam, maka batal solatnya menurut qaul jadid. Dan tidak memudharatkan (jemaah) sekiranya kedudukannya selari dengan imam, dan sunat untuk dia berada di belakang sedikit, dan yang diambil iktibar adalah mengikut kedudukan tumit.” [Rujuk Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (Hlm. 40)]

Oleh itu, jika yang diambil iktibar adalah dengan melihat kepada tumit kaki, maka sekiranya tumit makmum dan imam itu selari, atau kedudukan tumit makmum di belakang imam namun jari jemari kakinya melebih jari jemari imam, maka ini tidak memberi mudharat kepada solat berjemaah. Namun sekiranya tumit makmum itu di hadapan jari jemari kaki imam maka tidak sah solatnya dalam situasi ini kerana terkehadapannya tumit melazimkan terkehadapannya bahu, dan apabila bahu makmum itu terkehadapan, maka dia telah mendahului imam secara keseluruhan.

Imam Syams Al-Din Al-Khatib al-Syarbini menyatakan sebab tidak boleh bagi makmum untuk mendahului imam adalah kerana, mereka yang mengikut Nabi SAW dan para Khulafa’ al-Rasyidin dalam solat berjemaah, tidak dinukilkan sedikit pun akan perbuatan tersebut (mendahului kedudukan imam). Demikian juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

إنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ
“Sesungguhnya dijadikan imam itu adalah untuk diikuti.”

Sifat makmum adalah mengikut, dan seseorang yang mendahului kedudukan itu bukan seorang pengikut. [Rujuk Mughni Al-Muhtaj, Al-Khatib al-Syarbini (1/490)]

Manakala berkaitan kedudukan makmum berada di bawah imam atau kedudukan imam berada di bahagian bawah makmum, maka Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa hukumnya adalah makruh sekiranya tidak ada keperluan. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud al-Ansari R.A beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَقُومَ الْإِمَامُ فَوْقَ شَيْءٍ وَالنَّاسُ خَلْفَهُ يَعْنِي أَسْفَلَ مِنْهُ
“Rasulullah SAW melarang perbuatan imam berdiri di atas sesuatu dan orang ramai (makmum) berada di belakangnya, iaitu berada bawah daripada kedudukannya.” [Riwayat Al-Daraquthni (1882)]

Meskipun begitu, sekiranya ia berlaku kerana adanya keperluan seperti kepadatan jemaah dan ruangan telah penuh maka hukumnya adalah mustahab.

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa wajib bagi makmum untuk berada di belakang imam. Ini berdalilkan perbuatan Nabi SAW yang berada di bahagian hadapan para sahabat semasa mengimamkan solat. Justeru, tidak sah solat mereka yang berada di hadapan kedudukan imam semasa solat dan solat tersebut hendaklah diulangi semula.

Kami juga mengesyorkan dalam situasi ini, sekiranya bahagian bawah itu lebih luas, dan dengan tujuan untuk mengelakkan kedudukan makmum melebihi kedudukan imam, maka hendaklah diubah kedudukan imam untuk menunaikan solat di bahagian bawah masjid.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-kedudukan-saf-solat-makmum-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Makmum Berzikir Ketika Imam Membaca Surah

Hukum Makmum Berzikir Ketika Imam Membaca Surah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 363 hits
SOALAN Kalau saya tak faham surah yang imam baca ketika solat saya boleh berzikir tak JAWAPAN Solat dari sudut bahasa bermaksud doa Manakala dari segi istilah ia membawa maksud perkataan perkataan dan perbuatan perbuatan yang khusus yang di...
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 373 hits
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat Pertanyaan Suara wanita aurat bukan ya Ketika sholat jamaah saya mendengar wanita yang keluar suaranya sangat keras membetulkan bacaan imam shalat Bagaimana hukumnya Jawaban Bismillah Al...
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 595 hits
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang...
Bolehkah Niat Menjadi Imam Meski Belum Ada Makmum Ini Penjelasanya

Bolehkah Niat Menjadi Imam Meski Belum Ada Makmum Ini Penjelasanya

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 273 hits
Shalat berjamaah adalah diantara sunnah yang paling disepakati oleh para ulama terkait keutamaannya Dasarnya adalah hadis Nabi SAW yang diantaranya diriwayatkan oleh al Bukhari bahwasanya shalat jamaah itu keutamaannya lebih tinggi daripada...
Hukum Solat Sambil Menahan Kentut Sah Ke Solat

Hukum Solat Sambil Menahan Kentut Sah Ke Solat

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 513 hits
Hukum Solat Sambil Menahan Kentut Sah Atau Tidak Solat Kita Apakah hukum solat sambil menahan kentut Adakah harus solat lebih dari satu solat fardhu dengan wuduk yang satu serta menahan kentut dan berak Solat Sambil Menahan Kentut Sah Atau ...
Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 508 hits
SOALAN Saya tinggal dan bermastautin di Subang Jaya tetapi bekerja di Putrajaya Adakah dibolehkan untuk saya solat Jumaat di masjid kariah lain JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai orang orang yang beriman Apabila diserukan az...
Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 477 hits
IMAM maut selepas ditetak sepupunya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berhampiran surau Kampung Mamaitom Tenom pagi tadi Dalam kejadian jam 5 30 pagi itu Platani Ukir 35 yang juga imam surau berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian ...
Hukum Imam Memanjangkan Sujud Bacaan Yang Boleh Dibaca Ketika Sujud

Hukum Imam Memanjangkan Sujud Bacaan Yang Boleh Dibaca Ketika Sujud

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 339 hits
SOALAN Saya pernah mendirikan solat Zohor secara berjemaah di sebuah masjid yang mana imamnya apabila sujud dia akan sujud pada kadar yang agak lama Saya sendiri sudah selesai bacaan sujud sebanyak tiga kali tetapi imam masih belum mengangk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As