Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan


Hukum Islam adalah universal atau menepati keperluan hidup manusia dari dahulu, kini dan sehingga ke hari kiamat. Ia menjadi panduan hidup untuk mencapai matlamat menjadi hamba Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.

Dunia sentiasa berubah dan keperluan hidup manusia juga berubah. Maka keperluan peraturan hidup juga berubah. Sesuatu yang dahulu tidak diketahui, kini telah diketahui. Contohnya, dahulu ulama mengatakan merokok harus atau sekadar makruh, sebab perbuatan itu tidak diketahui membahayakan kesihatan. Namum, kini ulama telah mengeluarkan fatwa kerana melalui kajian perubatan telah jelas perbuatan merokok membahayakan kesihatan.

Jadi, begitu juga dalam hal-hal lain. Matlamat hukum Islam ialah mencegah keburukan dan mendapatkan kebaikan. Antara kaedah penetapan hukum adalah melalui al-masalih al-mursalah.

Istilah al-masalih al-mursalah didefinisikan oleh para ulama sebagai kepentingan yang tiada keterangan nas secara langsung sama ada memperakui atau menolaknya.  

Dengan kata lain, pemimpin perlu melakukan satu keputusan untuk menyelesaikan keperluan rakyat sama ada untuk mendapat kebaikan atau mengelak daripada berlaku perkara buruk.


Mengikut kaedah fiqah, tindakan pemimpin atau kerajaan tertakluk kepada masalah rakyat. Kaedah inilah menjadi asas kepada penggunaan al-maslih dan al-mursalah. Memang diakui bahawa hal-hal yang diputuskan berdasarkan kaedah ini tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis. 


Namun, bagi kebanyakan ulama berpendapat bahawa mengutamakan kepentingan masyarakat merupakan satu keperluan yang boleh dijadikan dalil hukum. Namun, hukum itu terbatal jika sekiranya telah ada sesuatu hukum yang jelas telah ditetapkan atau telah nyata perbuatan itu diharamkan.


Berdasarkan kaedah fikah, apabila tidak terdapat dalil dari nas, ijmak, kias atau istihsan untuk menyelesaikan sesuatu isu kepentingan rakyat, maka kepentingan umum boleh dijadikan pegangan hukum.  
.
Urusan itu termasuk politik (siasah), pentadbiran, nikah kahwin (munakahat) dakwah dan akhlak serta jenayah. Justeru, hukum fiqh muamalat juga dikatakan berubah berdasarkan faktor masa dan tempat berikutan ada antaranya masih sesuai digunakan dan ada pula yang terpaksa diubah suai asalkan tidak mengubah niat asalnya yang memberi kebaikan kepada manusia dan sebagai satu urusan yang diredai Allah SWT.

Menyentuh mengenai isu ini, boleh dilihat menerusi ijtihad Umar ak-Khattab RA yang tidak membahagikan tanah di Iraq sewaktu perang ke atas negara berkenaan, sebaliknya membiarkannya kekal di tangan penduduk asal di sana asalkan mereka membayar cukai tanah (kharaj) yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan umat Islam.

Tindakan Umar tidak dipersetujui sahabatnya yang berasakan tanah berkenaan patut dibahagi-bahagikan, selaras dengan Surah al-Anfaa, ayat 41 bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin dan ibnusabil (orang yang memerlukan bantuan).”

Umar diriwayatkan berkata: “Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan aku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar.” (Al-Mughni, Ibn Qudamah)

Secara nyatanya, walaupun berbeza, tetapi mempunyai sasaran dan objektif maqasid sama iaitu mencapai keadilan bagi masyarakat walaupun terpaksa mengetepikan hak individu.

Ini kerana, seperti diketahui, sasarannya adalah maslahat umum dan bukan maslahat individu. Inilah tanda keputusan maslahat bersifat politik dan pentadbiran yang tidak terhad kepada sesuatu urusan tertentu yang dilakukan Rasulullah SAW tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif.

Ia sama seperti tindakan Rasulullah SAW menolak permintaan sahabat untuk melaksanakan batasan harga jualan (Tas’ir) supaya peniaga tidak boleh menaikkan harga.

Berdasarkan riwayat Abu Daud yang menjelaskan bahawa baginda bersabda: “Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan juga jiwa.”

Bagaimanapun, beberapa ulama selepas zaman Rasulullah SAW bersetuju melaksanakan batasan harga jualan (tas’ir) berkenaan sebagai langkah menghalang peniaga menyekat barangan mereka dan menjaga maslahat umum.


Ini kerana, jika tidak dilakukan, peniaga bebas menyekat barangan mereka bagi memaksa harga barangan naik kerana permintaan tinggi, sekali gus menzalimi hak umum.

Sheikh Prof Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan, tas’ir itu diterima ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan Nabi SAW ketika baginda menolak tas’ir, iaitu baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga.

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas daripada isu ini, objektif adalah sama, cuma bentuknya berbeza.

Dalam konteks dakwah pula, fiqh muamalat sudah sepertinya membawa manusia kepada kebaikan seperti digariskan dalam al-Quran serta hadis dan melarang manusia melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Jika dilihat situasi dulu dan masa kini, corak fiqh muamalat dakwah ini sememangnya mempunyai perbezaan yang sangat ketara.
Dulu, tanpa teknologi moden, corak dakwah adalah secara langsung, berdepan- depan, namun kini, ia boleh disampaikan menerusi peralatan seperti televisyen, radio, kaset, cakera padat atau Internet.

Semua cara ini adalah harus dan dibenarkan selagi asasnya diikuti dengan sasaran objektif bagi menyampaikan kebaikan kepada masyarakat. Ini yang perlu difahami oleh kita bahawa, tidak semestinya wajib mengikut bulat-bulat cara digunakan Rasulullah SAW kerana tindakan itu boleh berubah mengikut faktor waktu.
Kita boleh menggunakan faktor baru sedia ada asalkan tahu ia tidak menyalahi syarat serta objektif yang menjurus kepada kebaikan serta dilakukan atas niat kerana Allah SWT.

Jangan pula nanti ada yang ‘berfatwa’ hanya boleh menaiki unta dan kuda ketika dakwah kerana itu yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar.

Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifat mutaghayyirat dan anjal (fleksibel).

Namun, perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama pada sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama lain.

Kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat serta hasil ijtihad. Jadi, tidak wajar kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan berkelayakan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/11/bfv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 634 hits
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam Assalamualaikum semua Hari ni secara tiba tiba terdetik di hati untuk berkongsi info setakat yang ku tahu berkaitan dengan placenta atau lebih dikenali sebagai...
Bitcoin Tidak Patuh Ciri Ciri Wang Mengikut Islam Mufti

Bitcoin Tidak Patuh Ciri Ciri Wang Mengikut Islam Mufti

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum Menurutnya secara jelas berdasarkan pandangan ula...
Ceramah Dialog Presiden Pas Di Turki Masa Depan Islam

Ceramah Dialog Presiden Pas Di Turki Masa Depan Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 337 hits
SAYA dijemput untuk menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Masa Depan Islam Cabaran dan Penyelesaian di hadapan lebih seratus ahli akademik ahli politik pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara Program tersebut dianjurkan oleh Economic a...
Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam

Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 841 hits
Budaya baby shower bridal shower dan parti orang bujang telah menjadi ikutan dan trend pada zaman sekarang Namun di Malaysia yang majoritinya beragama islam apakah hukum serta penjelasan mengenai budaya barat ini kepada Islam Laman web rasm...
Islam Larang Bitcoin Masa Ini Tapi K Jaan Ph Baru Sedang Mengkaji

Islam Larang Bitcoin Masa Ini Tapi K Jaan Ph Baru Sedang Mengkaji

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum Menurutnya secara jelas berdasarkan pandangan ula...
Cara Mengubati Penyakit Batu Karang Mengikut Islam

Cara Mengubati Penyakit Batu Karang Mengikut Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 736 hits
Biasa kalau kena sekali batu karang tengah tengah malam memang orang dewasa paling gagah pun akan tumbang Amalkan bacaan ini selama 3 hari dengan niat yang penuh pengharapan pasti batu besar mana pun Allah akan hancurkan Penyakit batu karan...
Mca Perlu Berani Berubah

Mca Perlu Berani Berubah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 223 hits
Dr Iskandar Hasan Tan AbdullahDr Iskandar Hasan KEMENANGAN Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Presiden MCA bagi menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas kekalahan teruk MCA dalam PRU14 adalah satu lembaran baharu Kekalahan MCA ini bermul...
Selain Hati Bisa Berubah Kapan Saja Ini 6 Alasan Kamu Harus Mencintai Sewajarnya

Selain Hati Bisa Berubah Kapan Saja Ini 6 Alasan Kamu Harus Mencintai Sewajarnya

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 260 hits
Kalau sewajarnya saja sudah membahagiakan kenapa harus mencintai dengan berlebihan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa