Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam



Budaya baby shower, bridal shower dan parti orang bujang (bachelorette party) telah menjadi ikutan dan trend pada zaman sekarang. Namun, di Malaysia yang majoritinya beragama islam, apakah hukum serta penjelasan mengenai budaya barat ini kepada Islam?

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan isu ini melalui pertanyaan yang diusulkan dan diperjelaskan mengikut syarak.  Mari kita baca penjelasan dibawah.

Soalan                               

Adakah bridal shower yang diamalkan oleh pengantin yang berbangsa Melayu beragama Islam sebelum malam perkahwinan itu dibenarkan syarak?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Untuk memahami persoalan yang diajukan, kita perlu memahami beberapa perkara.

Asal-Usul Bridal Shower Atau Bachelorette Party

Menurut sebuah artikel di laman web World Bride Magazine[1], ‘bridal’ ini berasal dari Holand pada kurun ke-16. Ia disambut untuk mengembirakan bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang. Ia juga untuk membantu pengantin perempuan bagi menyediakan dowry iaitu hadiah daripada pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.

Perkataan shower pula muncul di Amerika Syarikat ketika era Victoria. Gadis-gadis daripada golongan pembesar meraikan bakal pengantin dengan sesi bersuka-ria, menukar hadiah dan makan bersama. Selepas beberapa kurun, hal ini menjadi suatu kebiasaan bagi pengantin untuk diraikan sebelum perkahwinan mereka.

Larangan Menyerupai Orang Kafir

Dalam permasalahan ini, kami telah menjawab dalam artikel yang bertajuk, Bayan Linnas Siri Ke- 152: Had Berinteraksi Dengan Agama Lain Di Dalam Rumah Ibadat Mereka Di Malaysia[2]. Dalam artikel ini, kami menghuraikan dengan panjang tentang larangan menyerupai orang kafir.

Islam merupakan agama yang amat mementingkan identiti. Sedangkan manusia amat menitikberatkan identiti bangsa yang dianuti dan negara yang diduduki, apatah lagi Allah SWT, Tuhan yang menurunkan agama ini. Oleh itu, sebagai hamba-Nya yang taat, kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.

Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.”

Riwayat Abu Daud (4031)

Imam al-San’ani (w.1182H) Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barangsiapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. Lihat Subul al-Salam (2/647).

Kesimpulan

Setelah meneliti asal-usul bridal shower, kami melihat ia bukanlah suatu syiar mana-mana agama, ia hanyalah amalan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu. Oleh itu, kami mencadangkan dan memutuskan seperti berikut:

Sekiranya hendaklah melakukan acara ini, hendaklah menjauhi segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak
Hendaklah memastikan tiada hidangan arak atau minuman yang memabukkan ketika acara ini berlangsung
Hendaklah menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuanketika majlis ini berlangsung
Hendaklah acara ini hanya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pengantin dan sahabat-sahabatnya, dan bukan bertujuan untuk mengikuti budaya barat
Dicadangkan agar menukar nama acara ini, kepada malam silaturahim, atau nama yang dirasakan bersesuaian agar dapat keluar daripada fitnah
Hendaklah mengelakkan sebarang pembaziran ketika berlangsung acara ini dan mengelakkan daripada bermegah-megah
Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hairanblog.com/2018/11/apakah-hukum-bridal-shower-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Hukum Jemaah Haji Wanita Ambil Pil Pencegah Haid

Apakah Hukum Jemaah Haji Wanita Ambil Pil Pencegah Haid

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1162 hits
HUKUM JEMAAH HAJI WANITA AMBIL PIL PENCEGAH HAID Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Walaupun saya belum berpeluang untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Masjidil Haram tapi saya serba sedikit tahu tentang persoalan dan kemusykil...
Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 306 hits
Hukum Islam adalah universal atau menepati keperluan hidup manusia dari dahulu kini dan sehingga ke hari kiamat Ia menjadi panduan hidup untuk mencapai matlamat menjadi hamba Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang d...
Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan

Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 506 hits
Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan Daripada sudut bahasa mahar bermaksud Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah me...
Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 441 hits
Diterbitkan 20 Nov 2018 3 06 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata semua umat Islam wajib menentang cadangan meratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum Jelas Abdul Hadi ratifikasi Icerd akan meletakkan Islam pada keduduka...
Islam Cara Hidup Lengkap Buat Penganutnya Tun M

Islam Cara Hidup Lengkap Buat Penganutnya Tun M

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya Beliau berkata sememangnya umat Islam harus bersyukur ...
Melayu Islam Tidak Pernah Menindas Mana Mana Kaum Di Malaysia

Melayu Islam Tidak Pernah Menindas Mana Mana Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 858 hits
Dimana penindasan terhadap India di Malaysia Demi menjaga hati orang lain Melayu Islam benarkan sami hindu ke dalam Dewan Negara walau tidak mengikut etika pemakaian dan tiada pula kedengaran bantahan secara rasmi dibuat oleh orang Melayu A...
Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 658 hits
Kemenangan besar kerajaan Pakatan menumbangkan kerajaan yang di anggap korupsi rasuah dan terpalit dengan skandal kewangan menjadi impian sebahagian besar rakyat Malaysia Harapan rakyat yang memberikan mereka mandat kelihatan semakin hari s...
Dipaksa Masuk Islam Mana Mangsa Kejadiaan Seperti Didakwa Waythamoorthy

Dipaksa Masuk Islam Mana Mangsa Kejadiaan Seperti Didakwa Waythamoorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 282 hits
Isu video yang tersebar telah terjawab dimana waythamoorthy menyatakan ia adalah video 10 tahun lepas kemudian dia dilantik sebagai senator oleh kerajaan BN pimpinan Najib Dan ketika ini seluruh kepimpinan UMNO hanya berdiam diri PAS juga t...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari