Mca Perlu Berani Berubah


Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
Dr Iskandar Hasan   KEMENANGAN Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Presiden MCA bagi menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas kekalahan teruk MCA dalam PRU14 adalah satu lembaran baharu.

Kekalahan MCA ini bermula sejak tahun 2008 sehingga kini tiada penghujungnya. Tiada perubahan drastik yang dilakukan dalam reformasi parti tersebut. Hanya 66 peratus ahli MCA yang mengundi dalam pemilihan kali ini.

Apakah kesilapan MCA sehingga ditolak komuniti Cina. Sebelum menjawab soalan tersebut, Ka Siong perlu menilai semula matlamat dan perjuangan MCA selama ini.

MCA bermula dengan semangat 1948 yang memperjuangkan hak komuniti Cina untuk kekal dan tinggal di Tanah Melayu. Semangat ini diteruskan dengan janji untuk meletakkan komuniti Cina setara dengan kaum Pribumi.

Tetapi selepas lima dekad kemerdekaan negara ini, semangat 1948 mulai pudar dengan perebutan kuasa, takhta dan harta. Akibatnya, MCA telah ditolak sedikit demi sedikit tanpa terasa oleh kepimpinan MCA.

Permulaan penolakan ini mampu ditangani semasa kepimpinan Tun Tan Siew Sin yang digelar The Young Turks. Ini disebabkan kehidupan kelas pertengahan komuniti Cina masa itu masih lagi kecil.

Dasar Ekonomi Baru walaupun ditentang oleh sebilangan pemimpin Cina sebenarnya memberi manfaat kepada komuniti itu di luar bandar dan miskin. Ini menyebabkan MCA masih diperlukan dalam tahun 70-an hingga 90-an.

Era kepimpinan Tun Ling Liong Sik yang menjadikan kelas pertengahan komuniti Cina semakin membesar dan menyebabkan ramai daripada komuniti Cina luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Perubahan sistem pendidikan dan kerjaya juga mewarnai perubahan pemikiran politik Cina di bandar. Mereka tidak lagi terikat dengan sindrom isu pendidikan Cina dan peranan media massa dalam politik Cina.

Seterusnya, di bawah kepimpinan Tan Sri Chua Soi Lek, MCA gagal memahami perubahan trend pemikiran anak-anak muda Cina yang tidak lagi melihat skeptisme perjuangan kecinaan semata-mata. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh DAP dalam perjuangannya yang berbentuk kemalaysiaan yang lebih luas.

Adakah MCA hari ini secara konsisten berani bersuara untuk membela nasib petani Cina, nelayan Cina dan penoreh getah Cina yang senasib dengan kaum lain? Contohnya Bajet 2019. Adakah MCA berani bersuara untuk rakyat marhaen melintasi etnik dan budaya, sama ada dalam media sosial mahupun media massa.

MCA juga perlu bersuara dalam bahasa Malaysia dan Inggeris supaya dilihat bukan sebagai parti etnik perkauman. Ini amat penting dalam menarik undi bukan Cina ke atas MCA. MCA perlu berani menjadi lebih DAP daripada DAP. Perlu keluar dari kepompong undi Melayu. Perlu berani bertanding dalam kawasan majoriti Cina dan bukannya kawasan campuran. MCA juga perlu berani dan tegas akan perkongsian kuasa dengan Umno. Jika tidak mampu, keluarlah dari BN.

Melihat konsep perjuangan kewatanan dan bukan kemalaysiaan, perjuangan MCA pada kali ini adalah ketuanan rakyat bangsa iaitu Bumiputera dan anak watan. Bukannya konsep Malaysian Malaysia. Tetapi konsep 'Saya Anak Watan Malaysia'.

Perjuangan asimilasi dan kesepaduan sosial adalah penyelesaian terbaik untuk kesetaraan hak antara Bumiputera dan anak watan. Tiada lagi istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiada lagi istilah perkauman atau diskriminasi kaum. Berkongsi satu sistem pendidikan dan satu budaya. Adakah MCA berani melakukan tindakan ini?

MCA perlu berani mempertahankan hak kebersamaan dengan kaum-kaum lain, bukan fokus kepada kaum Cina semata-mata. MCA perlu berusaha untuk meminimumkan ketuanan Cina dalam ekonomi dan perniagaan supaya komuniti etnik lain turut mendapat perkongsian kemakmuran negara ini.

Usaha ini amat penting untuk menghapuskan persepsi negatif antara komuniti Cina dengan Melayu.
Sememangnya semua ketuanan bangsa ada di negara ini. Kita tidak mampu menguruskan persamaan tetapi boleh meminimumkan perbezaan ketuanan setiap bangsa. Kita perlu tolak sifat keegoan dan tidak mahu menerima pandangan komuniti lain dalam menjayakan konsep ketuanan rakyat bangsa.
 Adakah MCA berani mempelopori usaha ini?

Akhir sekali MCA perlu bergabung dengan MIC dan Gerakan dalam membentuk satu pakatan parti alternatif untuk anak watan Malaysia mengikut formula 3 matlamat dan 3 agenda (3-3). Penyatuan MCA, MIC dan Gerakan dalam satu pakatan amat penting dalam PRU15. Mampukah MCA merealisasikan formula 3-3, sama ada bersama BN atau tidak.

* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/mca-perlu-berani-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tki Tuti Dieksekusi Petugas Kbri Harus Lebih Berani Hadapi Saudi

Tki Tuti Dieksekusi Petugas Kbri Harus Lebih Berani Hadapi Saudi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 197 hits
TKI Tuti dieksekusi petugas KBRI harus lebih berani hadapi Saudi Menurut Farouk yang sempat mukim di Arab Saudi ada kesan pihak Arab Saudi meremehkan perwakilan Indonesia di sana terkait persoalan WNI
Pm Waytha Dah Berubah Macam Saya Juga

Pm Waytha Dah Berubah Macam Saya Juga

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 293 hits
Dr Mahathir mempertahankan menteri di JPM itu yang terus menerima desakan supaya beliau dipecat
Vigneswaran Itu Video Lama Mungkin Dia Dah Berubah

Vigneswaran Itu Video Lama Mungkin Dia Dah Berubah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 372 hits
19 Nov 2018 Biarpun berbeza fahaman politik Presiden Dewan Negara S Vigneswaran hari ini tampil membela Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy yang kini dikecam susulan klip video lamanya yang dikatakan memburukkan nama negara V...
Presiden Pafa Tak Berani Makan Di Kedai Penyokong Buat Karangan Menyedihkan Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw Kaw

Presiden Pafa Tak Berani Makan Di Kedai Penyokong Buat Karangan Menyedihkan Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 935 hits
Nampaknya serangan maya yang diterima oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim Presiden PAFA berjangkit kepada penyokongnya pula Seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Faeez Azahar diserang bertubi tubi sejak ahad selepas menulis surat te...
Mt Umno Mesti Berani Pada 9 November Ini

Mt Umno Mesti Berani Pada 9 November Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 230 hits
MT UMNO telah menetapkan 9 November ini sebagai tarikh mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Zahid Hamidi sama ada beliau perlu bercuti atau sebaliknya sebagai Presiden UMNO Difahamkan MT UMNO biasanya mengadakan mesyuarat bulanannya pada...
15 Gaya Fesyen Gagal Yang Agak Kurang Masuk Akal Yang Begini Berani Kamu Pakai Ke Mal

15 Gaya Fesyen Gagal Yang Agak Kurang Masuk Akal Yang Begini Berani Kamu Pakai Ke Mal

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 297 hits
Nggak melulu indah dan bling bling ternyata banyak juga baju atraktif yang super nyentrik seperti ini
Surya Paloh Terima Gelar Pemimpin Berani Dari Raja Raja Maluku

Surya Paloh Terima Gelar Pemimpin Berani Dari Raja Raja Maluku

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 180 hits
Surya Paloh terima gelar pemimpin berani dari raja raja Maluku Paloh mengaku gelar yang diberikan tersebut merupakan sebuah kehormatan bagi dirinya selama memimpin NasDem
Menderita Penyakit Langka Anak Ini Berubah Jadi Batu

Menderita Penyakit Langka Anak Ini Berubah Jadi Batu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 293 hits
Masih ingat kisah Malin Kundang yang bercerita mengenai anak durhaka yang berubah menjadi batu Di Bangladesh ada kisah serupa Meski bukan mengenai anak durhaka namun ada seorang anak yang memiliki kondisi aneh lantaran tubuhnya berubah menj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo