Islam Larang Bitcoin Masa Ini Tapi K Jaan Ph Baru Sedang Mengkaji




KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.Menurutnya, secara jelas berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.
Katanya, meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang, ketidakstabilan nilainya sekarang boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.“Selain itu, ketiadaan badan berkuasa yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif, seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.“Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya, iaitu mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat sedia ada,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya hari ini bertajuk ‘Bayan Linnas #153: Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin’.Justeru, kata Zulkifli, tindakan menyekat penggunaan mata wang berkenaan adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ atau menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.“Ini bagi memastikan mata wang ini tidak berlegar dalam kalangan masyarakat umum. Pemerintah dan badan berkuasa juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum.”“Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah,” katanya.Mengulas lanjut, katanya mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam serta mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.“Namun hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan kawal selia untuk mengelakkannya daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.“Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa bitcoin yang ada pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan oleh Islam.“Diputuskan bahawa mata wang ini mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh itu, penggunaannya sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum,” katanya.Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilapor berkata kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang digital.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde, bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital, kripto.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mufti dan ulama sudah memutuskan bahawa Islam melarang guna bitcoin pada masa ini, tapi kerajaan pimpinan PH baru 'sedang mengkaji'.Lembab!Sila rujuk..BAYAN LINNAS #153: HUKUM PENGGUNAAN MATA WANG BITCOINhttp://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/islam-larang-bitcoin-masa-ini-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bitcoin Tidak Patuh Ciri Ciri Wang Mengikut Islam Mufti

Bitcoin Tidak Patuh Ciri Ciri Wang Mengikut Islam Mufti

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum Menurutnya secara jelas berdasarkan pandangan ula...
Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 289 hits
Hukum Islam adalah universal atau menepati keperluan hidup manusia dari dahulu kini dan sehingga ke hari kiamat Ia menjadi panduan hidup untuk mencapai matlamat menjadi hamba Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang d...
Pas Umno Boleh Beza Pendapat Tapi Bersama Pertahan Islam A Hadi

Pas Umno Boleh Beza Pendapat Tapi Bersama Pertahan Islam A Hadi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 385 hits
Abdul Hadi menyambut salam dan berbual bersama Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir PASIR SALAK Pas dan Umno boleh berbeza pendapat dan berkelahi tetapi diingatkan agar tidak berlebihan kerana perjuangan mempertahankan I...
Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 725 hits
Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam Bitcoin dah lama dah muncul dalam system muamalat di dunia Kemunculan Bitcoin menimbulkan persoalan tentang hukum Bagi orang yang kisahkan pasal hukum pasti akan kaji selidik Tanya p...
Ubah Tapi Tanpa Tukar Perlembagaan Persekutuan M Sia Baru

Ubah Tapi Tanpa Tukar Perlembagaan Persekutuan M Sia Baru

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 277 hits
Prospek Malaysia Baru Mengubah Perlembagaan tanpa Menukar PerlembagaanSalam para Patriots Mahathir Alat DAP Dalam Melaksanakan Agenda Malaysian Malaysia
Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 443 hits
Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh hidu lihat dan dengar Selain itu tangannya akan bergerak secara aktif dan ...
Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 752 hits
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar mampu memberikan ketenangan yang sekejap kepada ibu bapa Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang Di meja makan anak anak mampu Melatih ski...
Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 356 hits
Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Za...
Bagus Bagus Bagus Tapi Jangan Sampai Buat Kerja Retorik Buang Masa Dan Tenaga

Bagus Bagus Bagus Tapi Jangan Sampai Buat Kerja Retorik Buang Masa Dan Tenaga

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 407 hits
Lebai dah nak merge Hadi saran PH buat kerja bodoh seperti PAS dan UMNO sebuah kerajaan hanya perlu nyatakan tidak selaras dengan perlembagaan negara
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque