Bitcoin Tidak Patuh Ciri Ciri Wang Mengikut Islam Mufti


KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.


Menurutnya, secara jelas berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.
Katanya, meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang, ketidakstabilan nilainya sekarang boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.
“Selain itu, ketiadaan badan berkuasa yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif, seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.
“Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya, iaitu mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat sedia ada,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya hari ini bertajuk ‘Bayan Linnas #153: Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin’.
Justeru, kata Zulkifli, tindakan menyekat penggunaan mata wang berkenaan adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ atau menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
“Ini bagi memastikan mata wang ini tidak berlegar dalam kalangan masyarakat umum. Pemerintah dan badan berkuasa juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum.”

“Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam serta mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.
“Namun hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan kawal selia untuk mengelakkannya daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
“Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa bitcoin yang ada pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan oleh Islam.
“Diputuskan bahawa mata wang ini mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh itu, penggunaannya sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilapor berkata kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang digital.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde, bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital, kripto.
Sumber : Berita Harian
-Aku lagi suka alternatif wang sekarang adalah dinar emas.... peruntukkan wang anda untuk mula mengumpul emas sebeum wang kertas yang anda ada sekarang hanya digunakan sebagai pencucuh rokok.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/bitcoin-tidak-patuh-ciri-ciri-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 365 hits
MUKADIMAHISU ini telah dikemukakan oleh orang ramai ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi pelbagai medium antaranya aplikasi whatsapp Facebook Instagram dan Twitter Mutakhir ini Bitcoin yang merupakan salah satu daripada jenis mata ...
Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 774 hits
Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam Bitcoin dah lama dah muncul dalam system muamalat di dunia Kemunculan Bitcoin menimbulkan persoalan tentang hukum Bagi orang yang kisahkan pasal hukum pasti akan kaji selidik Tanya p...
Meminjam Isteri Bukanlah Amalan Islam Mufti Wilayah Persekutuan

Meminjam Isteri Bukanlah Amalan Islam Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 499 hits
Siri drama Isteri Untuk Disewa lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah mencetuskan kontroversi apabila mendapat teguran Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menurutnya tajuk dan jalan ceritanya disifatkan hukum meny
Islam Larang Bitcoin Masa Ini Tapi K Jaan Ph Baru Sedang Mengkaji

Islam Larang Bitcoin Masa Ini Tapi K Jaan Ph Baru Sedang Mengkaji

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum Menurutnya secara jelas berdasarkan pandangan ula...
Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

Hukum Islam Berubah Mengikut Masa Dan Keperluan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 323 hits
Hukum Islam adalah universal atau menepati keperluan hidup manusia dari dahulu kini dan sehingga ke hari kiamat Ia menjadi panduan hidup untuk mencapai matlamat menjadi hamba Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang d...
Cara Mengubati Penyakit Batu Karang Mengikut Islam

Cara Mengubati Penyakit Batu Karang Mengikut Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 754 hits
Biasa kalau kena sekali batu karang tengah tengah malam memang orang dewasa paling gagah pun akan tumbang Amalkan bacaan ini selama 3 hari dengan niat yang penuh pengharapan pasti batu besar mana pun Allah akan hancurkan Penyakit batu karan...
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 673 hits
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam Assalamualaikum semua Hari ni secara tiba tiba terdetik di hati untuk berkongsi info setakat yang ku tahu berkaitan dengan placenta atau lebih dikenali sebagai...
Mufti Wilayah Persekutuan Penggunaan Bitcoin Yang Ada Pada Masakini Adalah Dilarang

Mufti Wilayah Persekutuan Penggunaan Bitcoin Yang Ada Pada Masakini Adalah Dilarang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 376 hits
Hukum mengenai penggunaan Bitcoin telah diutarakan oleh ramai pengguna sejak setahun dua ini Kini menyentuh mengenainya Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan yang mana Bitcoin yang ada pasa masakini sebagai suatu mata wang adalah dilarang S...
Bitcoin Teknologi Wang Digital

Bitcoin Teknologi Wang Digital

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 423 hits
Sebut sahaja menegnai Bitcoin sudah pasti ada di antara anda yang masih tidak tahu dan ada yang tahu dengan kepentingan Bitcoin ini Bagi anda yang sudah tahu mengenai Bitcoin MYiDEAKiNi ucapkan tahniah dan anda sudah celik dan tidak ketingg...
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa

Berpesak Berkekek

Lagoon Villa Abidjan By Saota Where Modernism Embraces Nature

Putrajaya Nafikan Tuduhan Tarif 47 Ke Atas Import Dari As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Open House Raya 2025

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Tarian Penguin Dari Finland Ke Seluruh Dunia

Sambal Udang Padu Bahan Bahan 700g Udang Segar 3 Biji Bawang Besar

Hiburan Terkini Jofliam Amp Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

Rahsia Kari Ayam Kuah Roti Jala Yang Sedap