Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba


Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap | Wajib Cuba | Setiap kali 
tibanya musim buah durian, apa lagi, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan. Selain daripada makan begitu saja, buah durian banyak digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan seperti dimasukkan dalam resepi kek durian atau untuk pencuci mulut dan juga dalam aneka kuih yang berasaskan durian. 
Kreatif orang Malaysia kita kan. Macam - macam menu masakan berasaskan durian yang sedap yang boleh dicuba. Tak kisah kalian nak guna buah durian musang king ke, durian kampung ke, durian d24 ke ? Durian tembaga ke ?. Ikut lah gred mana - mana sekalipun asalkan isi durian. Kalau guna durian musang king tu, lagi sedap lah kan padan dengan harga sebiji dah berapa durian musang king.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok resepi - resepi yang menggunakan isi durian sebagai bahan utama. Kalian yang buntu idea nak buat apa lagi dengan buah durian ni kan. Boleh cuba dan pilih mana - mana resepi di bawah. Resepi mudah dan sudah tentu sedap. Ada resepi yang viral lagi.

1. Resepi Muffins Durian LembapBahan - Bahan
A)
180 gm Isi Durian
1 sudu kecil Lemon juice
50ml Susu segar


B)
2 biji Telur gred A
150 gm Gula


C)
180 gm Tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil Baking powder
(Ayak semua bersama)


D)
50 ml salted butter, cairkan


E)
Almond slice untuk hiasan
Cara - Cara
1. Panaskan terlebih dahulu ketuhar 5-10 minit 180C (350F)
2. Lenyekkan bahan A sebati, ketepikan.
3. Pukul bahan B sehingga kembang.
4. Masukkan bahan A putar sebati.
5. Masukkan bahan C sikit sikit bersama bahan D putar sebati.
6. Isi kan adunan kedalam acuan kertas muffins di dalam loyang dan tabur bahan E.
7. Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian turun kan suhu kepada 160C (320F) Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.


Kredit resepi : Lina Thomas




2. Resepi Durian Crepe MudahBahan untuk kulit crepe :
1) 2 sudu besar tepung gandum
2) 3 sudu besar tepung ubi kayu
3) 1 sudu besar tepung kastard
4) 1 1/2 sudu besar tepung jagung
5) 1 sudu besar tepung hoen kwee (putih)
6) 2 biji telur
7) 1/2 cawan susu segar atau susu cair
8) 1 cawan air
9) 1 sudu besar minyak jagung atau butter cair
10) Secubit garam
11) Pewarna kuning
Cara - Cara 
1) Campur semua bahan, Blend dan tapis.
2) Guna senduk kecil dan lenser aats kuali non stick ( guna api kecil) untuk dapatkan kulit yang nipis. Step kat sini paling mencabar. 
Filling :
1) Isi durian
2) Non-dairy whipping cream
( Agak cukup la ya)
Cara - Cara 
1) Putar non-dairy whipping cream sampai kental. Tekstur nya jadi macam aiskrim.
Cara Untuk Balut
Letakkan cream yang dah diputar atas kulit crepe. Lapiskan dengan isi durian dan lapiskan lagi sekali cream. Balut dan sudah siap.


Kredit resepi : Nor Hafiza Ghazali 

3. Resepi Creampuff Durian ( Boleh Buat Untuk Niaga ) Bahan Untuk Pastry
100gm butter dadukan.
250ml air
125gm tepung naik sendiri
(Guna tepung gandum pun boleh + 2 sudu teh baking powder)
3 biji telur A
Sedikit esen vanilla
1 sudu kecil gul
Sedikit garam.
Cara - Cara 
1. Didihkan air dan butter + garam + gula dengan api sederhana ~ bila dah didih tutup api jap masukkan tepung dan whisk lelaju bagi sebati. Hidupkan semula api whisk sekejap atas api. Tutup api dan ketepikan bagi sejuk.
2. Kocokkan telur dengan esen vanilla.
3. Masukkan telur ke dalam adunan yang telah sejuk tadi. Kacau rerata dgn senduk kayu.
4. Dah siap boleh paipkan atas baking paper dan spraykan air. Bakar 180 celcius 20 minit atau ikutlah kesesuaian panas oven memasing.
5. Apabila dah masak, sejukkan. Ada filling paipkan filling masuk secukupnya dah siap. Sejukkan dalam peti ais baru boleh makan.
Bahan Untuk Cream durian:
200 ml non dairy whip cream
5 ulas isi durian
Cara - Cara 
1. Putar whip cream hingga kental, masukkan isi durian dan pukul lagi sekejap hingga sebati.
2. Dah siap.
Kastard durian:
2 sudu besar tepung kastard.
1 sudu besar tepung gandum/jagung.
4 sudu besar gula.
250ml susu segar.
1 bijik telur.
1 sudu besar butter.
Isi durian ~ agak -agak nak sedap banyak mana 4-5 ulas pun dah sedap.
Cara - Cara 
1. Lebur semua dalam kuali dan whiskkan dulu bagi sebati bercampur semua baru hidupkan api sederhana, kacau hingga kental berkilat. Dah siap.
2. Dah sejuk paipkan dlm creampuff. Sejuk-sejuk baru makan sedap. I

Nota Filling putih cream durian, filling kuning tu kastard durian cuma kastard durian boleh makan banyak sebab tak muak.


Kredit resepi : Norwati Samsu


4. Resepi Kuih Bingka DurianBahan - Bahan 2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega.. di cairkan.
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 - 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan utk di tabur atas bingka
Cara - Cara 
1. Campur kan santan pekat, gula, mentega, air, telur, isi durian dan garam dikisar halus dengan guna blender.
2. Kemudian masukkan tepung, beberapa titik pewarna kuning dan kisar lagi hingga halus. 
3. Panaskan oven terlebih dahulu dan masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang yang sesuai.
4. Bakar guna pada suhu 170'c selama lebih kurang 45 minit.

Kredit resepi : Lie Ya
5. Resepi Cucur Kodok Durian Bahan - Bahan 
2 cawan isi durian
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
1sudu kecil garam

Cara - Cara 1. Gaul semua bahan sampai sebati dan lembut.
2. Panaskan minyak masak ,bila minyak dah panas kecilkan api
3. Basahkan tangan dgn sikit air dan jemput sikit bancuhan tadi masukkan dalam kuali buat bentuk bulat kecil
4. Buat dalam 10 biji nampak sikit kuning alihkannya dengan sudip dan di pusar - pusar kan dalam kuali agar jadi bulat - bulat. Buat sampai cucur keperangan dan bolehlah di angkat dan dihidangkan. 
Kredit resepi : Siti Fatimah 
6. Resepi Kuih Seri Muka Durian Bahan Lapisan Pulut:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat/kotak
1 ts garam
3 helai daun pandan
Cara Masak Pulut:
1. Basuh dan rendam beras pulut selama 1 jam. Selepas direndam, toskan.
2. Masuk semua bahan dalam loyang pengukus dan kukus sekitar 30-35minit. Ketepikan seketika.
Bahan Lapisan Puree Durian :
6-7 ulas durian @ 1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 sudu makan minyak sayuran
1 cawan gula
1 biji telur ayam
Cara Buat Lapisan Puree Durian :
1. Kisar isi durian dan santan.
2. Ayak semua tepung, tambah gula, minyak sayuran dan telur.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung dan gaul sebati.
4. Masak dalam 3-5 minit sahaja
Cara Buat Seri Muka Durian:
1. Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan.
2. Masukkan 1 1/2 ts pulut dan mampatkan.
3. Tuang puree durian ke atas pulut.
4. Kukus 10 minit dengan api besar dan 5 minit dengan api sederhana.
5. Siap dan boleh dihidangkan
6. Kalau guna loyang, lapikkan dengan daun pisang atau lapik plastik dan sapu minyak.
7. Masukkan pulut dan padatkan. Cakar sikit pulut dan tuang puree durian.
8. Kukus 30 minit dengan api sederhana. Buka penutup lepas tu sambung kukus lagi sekitar 5 minit untuk keringkan lapisan atas.


Nota : 
Sejukkan dahulu kuih seri muka yang baru dimasak kemudian barulah dipotong dengan pisau plastik bagi cantik.
Kredit resepi : Cik Ra's Homemade 
7. Resepi Bubur Kacang Durian Bahan - Bahan 
1/2 kg kacang hijau
2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan
2 helai daun pandan
2 cawan air
3-4 cawan santan
3 ulas durian - optional
1 sudu besar garam

Cara - cara 
1. Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

2. Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam kuali dengan api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.

3. Dalam periuk lain, masak air dengan air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk.

4. Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

5. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.

6. Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yang jernih ke dalam kuah bubur. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Kredit resepi : Nurnaema Naema
8. Resepi Serawa Durian Pekat Likat Bahan - Bahan 
2 biji durian sederhana
Setengah biji kelapa parut
Secubit garam
1 setengah sudu gula
2 helai dun pandan

Cara - Cara
1. Masuk sedikit air dalam kelapa. Jangan banyak. Perah kelapa yang diparut. Perah dulu kelapa sampai keluar santan. Baru tapis. Santan lebih pekat, pati santan. Dan fresh.
Kelapa yang dah diperah tadi masukkan sedikit air untuk dapatkan lebihan santan. Ulang cara yang sama.
*kalau beli santan, agak - agak je dalam 2 cawan. Terlebih lemak boleh buat mengantuk. 

2. Masukkan durian, santan dan daun pandan dalam periuk. Bukak api sederhana dan kacau. Masukkan secubit garam untuk naikkan lemak dan gula untuk manis.

3. Terus kacau sampai masak. Isi durian akan lerai dengan sendirinya. Dan jangan tinggalkan serawa atas api yang menyala.

Siap! Boleh dimakan bersama roti putih atau roti jala. 

Tips: Kalau buat malam, esoknya lagi sedap sebab durian dah kembang. Tapi, periuk jangan tutup habis sebab ada santan.
Kredit resepi : Awatif Osman
9. Resepi Pengat Bebola Durian Viral Bahan Bebola 
Isi Durian secukupnya
Tepung pulut secukupnya
Pewarna kuning (ikut suka)

Cara - Cara
1. Gaul sebati tepung pulut dengan isi durian sehingga adunan tak melekat kat tangan
2. Bulat bulatkan, kemudian rebus dalam air hingga masak
3. Kalau dah timbul dalam periuk tu dah masak ler tu. Angkat dan toskan.

Bahan Untuk Kuah 
Santan 200ml
Gula merah/melaka secukupnya
Gula pasir secukup rasa
Garam secubit
Daun pandan
Sedikit air
2 ulas durian (kasi lebih umpphh!)

Cara - Cara 
1. Satukan semua bahan kemudian masak atas dapur api sederhana
2. Dah mendidih, masukkan bebola durian yang dah direbus tadi. Sedia dihidangkan

Kredit resepi : Cik Puan Siti Masitah 
10. Resepi Kek Butter Durian Lemak BerkrimBahan-Bahan

250 gm butter
200 gm gula halus
4 biji telur
300 gm Isi durian*
4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
240 gm tepung naik sendiri**
1 sudu besar tepung jagung**
1/4 sudu kecil garam** (** campurkan dan ayakkan) 
Cara-Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
3. Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dengan susu segar.
4. Gaul rata. Lenserkan loyang dengan butter.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 40-45 minit sehingga masak.
Kredit resepi : Yatie Memories
11. Resepi Bubur Pulut Hitam Durian Bahan - Bahan
300 gm beras pulut hitam dicuci bersih dan direndam semalaman
4 ketul gula melaka dimasak dengan sedikit air lalu ditapis
4 sudu besar gula pasir - yang ini terpulang kalau nak manis tambah
300 ml santan
Durian sebanyak mana yang anda suka
Sedikit santan pekat yang di tambah dengan sedikit garam untuk disiram di atas bubur waktu dihidangkan
Secubit garam dan daun pandan
Cara - Cara 
1. Rebus beras pulut hitam bersama air sehingga lembut, lalu masukkan air gula melaka, gula pasir dan daun pandan,masak lagi hingga mendidih.
2. Masukkan santan dan secubit garam kacau dengan api sederhana jangan smpai pecah santan, biar mendidih dengan perlahan lalu masukkan durian.
3. Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah di tutup api
4. Sendukkan bubur pulut hitam didlm mangkuk dan sudukan santan pekat diatas nya dan boleh lah dihidangkan, Enak juga di makan sejuk. 
Kredit resepi : My resepi 
12. Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak BerkrimBahan - Bahan
10 ulas durian
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovelate
2 penutup pewarna kuning telur starbrand
Cara - Cara
1. Blend sahaja semua bahan kembang dan pekat.
2. Letak dalam bekas aiskrim dan letak dalam freezer.

Nota : 
1. Susu pekat atas citarasa masing-masing nak kurang atau lebih.
2. Kalau rajin lepas blend, letak dalam mixer dan mix lagi biar kembang.
3. Pewarna pun kalau tak suka tak perlu letak

Kredit resepi : Saji.my
13. Resepi Jem Durian Homemade Bahan - Bahan 
250 gm isi durian
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sudu besar mentega atau margerin
Seikat daun pandan
Cara Menyediakan Jem Durian 
1. Masak gula, garam dan air berserta daun pandan d idalam periuk dengan api kecil sampai gula dan garam larut.
2. Masukkan isi durian tadi bersama mentega atau marjerin. teruskan mengacau secara kerap, takut berkerak.
3. Kacau sehingga jem likat. matikan api dan sejukkan
4. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas atau botol bertutup dan simpan dalam peti ais

Kredit resepi : My resepi 
14. Resepi Kek Keju Durian Bakar Sedap Hanya Guna Blender Bahan - Bahan 
Bahan Dasar kek 140 gm biskut lemak campur dengan sedikit cornflakes dikisar hancur 60 gm mentega atau marjerin 
Bahan Adunan kek 250 gm cream cheese50 gm gula kastor 2 biji telur 50 ml susu segar atau susu sejat 140 gm isi durian 2 sudu makan tepung jagung
Cara Menyediakan Kek Keju Durian Bakar Guna Blender 1. Untuk adunan dasar kek, mula - mula sekali cairkan mentega dan campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati. 2. Masukkan ke dalam loyang springform saiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium. Tekankan serdak biskut hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sekejap. 3. Untuk kek pula, krim keju, telur dan gula dimasukkan di dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu. 4. Masukkan isi durian dan kisar lagi hingga sebati. 5. Kemudian bahan akhir masukkan tepung jagung. 6. Keluarkan loyang yang telah disejukkan tadi, tuangkan adunan keju di dalamnya
7. Bakar guna kaedah water bath atau bain marie. Masukkan loyang ke dalam loyang yang berisi air panas. 8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 1 jam. 9. Nak tahu kek sudah masak, permukaan kek kelihatan kering dan tak melekat. 10. Keluarkan loyang yang berisi air panas tadi dan letak balik loyang ke dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit. Biarkan dalam 15 minit. 11. Kelurkan loyang kek, biarkan sejuk di luar. Baru boleh masukkan ke dalam peti untuk disejukkan. 12. Kemudian, simpan dalam peti sejuk dalam 3 hingga 4 jam sebelum dipotong

Kredit resepi : Norhidayu Abdul Majid
15. Resepi Kek Chiffon Durian Bahan A
150 gram tepung naik sendiri
100 gram gula kastor
6 biji kuning telur gred B - jika gred A 4 biji
40 gram minyak jagung
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B
6 biji putih telur
100 gram gula kastor
1 sudu teh krim tartar

Bahan C
200 gram isi durian yang dikisar

Cara - Cara 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati.Kemudian masukkan minyak dan susu segar.. gaul seketika hingga sebati.
3. Gunakan bekas lain putar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan kental.
4. Masukkan Bahan B sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan gaul hingga sekata.
5.Masukkan dan gaul sebati Bahan C, isi durian yang telah dikisar ke dalam adunan tadi.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. ikut tahap kepanasan sesebuah oven .
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk lidi sate.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon sehingga sejuk.
10.Dah sejuk sisip tepi kek dgn spatula dan keluarkan dari loyang.

Kredit resepi : zila4ever.blogspot.com 
16. Resepi Durian Goreng Bahan - Bahan 
Durian
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air (lebih kurang)
Cara - Cara 
1. Campurkan kesemua tepung, telur dan sedikit garam serta serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan mendapat kepekatan yang sederhana.
3. Celup durian di dalam adunan tadi secara rata.
4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing

Kredit resepi : Buat orang lapo 
Harap dah tak buntu nak buat apa lagi dengan durian kan. Kalau asyik makan saja ni agak boring juga. Kalau pelbagaikan untuk resepi ada juga inovasi yang boleh dibuat dengan menu durian. Rupanya macam - macam boleh dibuat dengan durian. Pelbagaikan resepi baru kita tak boring nak makan durian. Apapun selamat mencuba. 
Terima kasih buat penyumbang resepi yang berkongsi aneka resepi durian. Semoga pahala sentiasa mengalir buat yang berkongsi walaupun hanya resepi. 

Baca Juga Artikel Yang Lain :
# 30 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dan Cepat
#17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap
#Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap
#Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan
#Resepi Kek Marble Moist, Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/07/resepi-menu-berasaskan-durian-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Kerepek Durian Perkongsian Puan Azura Jhamary Memang Sangat Rare Anda Wajib Cuba

Cara Buat Kerepek Durian Perkongsian Puan Azura Jhamary Memang Sangat Rare Anda Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 601 hits
Assalamualaikum semua Biasalah setiap tahun anggaran bulan 6 hingga 9 tentu sahaja kedatang ini ditunggu tunggu oleh peminatnya di Malaysia Durian atau ada yang memanggilnya Raja Buah sememangnya popular dalam kalangan Masyarat di Malaysia ...
9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba Meletup Sedap

9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba Meletup Sedap

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 967 hits
Bagi aku kalau waktu makan tiada sambal belacan terhidang sekali bersama nasi macam tak cukup rasa dan selera Apatah lagi kalau lauk yang di hidangkan itu sejenis yang kurang pedas jadi mesti ada sambal belacan terbaik yang sesuai dengan ma...
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap

15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1502 hits
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap CH bila tak berapa nak selera makan nasi tapi perut lapar Memang akan masak ikan masin untuk membuka selera balik Yang selalu CH buat adalah ikan masin masak asam gulai ...
Resepi Durian Crepe Versi Suami Masak Apa Hari Ini

Resepi Durian Crepe Versi Suami Masak Apa Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 582 hits
Rasa jemu makan durian Kita cuba buat durian crepe Part paling leceh bila nak buat kulit Kene gelek kuali Salah gelek tak menjadi Kulit crepe 3 sudu besar tepung gandum3 sudu besar tepung jagung4 sudu besar tepung ubi kayu3 sudu besar tepun...
Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 783 hits
Dulu saya tertanya tanya apakah specialnya Nasi Ayam Penyet ni Sebab jika tengok hidanganya per set ada nasi putih biasa ayam goreng ulam dan sambal Tapi bila pertama kali merasainya saya sudah jatuh cinta dengan keenakan ayam goreng yang g...
Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan Antibodi

Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan Antibodi

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 873 hits
Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan AntibodiRasam telur pernah makan Katanya boleh kuatkan antibodi badan kalau demam selesema
Seronoknya Dah Tahu Resepi Donut Simple Dan Sedap Rupanya Senang Ja Buat Sendiri

Seronoknya Dah Tahu Resepi Donut Simple Dan Sedap Rupanya Senang Ja Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 380 hits
Salam dears Salah satu hikmah PKP bagi Mama ialah daripada jarang memasak jadi terpaksa memasak setiap hari Terutama sekali masa tengah PKP dulu dan bilangan kes Covid 19 masih tinggi masa tu Mama was was nak beli makanan dari luar Dan dise...
Ikea Kongsi Resepi Menu Ikonik Sweedish Meatball Untuk Anda Buat Di Rumah

Ikea Kongsi Resepi Menu Ikonik Sweedish Meatball Untuk Anda Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 446 hits
IKEA sebuah syarikat menjual perabot dr Sweden ini cukup terkenal bukan hanya pd peralatan perabotnya malah cukup popular dgn hidangan istimewanya iaitu bebola daging atau dikenali sbg sweedish meatball Sesetengah orang pergi IKEA semata ma...
Resepi Butter Cake Sedap

Resepi Butter Cake Sedap

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 506 hits
Assalamualaikum Akhirnyaaaa I dapat dah resepi Classic Butter Cake Marble Cake yang kena dengan tekak I and everything macam the texture moist dia sama exactly yang macam I nak Thank you kawan sekolah I Nopi sebab share resepi dengan I Dia ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration