15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap. CH bila tak berapa nak selera makan nasi, tapi perut lapar.. Memang akan masak ikan masin untuk membuka selera balik. Yang selalu CH buat adalah ikan masin masak asam, gulai ikan masin dan ikan masin masak lemak. Kalau malas tu, goreng saja dengan bawang dan cili kering. Hahaha... Sebenarnya ikan kering masin ni boleh masak macam-macam lagi. Jadi CH compile di sini 15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap supaya senang nak rujuk bila nak masak ikan kering masin yang lain dari yang lain

15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap
#1 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM 

Bahan:
Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar,rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin,cuci bersih dan toskan
4-5 ulas bawang putih1-2 biji bawang besar4-6 biji cili padi 1-3 biji cili merah besarair asam jawagaram secukupnyagula secukupnya

Caranya :
Masukkan minyak kedalam kuali,lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama

Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis. Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi. Kacau-kacau sekejap. 
Setelah ikan hampir masak, masukkan air asam jawa yang diperah dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih. 
Masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin, sedikit gula dan bahan perasa

Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong, cili padi dan cili besar.Kacau-kacau lagi sekejap, setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!

Hidangkan bersama-sama nasi panas

#2 RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API


Bahan-Bahan:
Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)Air asam jawa/ asam kepingBawang besar - dihirisCili besar merah - dihirisTomato- dibelah 4Gula dan serbuk perasa
Bahan ditumbuk kasar
Bawang besarBawang merahBawang putihSedikit belacanCili besar merahCili padi merah/ hijau
Cara menyediakan :
Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yg kita nak. Rendam setengah jam

Panaskan minyak di dlm kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yg di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak

Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata

Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa

Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit

Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata

Angkat dan hidangkan dgn nasi panas..

Note: Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit


#3 RESEPI GULAI IKAN KERING NENAS KELANTAN STYLE


Bahan-bahan
2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)1/2 biji nenas3 biji bawang merah (blend)2 ulas bawang putih (blend)1 inci lengkuas (blend)2 inci kunyit hidup2 sudu besar cili kering kisarlada hijau1/2 biji santan1 biji timun
Cara-cara
Masukkan semua bahan yg diblend ke dalam periuk/ kuali. Biarkan mengelegak

Masukkan santan dan biarkan mengelegak

Kemudian masukkan ikan masin , nenas, timun, lada

Mmasukkan gula secukup rasa
Jika kurang masin, tambah garam. Biarkan mendidih seketika
Siap. 

#4 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

Bahan-Bahan
Ikan talang masin - di kerat kecil n di gorengAir asamCili padi - dibelah 2Cili Kering - optional ( di potong pendek)Bawang besar - di potong separa bulatBawang Putih - di racikHalia - di racikMinyak untuk tumis- guna lebihan goreng ikan tadi pun boleh. Jimat sangat

Caranya
Panaskan minyak

Tumiskan semua bahan yang di potong sehingga naik bau
Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika dan masukkan ikan masin yg telah di goreng tadi
Kacau rata sehingga ikan masin sebati ngan air asam
Tambah garam/asam jika kurang masin/masam

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas


#5 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG MASIN

Bahan:
20 biji cili kering*3 labu bawang besar*Sedikit belacan*Sedikit lengkuas*1 batang serai yg kecil*2 labu bawang besar dihiris kasar1 sudu besar cukaSejemput asam jawa4 sudu gulaMinyak untuk menumis. (1/2 cawan)
Caranya:
Goreng sekejap ikan talang. Ketepikan

Bahan yg bertanda * di kisar

Tumis bahan yg di kisar , masak sehingga pecah minyak

Masukkan cuka dan perahkan asam jawa

Dah agak kering , masukkan gula dan bawang yg dihiris, agak sebati , baru lah dicampur ikan masin dan masak seketika

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, nasi lemak atau nasi lemuni. 

#6 RESEPI IKAN SEPAT MASIN GORENG CILI

Bahan-bahan:
1 ekor sepat masin1 biji bawang merah1 biji bawang besar5 tangkai cili kering3 biji cili api merahSegenggam ikan bilisSedikit kicap1 sudu sos tiram
Cara memasak:
1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi
5) Gorengkan cili kering agak garing6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang
8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram

TIPS!
Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin

Kredit : Bella Jamal

#7 KARI TERONG IKAN MASIN


BAHAN-BAHANNYA :
3 biji terung ungu4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya1 biji tomato, belah 41 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus1 kiub pati ikan bilis1/2 camca besar pes asam jawa1 camca besar sos tomato1 camca besar sos cili2 camca besar cili kisar1/2 inci halia*2 ulas bawang putih*1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes200 ml santan, sederhana cairAir secukupnyaGaram secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS :2 tangkai daun kari4 biji bawang merah, hiris
CARA MEMBUATNYA:
Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan. 
Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan

Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. 
Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. 
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing. 
Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak

Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih. 
Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih

Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya

Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. Selamat mencuba
@tiffinbiru

#8 Acar Ikan Masin


BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)10 biji bawang merah kecil10 ulas bawang putih20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)3 camca besar cuka makan (JALEN)1 camca besar gula melaka3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)2 tangkai daun kari, dilurutkanGaram secukup rasa1/4 cawan air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar1 biji bawang besar1 inci halia1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji1 camca teh jintan kasar1 camca teh jintan halus3/4 camca teh halba1 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. 
Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil

Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. 
Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata

Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. 
Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. 
Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih

Sumber : https://www.tiffinbiru.com/

#9 KAILAN IKAN MASIN
Add caption

Bahan-Bahan:
1 ikat sayur kailan3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk4 biji cili padi, ketuk1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil1 sudu besar sos tiram2 sudu besar minyakgaram dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika
Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun
Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa
Angkat dan hidang

Sumber : https://iresipi.com/

#10 RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN NANGKA

Bahan kisar :4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 tangkai cili merah2 tangkai cili padi1 inci kunyit hidup
Bahan bahan:2 keping nangka muda – direbusIkan masin kurau2 batang serai – ketuk1 biji kelapa – santanGaram1 keping asam keping
Cara cara:
Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan

Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. 
Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak

Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam

Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api

Sumber : https://resipibunda.me/

#11 SAMBAL MANGGA IKAN MASIN

Bahan
1-2 biji buah mangga muda1/4 cawan isi ikan masin3 ulas bawang merah1 ulas bawang putih15 biji cili padisedikit brown sugar/gula pasirgaram
Caranya:
1. Buah mangga disagat

2. Ikan masin digoreng dan ditumbuk atau dicarik-carik. Boleh digunakan apa saja jenis ikan masin

3. Bawang merah, bawang putih dan cili padi digoreng sehingga layu. Kemudian ditumbuk

4. Akhir sekali gaulkan bersama semua bahan sehingga bergaul rata

Sumber : http://www.kongsiresepi.com/

#12 IKAN MASIN MALONG GORENG KICAP

BAHAN2:
Segenggam ikan masin malong2 biji telur ayam1 biji bawang merah - hiris2 ulas bawang putih – cincang halus10 tangkai cili kering – gunting kecil5 biji cili padi – potong bulatKicap lemak manisGaram dan gula secukupnya
CARANYA:
Panaskan minyak masak dan goreng telur sebiji demi sebiji. Ketepikan

Kemudian gorengkan pula ikan masin malong sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Tumiskan bawang putih, lada kering dan cili padi sehingga naik bau

Kemudian masukkan bawang merah. Apabila bawang telah layu masukkan kicap secukupnya

Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata

Masukkan pula telur mata yang telah digoreng. Kacau lagi

Akhir sekali tambahkan garam jika perlu dan gula secukup rasa

Apabila rasa telah sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang. Siap

Sumber : https://www.qaseyhoney.com/

#13 RESEPI GULAI KARI IKAN KERING TUMIS DARAT

Bahan bahan:
Ikan kering1/2 kg santan1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering1 keping asam kepingSayuran - terung atau nenasGaramGula
Bahan Tumis:
1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi5-6 biji bawang merah3 ulas bawang putih1/2 inci halia1 pelepah daun kari
Cara cara:
Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak. 
Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih

Tambah sayuran lain. Biarkan sayuran tersebut masak. 
Tutup api dan tuangkan bahan tumis. 
Tutup periuk dengan cepat agar kari gulai sebati dengan bahan tumis. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas

Nota: ikan kering direndam seketika

Sumber : http://www.aziekitchen.com/

#14 TALANG MASIN BAWANG LADA


Goreng dulu ikan masin. Tumis bawang, masukkan ikan masin yang sudah digoreng, masukkan cili merah, cili hijau, bawang, siap

Kredit: Hasnarain Tumin

#15 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG KERING

Bahan
1 bungkus ikan talang kering siap potong kecil - boleh  guna ikan lain juga** goreng garing dan ketepikan
1 biji bawang besar - potong separa bulat
Bahan Sambal
3-5 sudu besar cili kisar2 biji bawang besar - kisar3 ulas bawang putih - kisar1 cm halia - kisargaram secukupnyagula secukupnya1 keping asam keping
Caranya
Panaskan minyak yang di gunakan untuk goreng ikan talang tadi. Kalau banyak kurangkan sikit.

Masukkan cili dan bahan kisar. Masak sehingga berminyak dan sedikit garing. 
Tambah asam keping dan gula secukupnya

Masukkan ikan talang kering yang telah di goreng tadi. Biarkan sehingga mendidih

Rasa. Jika kurang masin, barulah tambah garam. Jika dah okay, tak perlu tambah garam.. 
Akhir sekali, masukkan bawang besar yang di potong separa bulat. Kacau seketika, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih panas. 

Selamat Mencuba Uolls


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/06/15-resipi-masakan-kampung-berasaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akok Sedap Mudah Resipi Warisan Nenek

Akok Sedap Mudah Resipi Warisan Nenek

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 298 hits
Resipi ini walau mudah dibuat tapi tak ramai generasi muda tau membuatnya Dulu dulu nenek nenek masak bakar dengan sabut kelapa Bagi Khadijah Jaafar pengasas Meester Muruku Malaysia dulu dia sering berkepit dengan nenek untuk melihat arwah ...
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 728 hits
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba Setiap kali tibanya musim buah durian apa lagi pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan Selain daripada makan begitu saja buah durian banya...
Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 747 hits
Sedap betul makan laksam dengan kuah putih yang pekat ditambah pula dengan sedikit cili boh Memang bertambah tambah Tapi yang menjadikan makanan ini sedikit susah nak sediakan bila masuk part penyediaan laksam itu sendiri Tak kena cara mema...
Resipi Mi Calong Mi Lidi Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap

Resipi Mi Calong Mi Lidi Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 537 hits
Mi calong bahan ramuan dari mi lidi adalah masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri Supnya aje sudah cukup membuatkan kita nak menghirup berkali...
Anak Tidur Tak Lena Buatkan Biskut Labu Ni Resipi Mudah Sedap

Anak Tidur Tak Lena Buatkan Biskut Labu Ni Resipi Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 587 hits
Untuk anak yang masih kecil kebanyakan ibu biasanya tidak yakin untuk memberi kudapan yang dibeli di pasaran Walaupun sudah dinyatakan bahan bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kudapan di packaging masih ada rasa ragu ragu untuk mem...
Spicymama Sambal Kering Ikan Bilis Terlajak Rangup Dan Pedas

Spicymama Sambal Kering Ikan Bilis Terlajak Rangup Dan Pedas

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 657 hits
Spicymama Rangup Pedas Ikan Bilis Sekarang ni saya berada di Penang mencari ketenangan yang dah lama rasanya tak rasa sejak PKP disebabkan Covid 19 Bila dah di buka untuk merentas negeri terus dalam otak nak ke Penang Tapi biasalah walaupun...
Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar

Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 682 hits
Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar Ikan merah siapa je yang tak suka makan ikan merah Masak apa je pasti sedap Asam pedas memang lah sedap masak kari pasti terangkat Masak sup ikan merah amatlah menyegarkan Pilihlah nak masak apa kalau tak...
Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas

Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 563 hits
Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas Masa bulan puasa tempohhari bila masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka ternampak kat atas kabinet banyaknya epal merah dan epal hijau tapi tak boleh buat jus sebab dah t...
Flowerhorn Ikan Hybrid Popular Badan Cantik Berbunga Bentuk Kepala Unik Amat Mudah Dipelihara

Flowerhorn Ikan Hybrid Popular Badan Cantik Berbunga Bentuk Kepala Unik Amat Mudah Dipelihara

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1202 hits
Flowerhorn adalah ikan peliharaan popular bagi peminat peminat ikan peliharaan kerana sifatnya yang sangat interaktif Mereka dibiakkan secara khusus untuk berdamping rapat dengan manusia di sekitar mereka malah ada juga yang mengangkat bong...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer