9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba Meletup Sedap


Bagi aku kalau waktu makan tiada sambal belacan terhidang sekali bersama nasi macam tak cukup rasa dan selera. Apatah lagi kalau lauk yang di hidangkan itu sejenis yang kurang pedas. jadi mesti ada sambal belacan terbaik yang sesuai dengan masakan untuk membangkitkan selera. Barulah terasa nikmatnya apabilah menikmati lauk pauk juadah itu bersama resepi sambal belacan terbaik dan meletup sedap!
Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!
Resepi sambal belacan ini pula berbagai jenis dan rupa, Kebiasaanya sambal belacan mesti di hidangkan ikut kesesuaian masakan yang di hidang ataupun bahan untuk di cicah bersama seperti ulam-ulaman. Selain itu ada juga tempat yang berlainan lain pula resepi sambal belacannya. Ada juga yang di campur dengan buah-buahan yang sesuai untuk menjadikan sambal belacan lebih sedap dan berperisa.
Apapun juadah resepi sambal belacan yang ada, sambal belacan akan terus menjadi pelengkap hidangan kepada sesiapa yang menyukai sambal belacan ini. Kalau tak ada sambal belacan, boleh mati selera untuk menikmati hidangan walau sesedap mana pun juadah yang di hidangkan. Tak hairanlah walau sebesar dan sekecil manapun majlis, sambal belacan mesti ada di sediakan sebagai pelengkap hidangan.. kan!


Seterusnya di sini aku nak memperkenalkan 9 resepi sambal belacan terbaik untuk di cuba, meletup sedap yang kebiasaannya di buat untuk juadah hidangan khas untuk tatapan pembaca blog ini. Senang saja sebenarnya membuatnya. Semuaya  semudah a, b, c saja. Jom buat dan rasa sambal belacan penambat selera ini... hehe!
9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!
- 1 -  Sambal Belacan Asam Limau
Bahan:
10 biji cili padi 2 biji cili merah 1 sudu besar perahan air limau nipis/kasturi 2 cm belacan bakar 1 sudu kecil cuka - supaya sambal belacan tahan lama garam gula
Cara-cara:
Cili padi, cili merah di tumbuk lumat. Seterusnya masukkan belacan bakar, garam dan gula secukup rasa.
Di gaul dan di tumbuk lumat sekali lagi. Seterusnya masukkan perahan asam limau. Untuk tahan lebih lama masukkan cuka. 
Sekiranya tiada asam limau boleh gantikan dengan air asam jawa. 
Sambal Belacan Goreng
- 2 - Sambal Belacan Goreng
Bahan-bahan: 
10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah 2-3 inci belacan2-3 biji bawang merah1 biji tomatoGaram gula secukup rasa Air asam jawa - jika suka sedikit minyak untuk menggoreng
Cara:
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6. Tomato dibelah 4 atau 6 juga. Goreng semua bahan seperti cili padi, belacan, bawang merah dan tomato kecuali garam dan gula.
Goreng sampai layu, tapi jangan sehingga garing. Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk.
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Jika nak lebih berperisa, masukkan sedikit air asam jawa. 
- 3 -  Sambal Belacan Limau Kasturi
Bahan-bahan:
4 tangkai cili merah9 tangkai cili padi 1 sudu besar belacan melaka - dibakar hingga wangi Garam dan gula secukupnya7 biji Limau Kasturi
Cara:
Masukkan kesemua bahan seperti cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula kecuali limau kasturi kedalam lesung. Tumbuk sampai 90% lumat boar nampak cili berkepinngan sedikit. Perahkan dengan jus limau kasturi kemudian hiris sedikit kulit limau kasturi nipis-nipis dan gaul dengan sambal.
Kaut sambal dari lesung dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Hidangkan bersama ulam-ulaman yang anda suka.
- 4 - Sambal Belacan Gesek
Bahan-bahan:
20 biji cili api 1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk 2 ulas bawang putih1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil gula1/4 cawan minyak Sepotong limau nipis - jika suka
Cara-cara:
Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan.
Tumbuk kasar ikan bilis. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.
Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing. Nak makan, perahkan sepotong limau nipis jika suka.
- 5 - Sambal Belacan Kedai Siam
- Sediakan bahan-bahan di bawah;
Segenggam cili padi merah + hijau1/2 biji bawang merah (saiz besar)1/4 keping kecil nisse / gula melaka1 labu bawang putih jeruk2 inci belacan
- Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :2 sudu besar cuka1/2 sudu kecil garam1/2 sudu besar gulasecubit dua ajino sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat) * kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
- Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap

Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan tak  di bakar macam sebelum ini. Betul-betul sedap!
- 6 - Sambal Belacan Air Asam Lada Picit
Bahan-bahan:
Cili padiSedikit belacan yg telah dibakarSedikit Asam jawaGulaGaramSedikit Air masak
Cara:
Masukkan semua bahan seperti cili padi, belacan, asam jawa, garam dan gula ke dala mangkuk. Tambahkan sedikit air masak. Seterusnya picit dan pecahkn cili padi dan bahan-bahan ini  dengan  hujung jari semasa nak memakannya. Jadilah sambal belacan air asam picit yang ringkas.
Sambal Belacan Buah Kuinin
- 7 - Sambal Belacan Buah Kuinin
Bahan:
Cili padiLada merah besarSedikit belacan yang sudah dibakarGaramBuah kuinin masakSedikit gula
Cara:
Tumbuk cili padi dan lada merah besar sehingga lumat. Seterusnya  campurkn belacan, garam dan gula,
Kemudian bila cili sudah hancur dan bahan-bahandi dalam lesung bergaul sebati, masukkan buah kuinin masak yang telah di hiris kasar dan gaul serta tumbuk perlahan-lahan hingga sebati.
Bolehlah di hidangkan. Selain buah kuinin, boleh juga gantikan dengan buah mempelam, mangga, bacang dan seumpamanya.
- 8 -  Sambal Belacan Air Asam
- Bakar semua bahan di bawah
Guna pan/boleh bakar atas bara api
4 ulas bawang putih1 1/2 inci belacan6 biji bawang merah saiz bola ping pong
- Sediakan lesung untuk menumbuk
Kupas bawang bakar
Sediakan beberapa tangkai cili padi2 biji asam limau nipis saiz besar
* kalau asam kecil guna 3 biji
-Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
- Perasakan dengan3/4 sudu besar gula3/4 sudu kecil garam
*segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
- Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
- Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati. Siap!
*Sesuai untuk dicicah bersama ikan bakar.
Sambal Belacan Air Asam Pekat
- 9 - Sambal Belacan Air Asam Pekat
- Sediakan bahan-bahan berikut

2 biji bawang merah1 biji bawang besar Holland1 biji tomato3 ulas bawang putih2 inci belacan *Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
- Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
1 biji lemon dan sebiji limau nipis
*Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah. 3 tangkai cili padi hijau3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
*Ikut kepekatan yang diingini*
- Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
- Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
- Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
*Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
*Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Mesti bertambah-tambah makan berpinggan-pinggan apabila mengadap juadah hidangan berserta sekali sambal belacan terbaik yang tersenarai ini. Jadi, tak sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet. Seeloknya skip hidangan sambal belacan kepada mereka.. hahaha! (gurau jer)
Nak pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s; Aku sebenarnya alergik dengan belacan dan makanan laut tapi aku tak kisah. Semenjak kebelakangan ini rasa macam dah tak ada alergik tu, Itu yang menjamah tak hinggat tu... huhu!
# Kredit Group masakan Aneka Resepi & MAHN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/9-resepi-sambal-belacan-terbaik-untuk-di-cuba-meletup-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom Cara Kak Chik

Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom Cara Kak Chik

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 537 hits
Sambal belacan ni memang pelengkap hidangan Kalau ada sambal ni makan nasi dengan ulam ulaman pun dah cukup menyelerakan Sentuhan sambal belacan ni pasti ada olahannnya tersendiri yang dimasak ikut citarasa dan selera masing masing Sambal b...
Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 782 hits
Dulu saya tertanya tanya apakah specialnya Nasi Ayam Penyet ni Sebab jika tengok hidanganya per set ada nasi putih biasa ayam goreng ulam dan sambal Tapi bila pertama kali merasainya saya sudah jatuh cinta dengan keenakan ayam goreng yang g...
Resepi Sambal Belacan Untuk Buat Stok Boleh Makan Berulang

Resepi Sambal Belacan Untuk Buat Stok Boleh Makan Berulang

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 360 hits
Sambal belacan kalau masak sikit senang aje anggarannya Tapi kalau untuk makan ramai sukar jugak bagi orang yang tak pandai menganggar ni Ni resipi yang dikongsikan Suriani Mohd yang mendapat resipi ini dari arwah kakak iparnya bagi yang ta...
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 727 hits
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba Setiap kali tibanya musim buah durian apa lagi pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan Selain daripada makan begitu saja buah durian banya...
8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga

8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 725 hits
8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga Roti john adalah salah satu resepi terbaik yang berjaya menjadi salah satu makanan rakyat Malaysia Resepi roti john ada bermacam jenis dan boleh dibuat secara homemade dengan menggu...
Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut Sedapnya

Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut Sedapnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 872 hits
Waktu awal bermulanya PKP aritu semua ahli keluarga berkumpul di rumah Susah nak tengok semua ada di rumah waktu petang sekiranya tiada musibah PKP Bila berkumpul tak lain tak bukan makan sajalah yang di buat Dalam kebuntuan nak masak apa a...
Resepi Tauhu Bergedil Sedap Gilosss

Resepi Tauhu Bergedil Sedap Gilosss

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 916 hits
RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS BAHAN BAHAN5 6 biji kentang200 gram Daging KisarTauhu pokDaun sup Bawang goreng Garam Lada hitam Serbuk perasa Bawang hollandCARA CARA MEMBUATNYA 1 Kupas kentang dan potong 42 Rebus kentang sampai empuk3 ...
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 828 hits
Ini sebenarnya resepi dari mak memang menjadi kegemaran tiap kali balik kampung atau ketika menyambut hari raya Juadah ni memang wajib ada di atas meja untuk santapan seisi keluarga Selalunya Iday akan makan dengan nasi himpit dan kuah kaca...
Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 731 hits
Kalau dah namanya orang Malaysia makan nasi kalau tak ada sambal belacan macam tak lengkap Walaupun ringkas tapi ia jadi penambat selera Sampai boleh bertambah tambah makan nasi Ada satu resipi sambal belacan yang menarik Buat pun mudah tap...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut