Hilangkan Perut Buncit Lepas Bersalin Siap Makan Gerak 25 Langkah Perlahan Lahan


Membentuk tubuh langsing dan mendapatkan semula berat badan ideal selepas bersalin adalah idaman setiap ibu. Namun, pastinya ia tidak semudah disangka dan lebih sukar terutama buat ibu yang memberikan susu badan kepada bayi mereka.
Bahagian perut yang buncit serta kehadiran selulit dan tanda regangan membuatkan ramai ibu yang gelisah. Lemak yang terkumpul di perut mendedahkan ibu kepada masalah yang serius seperti diabetes dan penyakit jantung.

Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan ibu kepada pelbagai risiko penyakit.
Individu dengan kadar lemak yang tinggi di perut cenderung mempunyai nafsu makan yang besar. Lemak berlebihan dalam tubuh menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan. Justeru membuatkan individu sukar mengawal nafsu makan mereka dan makan dalam jumlah yang banyak. Akibatnya, masalah perut buncit sukar diatasi.
Tubuh yang langsing sememangnya menjadi idaman setiap ibu. Ada segelintir ibu yang ingin langsing cepat dengan mengambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan diri dan bayi. Apakah rahsia untuk kekal langsing secara sihat? Kak Engku ingin berkongsi tip yang lebih selamat untuk menghilangkan masalah perut buncit selepas bersalin dengan kaedah yang mudah dan murah. Ikuti 10 tip berikut:

1. Penyusuan
Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu Ibu untuk langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan anaknya hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik-baiknya lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berumur 6 bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu. Juga disarankan agar penyusuan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Ibu yang menyusukan bayi akan cepat berasa lapar dan dahaga. Ini disebabkan air dan banyak kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Oleh sebab itulah, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan. Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Setiap kali sesi penyusuan 85kcal akan di bakar bagi 100ml susu badan yang dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu badan dihasilkan sehari adalah sebanyak 750ml. Ini bermakna sebanyak 650kcal akan dibakar hanya dengan menyusukan susu badan. 650kcal kalori yang dibakar adalah bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 90 minit. Penyusuan juga membantu mengecutkan rahim ibu dan bantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Jadi teruskanlah menyusukan anak dengan susu ibu.
2. Pemakaian Bengkung
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh dan remeh tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara semulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang Ibu.
Di samping itu, berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Ibu perlu berbengkung untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya. Ibu pasti tersenyum melihat hasilnya.

3. Amalan Bertungku
Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.
4. Kawal Diet Pemakanan
Untuk 6 bulan pertama, Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Manakala bagi Ibu yang sudah tidak menyusukan bayi, Ibu boleh mengawal diet pemakanan secara teratur. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu.
Ingin sentiasa kenyang pada masa yang sama mampu mengecilkan saiz pinggang? Cuba amalkan oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang. Ini kerana makanan tersebut menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan Ibu sentiasa berasa kenyang.
5. Kepentingan Sarapan Pagi
Bagi Ibu yang ingin kembali langsing, jangan pandang remeh akan perkara ini. Bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Namun, cuba ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, kurangkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.
6. Teh Hijau Dan Jus Limau Nipis
Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur, Ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak, sekali pun sewaktu Ibu tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan. Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.
7. Minum Air Sebelum Makan
Pelik tapi benar. Menurut satu kajian, Ibu yang minum 2 gelas air sebelum sarapan, makan tengahari dan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum 2 gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisma tubuh.
Elakkan makan bersulam air. Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi minum air agar tidak tercekik dan tersedak. Sebenarnya minum bersulam air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.
8. Selepas Makan, Gerak 25 Langkah
Kurangkan segera kalori selepas makan! Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang diambil.
9. Senaman Secara Teratur
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk merampingkan pinggang perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Senaman hendaklah dilakukan dengan betul dan teratur agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai perut geleber haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak.
Senaman juga mestilah seiring dengan diet yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya. Sebagai contoh; sekiranya kita mengambil 2,500 kalori pada hari sebelumnya, kita mesti bersenam untuk membakar 3,000 kalori pada hari berikutnya.
Ibu yang ingin kembali ramping, mesti melakukan senaman setiap hari untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan kembali oleh badan.
Senaman kardio vaskular dan abdomen tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mendapatkan kesan terbaik. Untuk mengempiskan perut juga, gerakan punggung secara perlahan boleh dilakukan contohnya dengan melakukan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.
10. Petua Tradisional
Selain daripada berbengkung, masalah perut buncit selepas bersalin boleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional. Caranya, dua hari selepas bersalin, ambil kapur sirih, perahkan sebiji asam limau kepada kapur sirih tadi, lumurkan campuran tersebut di permukaan perut Ibu sehingga rata, biarkan seketika sehingga kering. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.
Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Amalkan petua ini selama tempoh berpantang (44 hari) berturut-turut. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisplin selepas tempoh berpantang, perut Ibu beransur kempis, kelihatan licin, anjal dan tidak berkedut-kedut. Keadaan perut kembali menarik seperti sebelum Ibu bersalin.
Sumber: Kak Engku Bidan Bersalin
The post Hilangkan Perut Buncit Lepas Bersalin. Siap Makan, Gerak 25 Langkah Perlahan-Lahan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hilangkan-perut-buncit-lepas-bersalin-siap-makan-gerak-25-langkah-perlahan-lahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seksanya Sakit Belakang Masa Hamil Lepas Bersalin Jadi Balik Tunduk Tak Boleh Duduk Pun Sakit

Seksanya Sakit Belakang Masa Hamil Lepas Bersalin Jadi Balik Tunduk Tak Boleh Duduk Pun Sakit

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 367 hits
Ramai ibu mengeluh sakit belakang selepas bersalin dan ketika dalam tempoh menyusukan si manja Adakah ia berkaitan dengan proses bersalin atau posisi penyusuan yang salah Ikuti penjelasan pakar laktasi ini Ada ibu yang akan sakit belakang s...
Punca Perut Buncit Semakin Menjadi Apabila Berusia Dan Tips Menyelesaikan Masalah Perut Buncit Dengan Sepantas Kilat

Punca Perut Buncit Semakin Menjadi Apabila Berusia Dan Tips Menyelesaikan Masalah Perut Buncit Dengan Sepantas Kilat

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 361 hits
Punca Perut Buncit Semakin Menjadi Apabila Berusia dan Tips Menyelesaikan Masalah Perut Buncit Dengan Sepantas Kilat Semakin hari usia juga semakin meningkat dan perut juga semakin maju ke hadapan Ramai yang mengalami masalah perut buncit t...
Perut Makin Besar Elfira Rasa Lagi Berat Buat Kerja Selera Makan Kurang

Perut Makin Besar Elfira Rasa Lagi Berat Buat Kerja Selera Makan Kurang

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 863 hits
Pelakon yang sedang sarat hamil Elfira Loy mengakui setelah memasuki trimester ketiga dirinya kini kurang selera makan sebaliknya hanya menggemari hidangan manis sahaja Tambah Elfira dia juga cepat penat untuk melakukan sesuatu biarpun bany...
Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan Dan Mengurangkan Perut Buncit

Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan Dan Mengurangkan Perut Buncit

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 359 hits
Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan dan Mengurangkan Perut Buncit Masih ingat lagi tak kinah pernah kongsi dengan korang dengan satu produk detoks korang boleh baca di Sementara tengah free sekarang ni jadi kinah nak cerita feedbac...
Telefon Pintar Anda Semakin Perlahan Ikuti 5 Langkah Mudah Bagi Mengatasi Masalah Ini

Telefon Pintar Anda Semakin Perlahan Ikuti 5 Langkah Mudah Bagi Mengatasi Masalah Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 409 hits
Sumber dari DigitaltrendsMesti ramai diantara pengikut Ohmedia yang masih setia dengan smartphone masing masingkan Sama ada sayang nak tukar baru atau belum cukup modal nak beli yang baru Menurut pengalaman Ohmedia sendiri smartphone ni aka...
Makan Pedas Memang Sedap Lepas Tu

Makan Pedas Memang Sedap Lepas Tu

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum SEJAK kelmarin dah berjanji dengan kawan sepejabat hendak makan Nasi Padang Highway Sejak tu jugaklah terbayang sambal hijaunya yang basah basah tu dicicah bersama pucuk ubi yang direbus begitu sahaja Asal datang ke sini mem...
Prabowo Siap Serahkan Lahan Di Kalimantan Jika Diperlukan Untuk Bangun Ibu Kota

Prabowo Siap Serahkan Lahan Di Kalimantan Jika Diperlukan Untuk Bangun Ibu Kota

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 271 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Edhy Prabowo menegaskan ketua umumnya yakni Prabowo Subianto siap jika diminta lahannya untuk pembangunan ibu kota baru di Kalimantan Timur Hal itu kata dia dilakukan Prabowo untuk kepentingan bangsa dan neg...
Tunai Janji Makan Aiskrim Lepas Tolong Mommy Siapkan Kerja

Tunai Janji Makan Aiskrim Lepas Tolong Mommy Siapkan Kerja

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 507 hits
hi there beberapa hari lepas mrs pip ada job yang perlukan bantuan Iman jadi model haha so pujuk2 Iman utk bagi kerjasama tolong mommy jadi model kejap dalam gambar Iman kalau sekeping dua gambar dia ok la tp ni nak try few shots kan takut ...
Lepas Sakit Bersalin Bengkak Susu Paling Mak Mak Takut Merah Sakit Demam Itu Bahaya

Lepas Sakit Bersalin Bengkak Susu Paling Mak Mak Takut Merah Sakit Demam Itu Bahaya

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 448 hits
Bengkak susu adalah situasi yang selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin Rasa sakitnya tak boleh disentuh adakalanya menitik juga air mata Proses ini terjadi secara semula jadi selepas bersalin dan akan berlaku selama dua hingga tiga har...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game