Telefon Pintar Anda Semakin Perlahan Ikuti 5 Langkah Mudah Bagi Mengatasi Masalah Ini
Sumber dari DigitaltrendsMesti ramai diantara pengikut Ohmedia yang masih setia dengan smartphone masing-masingkan? Sama ada sayang nak tukar baru atau belum cukup modal nak beli yang baru. Menurut pengalaman Ohmedia sendiri, smartphone ni akan tiba satu masa yang performance dia akan mula drop. Waktu itu semua benda jadi lambat. Paling ketara korang boleh lihat adalah saat korang nak buka aplikasi. Tapi korang jangan risau, Ohmedia ada tips bagaimana nak naikan performance smartphone lama korang.
Sumber dari PCWorldYang pertama adalah dengan membersihkan cached data. Cached Data adalah sistem storan yang membekalkan data dari kegunaan sebelumnnya untuk tindakan seterusnya. Sebagai contoh, lepas korang guna dan keluar aplikasi Facebook, selepas beberapa ketika, korang masuk balik, dia akan paparkan skrin yang menunjukkan halaman terakhir sebelum korang keluar dari aplikasi berkenaan. Ia akan hilang setelah korang refresh. Itu sebab kalau cached data penuh, peranti mengambil masa untuk imbas keseluruhan memori dimana ia akan mengambil masa yang lama.
Sumber dari GeekInsiderYang kedua ialah, mengurus aplikasi anda di smartphone. Aplikasi yang tidak diurus secara berkala akan menjejaskan prestasi telefon korang. Korang boleh nyahpasang aplikasi-aplikasi yang tidak berguna kerana ia boleh mengosongkan ruangan memori sekaligus menambah kuasa pemprosesan smartphone korang. Seperti aplikasi Facebook dan Instagram yang mempunyai kemaskini secara berkala, adalah disarankan menyahpasang aplikasi berkenaan dan memasangnya semula. Ini kerana, apabila smartphone korang sudah dikemaskini, versi sebelum ini tidak diapadam bahkan ia akan menambahkan jumlah memori yang digunakan.
Sumber dari Pocket-LintYang ketiga adalah dengan mengemaskini sistem pengoperasian yang baru. Sistem pengoperasian yang baru akan menyebabkan prestasi smartphone berkenaan turun. Di petik dari Mobiles.UK, menjalankan kemaskini yang disyorkan secara berkala akan memastikan bahawa peranti anda akan sentiasa menjalankan penyemak imbas paling terkini, dengan nyata meningkatkan pengalaman penyemakan imbas anda.
Sumber dari Softcube TechnologiesKeempat adalah memasang aplikasi yang membantu meningkatkan prestasi smartphone korang. Ada berapa aplikasi yang korang boleh cuba pasang, antaranya Clean Master dan sebagainya. Aplikasi ini akan membantu korang mengawal aplikasi yang lain. Dengan mengurangkan jumlah aplikasi yang aktif, smatphone korang mampu untuk hidup bila butang ditekan.
Sumber dari Mobile FunDan yang terakhir adalah dengan menukar bateri smartphone dengan yang baru. In kerana bateri smartphone moden bukan sahaja sebagai pembekal tenaga, tetapi juga beri kesan kepada smatphone berkenaan beroperasi.
Sumber : Mirror UK
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/08/telefon-pintar-anda-semakin-perlahan.html