Lepas Sakit Bersalin Bengkak Susu Paling Mak Mak Takut Merah Sakit Demam Itu Bahaya


Bengkak susu adalah situasi yang selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin. Rasa sakitnya tak boleh disentuh, adakalanya menitik juga air mata.
Proses ini terjadi secara semula jadi selepas bersalin dan akan berlaku selama dua hingga tiga hari. Ada yang berlangsung selama seminggu.
Namun apa yang paling menakutkan apabila ia tidak juga reda sehingga payudara menjadi merah, ibu ditimpa demam dan rasa sakit yang berlarutan. Perkongsian tip untuk menghadapi bengkak susu daripada Dr Aimi Jaafar ini boleh dijadikan panduan.
Dr Aimi Jaafar, Klinik Takwa BENGKAK SUSU
Ramai yang membicarakan tentang sakitnya bersalin, namun tak ramai yang bercerita mengenai perjuangan yang berterusan setelah itu.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Luqman 31:14)
BERLAKU SELAMA SEMINGGU SELEPAS BERSALIN

Dalam Al Quran sebenarnya telah Allah s.w.t sebutkan, mengenai perjuangan dari mengandung, sehingga akhir penyusuan, dalam anggaran 2 tahun setiap anak. Oleh sebab itu juga kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita.
Namun saya ingin bercerita mengenai sakit yang dihadapi dalam lebih kurang 1 minggu pertama setelah melahirkan. Rata-rata ibu akan mengalami sakit ini, iaitu sakit bengkak susu.
Pada awal usia si bayi, susu ibu yang diterima terus adalah susu kolustrum. Iaitu susu yang pekat, paling tinggi nutrisi dan pertahanan imun. Setelah beberapa hari, dengan stimulasi yang berterusan dari bayi, susu ibu akan mula banyak.
JANGAN RISAU, BENGKAK SUSU ITU NORMAL!

Harus diingat, bahawa bengkak susu adalah normal. Namun begitu, cara tangani bengkak susu yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti abses, depression, dan kegagalan penyusuan badan.
1. Tuam
Tuam dengan air sejuk boleh membantu kurangkan sakit.
Tuam dengan air panas pula akan bantu untuk melancarkan aliran susu dan darah.
Boleh dilakukan secara selang seli mengikut keadaan. Namun digalakkan untuk lakukan tuam panas sebelum urutan / penyusuan. Dan tuam dengan air sejuk setelah penyusuan.
2. Urutan
Sewaktu payudara membengkak, akan dapat dirasa juga gumpalan dan benjolan pada payudara.
Letak minyak, dan lakukan urutan untuk pecahkan benjolan ini. Lakukanlah urutan berpusat pada benjolan, sehingga benjolan semakin kecil, dan seterusnya tekanan diturunkan ke arah puting. Lakukan urutan ini pada setiap benjolan yang dapat dirasakan pada payudara.
Boleh dapatkan khidmat urutan laktasi sekiranya ada di tempat anda.
3. Perahan
Seeloknya lakukan perahan menggunakan tangan (marmet), berbanding perahan dengan pam. Perahan dengan tangan boleh dilakukan bersamaan dengan urutan. Tidak perlu perah sehingga payudara kosong, hanya sehingga payudara kurang tegang.
Penggunaan pam boleh menyebabkan overstimulation dan oversupply pada payudara yang menyebabkan penghasilan susu berterusan banyak.

4. Berikan susu pada bayi mengikut kadar keperluannya (on demand)
Badan dan hormon ibu sedang belajar berapa keperluan bayi, susu akan dihasilkan mengikut demand. Sekiranya ibu berhenti menyusukan, susu akan turut berhenti.
5. Mandi air panas
Selain bantu melancarkan aliran susu, ini juga boleh bantu ibu lebih relax dan kurang rasa stress. Kawalan emosi dan stress ibu adalah sangat penting.
6. Hisapan bayi yang optimal
Pastikan juga hisapan anak adalah efektif dan efisien untuk mengelakkan payudara tidak kosong seperti yang dikehendaki. Boleh dapatkan khidmat kaunselor laktasi untuk kenalpasti keadaan ini.

Selalunya setelah 2 – 3 hari, bengkak susu akan reda, dan penghasilan susu akan terhasil mengikut keperluan (demand – supply).
Sekiranya ada bahagian yang mulai merah, sakit, dan ibu mulai demam, jumpalah doktor dengan segera. Mungkin ada jangkitan yang memerlukan penggunaan ubat ubatan.
BENGKAK SUSU BOLEH JADI PENGALAMAN NGERI
Penyusuan adalah sambungan kepada episode perjuangan sebelumnya. Jalan dan kisahnya tidak sama buat semua, namun setiap ibu yang melahirkan, ataupun tidak (induced lactation), berpeluang untuk melaluinya.
Bengkak susu boleh menjadi permulaan yang ngeri buat sesetengah ibu, jadi saya kongsikan tips ini dengan harapan ibu-ibu dapat mengatasi rintangan yang ini, ke muka surat seterusnya.
Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan buat ibu-ibu sekalian <3
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
The post Lepas Sakit Bersalin, Bengkak Susu Paling Mak-Mak Takut. Merah, Sakit & Demam Itu Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-sakit-bersalin-bengkak-susu-paling-mak-mak-takut-merah-sakit-demam-itu-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seksanya Sakit Belakang Masa Hamil Lepas Bersalin Jadi Balik Tunduk Tak Boleh Duduk Pun Sakit

Seksanya Sakit Belakang Masa Hamil Lepas Bersalin Jadi Balik Tunduk Tak Boleh Duduk Pun Sakit

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 372 hits
Ramai ibu mengeluh sakit belakang selepas bersalin dan ketika dalam tempoh menyusukan si manja Adakah ia berkaitan dengan proses bersalin atau posisi penyusuan yang salah Ikuti penjelasan pakar laktasi ini Ada ibu yang akan sakit belakang s...
Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 591 hits
The ReporterSeringkali dinasihatkan ibu bapa usah terlalu membenarkan orang lain menyentuh anak anak kecil mereka terutamanya bayi Bukan sombong bukan juga kedekut tetapi demi keselamatan anak anak yang umum tahu sistem keimunan badan merek...
Bersalin Tak Mahu Koyak Banyak Jangan Angkat Punggung Teran Bila Sakit Dalam 10 Saat

Bersalin Tak Mahu Koyak Banyak Jangan Angkat Punggung Teran Bila Sakit Dalam 10 Saat

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 463 hits
Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting ketika bersalin Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak berapa banyak jahitan akan dijahit dan...
Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 562 hits
Benar hidayah itu milik Allah tetapi ia perlu sentiasa dicari dan bukannya hanya dinanti Malah tiada siapa pun dapat menjangka bila Sang Pencipta akan menggerakkan hati seseorang untuk menerimanya Dan tentu ramai di antara kita yang pernah ...
9 Hijab Style Yang Paling Cocok Buat Cewek Bertubuh Besar Jadi Pd Itu Gampang

9 Hijab Style Yang Paling Cocok Buat Cewek Bertubuh Besar Jadi Pd Itu Gampang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 246 hits
Karena kecil atau besar itu cuma ukuran sedangkan kepercayaan dirimu itu bekal penting buat masa depan
Salah Cuci Botol Susu Punca Anak Selalu Jatuh Sakit Bawah 12 Bulan Wajib Steril

Salah Cuci Botol Susu Punca Anak Selalu Jatuh Sakit Bawah 12 Bulan Wajib Steril

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 343 hits
Tidak mencuci mensterilkan peralatan makan minum anak pemerahan susu ibu dengan betul boleh jadi punca bayi selalu jatuh sakit Mama papa tolong jangan skip langkah ini ia sangat mustahak Tata cara mencuci memainkan peranan penting dalam tah...
Tips Jaga Kesihatan Mental Lepas Bersalin Semua Suami Isteri Wajib Ambil Tahu

Tips Jaga Kesihatan Mental Lepas Bersalin Semua Suami Isteri Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 541 hits
Penjagaan emosi dan fizikal yang baik selepas bersalin amat penting kerana fasa tersebut memberi kesan mendalam kepada ibu yang baru melahirkan Gangguan mental setelah bersalin boleh mendatangkan mudarat kepada ibu anak dan keluarga Seorang...
Kaedah Penting Ibadah Paling Afdal Itu Dilihat Dari Waktu Dan Tugas

Kaedah Penting Ibadah Paling Afdal Itu Dilihat Dari Waktu Dan Tugas

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 323 hits
Ini kaedah penting yang akan membantu kita dalam memprioritaskan amalan Kaedah ini adalah faedah dari Ibnul Qayyim rahimahullah
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal