Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang


Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang

Selama aku hidup di atas muka bumi Tuhan banyak sangat kesilapan yang aku buat. Terpaling banyak bila melibatkan keputusan yang aku ambil berdasarkan apa orang fikir. Bila usia dah start menginjak senja baru aku dapat kesedaran yang hidup aku sepatutnya aku yang tentukan.

Aku tak pastilah siapa yang mulakan budaya ikut-ikutan ni. Tak, aku tak salahkan cuma kalau masih ada lagi amalkan budaya ikutan ni elok hentikanlah. Kesan buruk dia akan dirasai dalam jangka masa panjang. This is serious talk!

Dari zaman kita kecil sampai lah sekarang, masih ada lagi orang yang suka buat orang lain sebagai rujukan, pendek kata idola. Siap pakej buat perbandingan. Lagi teruk situasi ibu bapa yang paksa anak tiru sebijik-sebijik laluan hidup orang yang kita sangka berjaya dalam hidup dia.

“kau cuba tengok anak Pak xx tu, ada kereta besar, pakai baju cantik, setiap minggu bawa mak ayah dia berjalan..”

“Kau pula asyik la menghadap laptop, entah apa kau buat dalam bilik tu”

Itu Contoh.






Buat Untuk Diri Sendiri Bukan Apa Yang Orang Kata

Berdasarkan apa yang yang jadi dalam hidup aku sekarang ini, perkara paling banyak memberi pengaruh terhadap diri aku adalah rancangan dekat TV, drama, novel dan movie yang aku tonton dari kecil. Seingat aku, mak dan arwah abah tak pernah paksa apa aku kena buat bila dah besar. Cuma mereka sering ingatkan je jangan jadi manusia tak berguna dan bebas masalah.

Maka hiduplah aku dalam dunia dongeng ciptaan manusia sendiri. Aku pula dalam minda bawah sedar percaya apa yang berlaku dalam drama / novel adalah sama dengan di dunia yang kita hidup. Which is sebenarnya sangat berbeza.

Jarang sangat orang Melayu sarapan minum jus Oren macam adegan orang kaya dalam drama.



Takut Orang Kutuk

Oleh sebab aku sangka yang hidup dekat luar sama macam dalam drama jadi aku pun cuba hidup berdasarkan apa yang drama selalu tonjolkan. Hidup mewah, syarikat kaya tak pernah rugi, sekali buat salah selamanya salah contoh cerita bekas penagih dadah dan banyak lagi teori salah.

Hasil dia yang aku nampak dekat diri ialah setiap keputusan yang aku ambil dalam hidup aku kena rujuk ‘gambaran kehidupan’ yang manusia ciptakan. Dunia fantasi yang serba indah yang katanya langsung tiada kecacatan.

Risau kalau aku buat sesuatu orang lain tak suka, apa orang kata dan aku sendiri tak dapat yakinkan diri aku buat benda betul. Tragis hidup macam tu. Yang sepatutnya apa aku nak buat bukanlah berdasarkan apa orang kata, tapi sepatutnya apa aku rasa.

Kesalahan aku buat ialah, aku dahulukan fikiran orang lain berbanding pendapat aku sendiri. Mak abah dah hantar pergi sekolah tuntut ilmu supaya jadi panduan tapi tak guna. Aku harap kau orang jangan buat kesilapan yang sama.

Sekarang aku dah ada anak, aku cuba tak didik dan cuba ajar dia supaya jangan hidup berdasarkan apa orang fikir. Bukan kerja senang tapi cubalah kan? Tak kan nak ulang kesalahan apa aku buat dari kecil. Aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri sebab kelemahan aku.

Tuhan dah bagi sektul otak, hati, dan tubuh badan sempurna. Tak kan aku nak merungut lagi.






Hidup Bebas Sekejap Tanpa Gadjet

Apa aku buat untuk kurangkan masa fikirkan apa orang kata ialah aku lebihkan masa untuk diri sendiri. Punca utama aku mula sibuk tentang apa orang fikir ialah melalui gadjet. Berapa banyak masa aku habis dekat media sosial, e-mel, whatsapp group, TikTok, Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Aku cipta “me-time” untuk diri sendiri. Me- time ni sepatutnya jadi masa kita berehat dan muhasabah diri. Bukan me time sambil scroll handphone.

“Kalau masih nak libatkan diri dengan alam maya (media sosial), kita bukannya luangkan masa untuk tengok kehidupan orang lain” – Buku I’m Worth It (SisYouJae)

Dah namanya pun tengok kehidupan orang lain, mula lah masalah ikut cara orang sehingga membandingkan diri sendiri akan timbul. End up lebih teruk kita rasa tak bersyukur dengan apa kita ada.

Kesimpulan

Never too late to start again

Bagi aku tak pernah ada perkataan terlewat selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa. Ya, kita setiap hari buat kesalahan, ada kelemahan. Itu kita tak boleh lari. Tapi kita manusia biasa, kita ambil iktibar apa yang terjadi dan tebus menjadi lebih baik untuk hari seterusnya.

Mentor aku pernah pesan, sedangkan pelacur pun Allah hadiahkan syurga sebab dia beri anjing minum air. Tapi itulah, masuk ke syurga pun selepas dia bertaubat dan beramal ibadah. Kesimpulannya sejahat mana kita, seteruk mana kita sekarang kembalilah kepada asal tujuan hidup kita.

Hidup ni bukan nak puaskan hati orang tapi nak selesaikan tanggungjawab kita terhadap Pencipta. Sekian dulu untuk peringatan hari ini. Apa yang aku kongsi tak lain tak bukan mengingatkan diri sendiri yang selalu leka. Moga kita sama-sama dapat manfaat.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/03/hidup-jangan-asyik-dengar-kata-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Kena Kata Tak Pandai Jaga Anak Ibu Jangan Tertekan Elak Dengar Apa Orang Kata

Asyik Kena Kata Tak Pandai Jaga Anak Ibu Jangan Tertekan Elak Dengar Apa Orang Kata

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 375 hits
Mendidik anak kecil bukanlah satu tanggungjawab yang mudah Ada kalanya kita rasa sudah cukup sempurna mendidik dengan cara kita sendiri Namun orang luar yang memandang sebaliknya cuba mengkritik cara didikan kita Jangan tertekan atau down d...
Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 216 hits
March 8 2021 Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri lupa daratan dan lupa akar perjuangan kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengu...
Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 613 hits
IPOH Para isteri diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga dan tidak membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan sehingga membawa kemudaratan kesihatan dari segi fizikal dan mental ...
6 Mitos Saat Memulai Bisnis Please Jangan Mudah Percaya Kalau Baru Dengar Dari Katanya

6 Mitos Saat Memulai Bisnis Please Jangan Mudah Percaya Kalau Baru Dengar Dari Katanya

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 224 hits
Katanya jadi pengusaha itu enak bisa atur jam sendiri dan bisa dapat keuntungan banyak Hmm apa lagi ya
Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 296 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Umno tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PPBM selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon Umno pada pilihan raya umum ke 15 kata Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menega...
Kerjasama Mesti Berasaskan Keikhlasan Jangan Telunjuk Lurus Kelingking Berkait Kata Saarani

Kerjasama Mesti Berasaskan Keikhlasan Jangan Telunjuk Lurus Kelingking Berkait Kata Saarani

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 195 hits
LUMUT Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad berkata tindakan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya umum ke 15 dan bersama Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan kerana tiada keikhlasan antara kedua dua parti Kat...
Dengar Boleh Percaya Jangan Ni Pun Kaki Putar Dalam Pas

Dengar Boleh Percaya Jangan Ni Pun Kaki Putar Dalam Pas

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 215 hits
Panas Takiyuddin beri gambaran ramai lagi wakil rakyat akan sertai PNMarch 1 2021 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan memberi gambaran akan ada lagi wakil rakyat bakal menyertai Perikatan Nasional Dalam ciapan di lama...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint