Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina



IPOH: Para isteri diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga dan tidak membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan sehingga membawa kemudaratan kesihatan dari segi fizikal dan mental.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun berkata, golongan itu seharusnya perlu sentiasa sedar dan sensitif dengan perubahan pada sikap suami dan tidak hanya berdiam diri sahaja sepanjang masa.
“Apabila sudah berkahwin, jika ada perubahan suami, (sekiranya berlaku keganasan rumah tangga) perlulah mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Jangan rasa takut atau malu.
“Ini yang kita ingin buang stigma rasa malu dan segan sebab kita menyediakan pelbagai platform (untuk membantu golongan wanita teraniaya) dan amatlah malang jika ia tidak dapat digunakan dengan sebaiknya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian keganasan rumah tangga sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Terdahulu, Rina merasmikan Program Jelajah Peduli Keluarga peringkat negeri Perak di sini yang turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Dr Wan Norashikin Wan Noordin hari ini.

Mengulas lanjut, Rina berkata keganasan rumah tangga sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya suami mengalami tekanan emosi atau mempunyai masalah kewangan kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
Sementara itu, Rina berkata dua kajian kesejahteraan diri sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 dalam kalangan keluarga komuniti, telah mencetuskan program intervensi kepedulian keluarga yang dikenali Jelajah Peduli Keluarga.
Jelasnya, kajian pertama dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) selain Kajian Impak Covid-19 ke atas keluarga berpendapatan rendah di bandar oleh Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).
Beliau berkata justeru, Jelajah Peduli Keluarga itu bertujuan mendekati ahli keluarga yang mudah terkesan bagi memberi khidmat sokongan dan membantu meningkatkan daya tahan keluarga dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
Katanya, berdasarkan kajian pertama, 43.9% responden menyatakan mengalami tekanan kewangan dan 32.2% berhadapan konflik keluarga terutama bagi komuniti kediaman rumah pangsa manakala kajian kedua pula mendapati 30% responden isi rumah sukar mendapat akses khidmat kesihatan.
“Justeru, aksesibiliti (kebolehcapaian) kepada khidmat sokongan keluarga terhadap ahli masyarakat terutama kumpulan sasar terjejas perlu dipertingkatkan.
“Oleh yang demikian, tujuan utama Jelajah Peduli Keluarga adalah untuk menyokong dan melindungi kebajikan rakyat serta membantu ahli keluarga untuk pulih dan terus kekal sejahtera semasa dan selepas PKP selain sebagai satu platform untuk pemimpin turun padang bertemu rakyat,” katanya.

The post Jangan biarkan diri jadi mangsa keganasan rumah tangga, kata Rina appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/14/jangan-biarkan-diri-jadi-mangsa-keganasan-rumah-tangga-kata-rina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Kelas Karate Abai Hakikat Sebenar Keganasan Rumah Tangga

Cadangan Kelas Karate Abai Hakikat Sebenar Keganasan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 648 hits
Cadangan Wanita MCA untuk mengadakan sebagai antara langkah menangani keganasan rumah tangga mencetuskan kritikan pertubuhan wanita dan ahli politik Mereka membangkitkan perbezaan antara mempalajari seni mempertahankan diri dengan mempertah...
Berterima Kasihlah Pada Pasangan Jangan Ego Berkat Ikhlas Rumah Tangga Makin Bahagia

Berterima Kasihlah Pada Pasangan Jangan Ego Berkat Ikhlas Rumah Tangga Makin Bahagia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 334 hits
Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia Belajar mengha...
Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 354 hits
Secara normalnya gigi pertama bayi akan mula tumbuh ketika usianya masuk 6 bulan Gigi pertama biasanya akan tumbuh di tengah bahagian bawah gigi lain akan tumbuh mengikut perkembangan usia mereka Tapi macam mana pula kalau dah masuk 9 bulan...
Hiburan Tak Mahu Jadi Mayat Hidup Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

Hiburan Tak Mahu Jadi Mayat Hidup Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 354 hits
Belum menemui titik noktah kontroversi membabitkan rumah tangga antara penyanyi rap Aman Ra dan isterinya Natiqah Rahmat nampaknya semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjang dipercayai status terkini mengenai kes y...
Chef Wan Berang Difitnah Komen Rumah Tangga Najib

Chef Wan Berang Difitnah Komen Rumah Tangga Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 334 hits
MALAYSIAKINI Chef selebriti Redzuawan Ismail atau Chef Wan nampaknya naik angin selepas dia dituduh bersuara dalam hal rumah tangga bekas perdana menteri Najib Razak Kata Chef Wan dia tidak pernah menyentuh atau bersuara berkenaan hal perib...
Banggalah Pegang Status Suri Rumah Jangan Malu Tiada Gaji Anda Pun Ibu Hebat

Banggalah Pegang Status Suri Rumah Jangan Malu Tiada Gaji Anda Pun Ibu Hebat

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 283 hits
Bila orang tanya kerja apa dan kita jawab suri rumah automatik orang pandang rendah Bagi pandangan sesetengah masyarakat wanita yang bekerjaya adalah wanita yang mencari rezeki dengan pergi ke pejabat berpakaian seperti seorang eksekutif ke...
Suspek Hina Agama Hasut Murtadkan Wanita Islam Serah Diri Kata Polis

Suspek Hina Agama Hasut Murtadkan Wanita Islam Serah Diri Kata Polis

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 266 hits
Suspek hina agama hasut murtadkan wanita Islam serah diri kata polis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Mar 20
Menangis Simpan Dalam Hati Buat Ibu Makin Sakit Jangan Paksa Diri Kita Bukan Superwomen

Menangis Simpan Dalam Hati Buat Ibu Makin Sakit Jangan Paksa Diri Kita Bukan Superwomen

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 425 hits
Ibu adalah kekuatan kepada anak anaknya Maka disebabkan itulah seorang ibu harus kuat tubuh badan mental dan emosinya demi membesar dan menjaga amanah Allah ini Jika ibu lemah keseluruhan isi rumah lebih lebih lagi anak anak akan turut menj...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Tanda Parental Burnout Ibu Ayah Pun Perlukan Rehat

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Dia Ada Taste La Ros Bp Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa Teman Lelaki

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tiada Masalah Mamat Sepah Minta Maaf Ke Syamsul Debat Popular Pula Kita Hari Ini

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

When Dance Turned Deadly The 1518 Dancing Plague Of Strasbourg

Suria Klcc The Golden Ticket Kembali Dengan Baucar Rm500 000 Untuk Dimenangi