Hb Low Boleh Bahayakan Ibu Bayi Dalam Kandungan Sebab Tu Nurse Selalu Bising


“Alahai, ‘merah’ lagi Hb aku bulan ni. Habislah nanti nurse tanya macam-macam. Apa bahaya Hb rendah ni sebenarnya?”
Bagi ibu-ibu mengandung, istilah ‘Hb low’ atau ‘Hb rendah’ adalah antara aduan yang paling kerap didengari. Adakah anda faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Hb rendah’ dan mengapa anda amat disarankan agar menjaga bacaan tersebut setiap kali temujanji?

Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.
8 BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI
Berikut adalah antara risiko apabila seseorang mengalami kekurangan Hemoglobin dalam darah.
1. Letih & Lesu
Pertama sekali, anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus.
Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.
2. Keguguran
Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.
3. Tumpah Darah Ketika Bersalin
Apabila bacaan Hb anda tidak menunjukkan kemajuan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah.
Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.

4. Tumbesaran Bayi Terbantut
Menurut laman kesihatan Web MD, bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.
5. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)
Selain itu, bahaya kurang Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal.
Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.
6. Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.
7. Postpartum Depression
Dalam sebuah jurnal kesihatan, kajian oleh Intercollege Physiology Program and the School of Nursing mendapati bahawa wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.
8. Kematian Ibu
Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.
CARA MENINGKATKAN HB KETIKA HAMIL
Untuk mengurangkan risiko di atas, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bacaan Hb.
1. Memakan Makanan Kaya Zat Besi
Antara sumber makanan kaya zat besi yang baik terdiri daripada beberapa kumpulan makanan berikut:
Sumber haiwan
daging,hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, ikan bilis
Sumber sayuran
pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan setiap hari.
2. Mengambil Pil Hematinik / Suplemen Yang Dipreskripsikan Oleh Doktor
Sekiranya anda didiagnos dengan masalah Hb rendah ketika hamil, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini. Di klinik kesihatan kerajaan, selalunya pil hematinik akan diberikan, di mana ia terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
Pil zat besi Pil asid folik Pil vitamin C Pil vitamin B kompleks Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
3. Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi
Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.
Selain makanan berkafein, susu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh, seperti yang dilaporkan oleh LiveStrong dan juga Buku Kesihatan Ibu Mengandung KKM. Sungguhpun ia merupakan sumber kalsium, tapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.
4. Lebihkan Makanan Yang Membantu Penyerapan Zat Besi
Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya.
5. Mematuhi Rutin Temujanji Kehamilan Setiap Bulan
Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau dengan kerap. Jika anda tergolong dalam kes anemia atau Hb rendah semasa hamil, biasanya anda perlu datang ke klinik lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu.
APAPUN, JANGAN TERLALU RISAU
Untuk makluman anda, kira-kira 1 daripada 5 kehamilan adalah berisiko mengalami anemia. Namun ia tidaklah bermakna anda akan menghadapi semua komplikasi yang dinyatakan di atas.
Dengan pantauan doktor dan langkah keselamatan yang diambil sejak awal, tidak mustahil anda boleh melahirkan bayi secara normal. Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal serta mental dengan baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Yang penting, jangan terlalu stres ya!

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/


Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “HB Low” Boleh Bahayakan Ibu & Bayi Dalam Kandungan, Sebab Tu ‘Nurse’ Selalu Bising! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/hb-low-boleh-bahayakan-ibu-bayi-dalam-kandungan-sebab-tu-nurse-selalu-bising/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengandung Rapat Rapat Ibu Hamil Mungkin Anemia Bayi Boleh Lahir Pra Matang

Mengandung Rapat Rapat Ibu Hamil Mungkin Anemia Bayi Boleh Lahir Pra Matang

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 167 hits
Ketika hamil banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu Salah satunya adalah anemia Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin Di dalam perkongsiannya di laman Facebo...
Hiburan Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus Tersumbat Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma

Hiburan Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus Tersumbat Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 173 hits
Baru baru ini seorang doktor di TikTok berkongsikan kisah seorang bayi berumur 38 hari mengalami bengkak usus selepas mendapati usus besarnya tersumbat dan disebabkan itu bayi berkenaan perlu menjalani pembedahan dengan segera Menurut dari ...
Andai Tak Boleh Teruskan Saya Reda Rebecca Akur Kalau Kandungan Perlu Digugurkan

Andai Tak Boleh Teruskan Saya Reda Rebecca Akur Kalau Kandungan Perlu Digugurkan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 135 hits
Baru saja mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya yang sudah memasuki usia dua bulan ternyata ada khabar duka yang datang bersama buat pelakon dan usahawan Datin Rebeca Nur Al Islam Jelas Rebecca berkemungkinan dia tidak dapat mene...
Guna 1 Adunan Boleh Buat 2 Perisa Biskut Susu Cair Di Mulut Untuk Bayi 7 Bulan

Guna 1 Adunan Boleh Buat 2 Perisa Biskut Susu Cair Di Mulut Untuk Bayi 7 Bulan

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 167 hits
Rasa biskut memang sedap Malah pada masa kini biskut ditawarkan dalam pelbagai jenis perisa warna dan tekstur Ia boleh dijadikan snek ketika minum petang atau sebagai kudapan ketika berasa lapar Bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlukan...
Boleh Ke Menyusu Anak Kalau Si Ibu Sedang Sakit Risau Anak Terkena Jangkitan

Boleh Ke Menyusu Anak Kalau Si Ibu Sedang Sakit Risau Anak Terkena Jangkitan

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 173 hits
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan Namun yang demikian percaya atau tidak menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda bahkan boleh jadi bermanfaat ke...
Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi Rugi Kalau Tak Cuba

Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi Rugi Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 240 hits
Akhir akhir ni banyak tengok menu baby yang orang share guna singo pear Apa benda singo pear ni sebenarnya Bagus ke buah ni Mungkin ramai yang kenal dengan buah lai Tapi tak ramai yang kenal dengan Singo Pear yang juga dikenali sebagai Gold...
Ibu Ini Kongsi Ayat Ajaib Boleh Tenangkan Anak Sedang Mengamuk Ulang Je Ayat Ini Kalau Anak Mengamuk

Ibu Ini Kongsi Ayat Ajaib Boleh Tenangkan Anak Sedang Mengamuk Ulang Je Ayat Ini Kalau Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 290 hits
Bila sebut tentang kanak kanak memang menjadi lumrah mereka suka merajuk marah dan mengamuk tak tentu pasal Kadang kadang hal tersebut kita rasakan terlalu simple untuk membuatkan anak marah tapi begitulah kanak kanak Sukar untuk memahami p...
Tak Boleh Cium Kena Minta Izin Untuk Pegang Bayi Antara Sop Majlis Aqiqah Anak Mira Filzah

Tak Boleh Cium Kena Minta Izin Untuk Pegang Bayi Antara Sop Majlis Aqiqah Anak Mira Filzah

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 259 hits
Beberapa hari lepas selebriti terkenal Mira Filzah mengadakan majlis aqiqah secara tertutup dan sederhana buat cahaya mata sulungnya Wan Khair Amir yang kini berusia 5 bulan Namun yang menarik perhatian ramai sekeping gambar menunjukan stan...
Doktor Kongsi Kenapa Ada Sesetengah Ibu Perlu Ikat Saluran Peranakan

Doktor Kongsi Kenapa Ada Sesetengah Ibu Perlu Ikat Saluran Peranakan

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 197 hits
Bilateral Tubal Ligation adalah prosedur ikat salur peranakan merupakan satu cara merancang yang kekal bermaksud wanita tidak akan dapat mengandung lagi Ia boleh dilakukan secara 1 laparotomy open surgery bukaan kecil pada abdomen sekitar s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner