Indonesia Tempat Wisata Menarik Di Bandung


Tempat Wisata Menarik Di Bandung | Aku tahu ramai yang akan ke Bandung cuti sekolah bulan Disember nanti. Untuk memudahkan perjalanan, aku senaraikan beberapa tempat menarik untuk anda semua bincang bersama supir supaya teratur perjalanan. Bagi yang pergi dengan travel agency anda lenggang kangkung je lah

Ada tempat jauhnya hanya 7-12km dari pusat kota tapi nak keluar dari kesesakan kota tu yang banyak buang masa. Tempat yang agak jauh macam Garut dan Pengalengan tu mungkin lebih sesuai bermalam saja di sana ambik suasano

Di Bandung makanan halal tak susah. Untuk makan di tepi jalan pun okay je cuma perhatikan kebersihan air basuhan. Semasa ke sana hari tu aku sentiasa minta teh panas, hanya hari terakhir baru minum minuman berais. Kite takut sakit perut nanti spoil semua acara

Ada orang pecutiannya jenis santai, aku jenis suka berjalan sampai puas dan penat. Kalau muzium aku suka jenis bertema dan akan meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam di dalamnya

Di bawah ini aku senaraikan tempat-tempat yang boleh kunjungi bila di Bandung. Semoga bermanfaat

Kota Bandung1. Jl Braga - banyak restoran. Happening memalam.
Jl Braga. Banyak lukisan dijual di sini. Kafe pun menarik.
2. Jl Asia Afrika - bergambar di Gedung Merdeka. Memalam ada orang pakai kostum tertentu di sini. Nak bergambar bersama hulurlah duit sikit

2. Rumah Mode - pakaian moden. Badan saiz standard antarabangsa senanglah cari baju

3. Cibaduyut - pusat barangan kulit asli. Beg tangan cantik dan sangat banyak warna pilihan. Rambang mata weh

4. Jl Cihampelas atau Ciwalk. Dikenali sebagai "Jeans Street" kerana barisan kedai seluar jeansnya

5. Saung Angklung Udjo- persembahan angklung yang interaktif. Waktu persembahan jam 10 pagi/1 petang/3.30 petang. Sabtu dan Ahad tutup

6. Masjid Raya Bandung
8 Alun alun Bandung - depan masjid raya Bandung. Tempat beriadah

7. Masjid Al Jabbar. Jl. Cimincrang No.14, Cimenerang, Kec. Gedebage, Kota Bandung, 16.3 km dari Stasiun Kereta Api bandung. Digelar juga sebagai masjid terapung

8. Pasar kaget Gasibu di Gedung Sate. Hari minggu sahaja

9. City tour naik beca. Kalau kau obes bayar lebih weh kesian pakcik tu 😄
10. Kedai buku bekas (preloved) - mana tau ada yang minat kan... Pasar Buku Palasari - antara yang terbesarPasar Buku Cikapundung - buku langkaToko Buku Geboy - kepada yang nak cari buku akademikToko Buku Djawa - buku sastera klasik dan sejarah. Toko ini dikatakan banyak koleksi menarik termasuk yang tidak dicetak lagi


Lembang di utara BandungLembang best, sejuk je

1. Dago Dream Park. Wisata alam hutan pinus. Boleh bergambar, boleh juga main paitball dan ATV

2. Bird Pavilion at Pramestha
3. Noah Park - boleh main go-kart, luge kart, ATV dan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Sesuai untuk belia

4. The Lodge Maribaya + Fairy garden - tempat bergambar

5. Floating Market Lembang
6. Gunung Tangkuban Parahu
7. Dusun Bambu
8 Lembang Park & Zoo
9. Farmhouse Lembang. Instagram worthy, ada kambing dan arnab sesuai juga bawa kanak-kanak

10. Great Asia Afrika - replika bangunan terkenal
11.Orchid Forest Cikole- Ada flying fox, Noah Ark luge park
12. Lorong Lumut- jalan ke 'Avatar'. Pakai baju warna contrast baru aummm gambarnya
13. Asstro Highland Ciater. Asstro Highland yang pada awalnya fokus di restoran, kini jadi semakin lengkap dengan glamping

14. Lugs Gravity Lembang. Menawarkan konsep sport gravity atau olahraga berbasis graviti, kenderaan yang telah dimodifikasi di Lug's Gravity bergerak tanpa mesin di trek sepanjang 750 meter. Kanak-kanak yang berusia kurang dari lapan tahun wajib naik dengan dewasa


Ciwidey di selatan Bandung:1. Kawah Putih
2. Kawah Rengganis - Keranjang Sultan (naik chairlift), jambatan gantung 370m

Jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara ada di Kawah Rengganis, Ciwidey.
Di kebun teh di Ciwidey bersama rakan tak sebaya 😃
3. Glamping Lakeside - dari sini boleh nampak tasik Situ Patenggang
4. Air Panas Ciwalini Ciwidey. Berada di bawah kaki Gunung Patuha, Air Panas Ciwalini Ciwidey memiliki ketinggian sekitar 2.400 mdpl menyebabkan suhu udara terasa dingin. Sepanjang perjalanan dari arah Soreang kelihatan pemandangan alam yang masih asli dan hijau


Garut1. Ada mata air panas dan resort di Cipanas

2. Pekan Sukaregang pula ialah pusat penjualan barangan kulit yang agak besar. Produk akhir yang didagangkan di Bandung kebanyakannya datang dari sini

3. Boleh mendaki Gunung Papandayan yang sesuai untuk pendaki amatur. Kalau teringin tengok dan dengar bunyi lohong gunung berapi dakilah gunung ni. Bunyinya sama seperti di Kawah Bromo. Seram uii


Pengalengan 1. Terkenal dengan aktiviti rafting. Ada resort sebelah sungai dan peserta rafting lalu di hadapan bilik. Menarik betul

2. Wayang Windu - Kebun teh diantara dua gunung berapi kembar iaitu Gunung Wayang dan Gunung Windu yang hanya 40 km dari kota Bandung. Cantik pemandangan dari kafe tengah kebun tu

3. Rumah Pengabdi Setan. Rumah yang menjadi lokasi penggambaran film seram tersebut. Rumah tua bergaya Eropah ini dulunya adalah rumah dinas pengawas perkebunan teh dan kini menjadi objek wisata populer yang buka 24 jam

4. Camping di Taman Langit Pengalengan

Apa yang boleh dibeli di Bandung?Selain key-chain, beg batik dan t-shirt, barangan berikut juga sesuai dibeli sebagai buah tangan:
1. Telekung bersulam. Telekung travel pun banyak tapi kali ni banyak jenis licin

2. Kek Kartika Sari. Coklat dan biskut pun ada

3. Kerepek-kerepek yang tiada di tempat sendiri. Ada satu kedai kerepek goreng panas panas di Jl Suniaraja tak jauh dari Pasar Baru Bandung. Dulu terjumpa kedai ni masa aku jalan pepagi dari hotel di Jl Belakang Pasar. Ingat lagi masa aku terjenguk-jenguk si tukang goreng terus cakap, "beli kak, halal". Lima kali ulang pulak tu padahal aku tak tanya pun.. mesti selalu dapat pertanyaan orang Malaysia 😄

4. Perfume. Ada banyak jenama lokal seperti Alchemist, HMNS, Multitude dan Ataraksia. Tertinggal baunya kat tangga dan pantry office. Kami balik dari bercuti wangi office weh 😄

5. Outdoor gear jenama Eiger, Consina, Arei Outdoorgear, Claw dan Antarestar

6. Pakaian renang muslimah. Kalau setakat setahun dua kali masuk kolam renang beli yang murah di Bandung sudahlah

7. Kain lace

8. Sudah pastinya kain dan kemeja batik.

Chilli oil tu sedap. Walaupun tertulis pedas tapi tak pedas pun. Biskut yang bulat leper lagi nipis beli di Kartika Sari pun sedap. 

Selamat bercuti!!

© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/11/indonesia-tempat-wisata-menarik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marrakech 5 Tempat Paling Indah Menarik Untuk Dilawati

Marrakech 5 Tempat Paling Indah Menarik Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 195 hits
Nama Marrakech sering mengundang bayangan souq yang bersimpang siur aroma rempah yang memanaskan deria dan gema azan yang bergema di langit senja Namun di sebalik hiruk pikuk itu kota purba ini mengajak kita berfikir dan mengenal makna diri...
Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre

Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 272 hits
5H 4M Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre Hallu aku ke Bandung lagi yah Ya Allah rindu menggebu gebu mau ke sini lagi Kali terakhir ke Bandung tahun 2019 sebelum covid 19 yang aku jumpa Bapak Bambang Hidayat tu Siapa yang baca ...
Tempat Shooting Qalbi Fil Madinah Masjid Nabawi Dan Kedai 1 Riyal Yang Viral Di Madinah

Tempat Shooting Qalbi Fil Madinah Masjid Nabawi Dan Kedai 1 Riyal Yang Viral Di Madinah

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 210 hits
Assalammualaikum Dunia Jom sambung citer pergi meneroka kawasan sekitar Masjid Nabawi Seperti mana yang kengkawan maklum Masjid Nabawi mempunyai banyak pintu oleh itu kalau korang sesat pun korang boleh jew masuk balik ke Masjid Nabawi mela...
Refleksi Jiwa Cukuplah Allah Menjadi Tempat Bercerita

Refleksi Jiwa Cukuplah Allah Menjadi Tempat Bercerita

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 163 hits
Refleksi Jiwa Cukuplah Allah Menjadi Tempat Bercerita JMBELOG Catatan Tenang Tentang Kebergantungan dan Kesunyian Ada waktu waktu tertentu kita terasa ingin meluahkan segalanya Ingin bercerita tentang apa yang menyesakkan dada tentang letih...
Bikin Kalap Ini Lho Tempat Belanja Murah Di Taipei Di Kalangan Turis

Bikin Kalap Ini Lho Tempat Belanja Murah Di Taipei Di Kalangan Turis

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 185 hits
Jalan jalan ke Taiwan rasanya nggak lengkap kalau kamu nggak mampir ke tempat belanja murah di Taipei ini Semuanya dijamin bikin kalap dompet kamu
Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 238 hits
Kalau korang tengah cari tempat makan best di Perlis ini antara spot yang korang wajib singgah Warung Teratak Bonda terletak di Arau betul betul bersebelahan sawah padi Vibe kampung yang mendamaikan memang buat ramai pengunjung jatuh cinta ...
Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 297 hits
Jika kamu perhatiin akhir akhir ini Indonesia makin sering dilirik investor dari luar Bukan cuma karena pasar Indonesianya saja yang besar tapi juga karena ekonomi kita saat ini mulai dianggap kuat dan memberi peluang yang besar mendapatkan...
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 202 hits
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri Seorang lelaki di Jepun dilaporkan sanggup membayar sewa rumah kosong selama 26 tahun rumah yang menjadi lokasi isterinya dibunuh Difahamkan hal ini dilakuk...
Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyembunyikan Ilmu Adalah Berdosa

How 2025 S Outdoor Gear Innovations Are Changing The Game For Wilderness Survival

Kenapa Ada Orang Susah Nak Move On Walaupun Katanya Dah Maafkan

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research