Mengandung Rapat Rapat Ibu Hamil Mungkin Anemia Bayi Boleh Lahir Pra Matang


Ketika hamil, banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu. Salah satunya adalah anemia. Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin.
 
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang anemia. Biarpun perkongsian ini di buat sekitar tahun 2020, ia masih berguna sebagai rujukan para ibu.
Sumber foto: www.freepik.com BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL Anemia adalah masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Kekurangan hemoglobin bawah paras normal menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan penghidapnya berasa lemah.
Wanita, kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik berisiko tinggi mendapat anemia. Masalah kekurangan darah ini juga boleh diwarisi dan bayi mungkin mendapatnya ketika dilahirkan. Warga emas juga berisiko tinggi mendapat anemia kerana kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan. Malah, wanita dalam tempoh subur juga terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi disebabkan kehilangan darah akibat haid, selain peningkatan permintaan bekalan darah ketika mengandung.
Bagi kebanyakan wanita mengandung pula, mereka akan rasa mudah letih, berasa tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Keadaan ini memang nampak normal ketika ini hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka menganggap ia mungkin kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Artikel Menarik:  [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Sumber foto: www.freepik.com Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila anda mengalami anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya mengalami anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan badan seseorang itu. Ini kerana apabila usia kandungan semakin meningkat, isi padu darah juga bertambah dan ia menyebabkan pencairan darah berlaku.
Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]
Walaupun sel darah merah makin bertambah, penghasilan plasma darah juga bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap kepekatan hemoglobin (g/dl) kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
Kira-kira 75 peratus wanita hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah. Wanita hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Mereka disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian.
Sumber foto: www.freepik.com Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas. Selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.
Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka mereka disarankan mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin.
Tahap hemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut. Hemolisis adalah keadaan apabila kemusnahan sel darah merah disebabkan kecederaan pada membran sel.
Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran. Wanita mengandung disarankan supaya menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
JENIS ANEMIA KETIKA HAMIL Masalah anemia ketika hamil boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Anemia akibat kekurangan zat besi
Ia berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi secukupnya untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan badan. Jadi, darah tidak dapat membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Ini masalah anemia yang paling lazim dalam kalangan wanita hamil.
2. Anemia akibat kekurangan folat
Folat adalah vitamin yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Ia sejenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah. Ketika hamil, wanita memerlukan lebih folat, tetapi kadang kala ia tidak dapat dibekalkan melalui pemakanan. Apabila ini berlaku, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu badan.
Jadi inilah sebabnya wanita hamil diberikan suplemen asid folik. Kekurangan folat boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.
3. Anemia akibat kekurangan vitamin B12
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanannya, badannya tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang sihat dalam kuantiti diperlukan.
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
GOLONGAN BERISIKO TINGGI Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi dalam keadaan seperti berikut:
1. Kehamilan kembar
2. Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah rapat
3. Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
4. Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
5. Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
6. Pernah alami anemia sebelum hamil
GEJALA DAN KESAN ANEMIA TERHADAP KEHAMILAN 1. Pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju
2. Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
PENCEGAHAN DAN RAWATAN 1. Tingkat pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, tomato, tembikai, labu, bijan, tauhu, lada benggala, kiwi dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis
2. Ambil roti dan bijirin diperkaya zat besi, asid folik
3. Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
#HealthDrZubaidi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

The post Mengandung Rapat-Rapat, Ibu Hamil Mungkin Anemia. Bayi Boleh Lahir Pra Matang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/mengandung-rapat-rapat-ibu-hamil-mungkin-anemia-bayi-boleh-lahir-pra-matang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 9 Jenis Sayur Elok Ibu Hamil Amalkan Bagus Untuk Otak Perkembangan Bayi

Ini 9 Jenis Sayur Elok Ibu Hamil Amalkan Bagus Untuk Otak Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 188 hits
Kehamilan adalah fasa yang sangat penting untuk ibu dan bayi Ini kerana dalam tempoh ini perkembangan bayi sedang membesar dengan sangat cepat Jadi apa yang ibu makan akan mempengaruhi bayi dalam kandungan Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu ...
Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 196 hits
Haiii lamanya tak update blog i huhuu i baru je habis pantang lepas bersalin baby boy keempat lahir pulak masa tengah PKP hari tuu seksaaa i ingat nanti nak share pengalaman bersalin baby A kat uols tapi nanti laa bile ade free time sebab s...
Ibu Halal Segalanya Tarik Ibu Abi Ke Syurga Reda Anak Pergi 2 Hari Lepas Lahir

Ibu Halal Segalanya Tarik Ibu Abi Ke Syurga Reda Anak Pergi 2 Hari Lepas Lahir

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 159 hits
Bagi seorang wanita melahirkan anak adalah pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila bila Ia antara sakit yang cukup memeritkan tetapi akan rasa nikmatnya bila melihat bayi depan mata Cuma bagi ibu yang diuji kehilangan anak selepas me...
Penting Suntikan Vitamin K Untuk Bayi Baru Lahir Risiko Pendarahan Di Otak Jika Vitamin K Tak Mencukupi

Penting Suntikan Vitamin K Untuk Bayi Baru Lahir Risiko Pendarahan Di Otak Jika Vitamin K Tak Mencukupi

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 122 hits
Ada salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru Tanggapan ini salah sama sekali Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakka...
Macam Berukkk Gelagat Ibu Bapa Berebut Barangan Bayi Murah Di Ekspo Dikritik Netizen

Macam Berukkk Gelagat Ibu Bapa Berebut Barangan Bayi Murah Di Ekspo Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 208 hits
Tular di media sosial semalam apabila seorang individu memuat naik sebuah video memaparkan gelagat sekumpulan individu yang bersesak sesak dipercayai ingin membeli peralatan bayi yang dijual dengan harga murah Dalam video tersebut kelihatan...
Kena Ubah Tekstur Makanan Bayi Tak Boleh Selamanya Puri

Kena Ubah Tekstur Makanan Bayi Tak Boleh Selamanya Puri

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 204 hits
Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri dilecek atau makanan separa pepejal Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil Makanan jejari seperti biskut lembut dan...
Siap Stok Untuk Seminggu Ibu Kongsi Resepi Menu Bayi 10 Bulan Mudahnya Untuk Ibu Bekerja

Siap Stok Untuk Seminggu Ibu Kongsi Resepi Menu Bayi 10 Bulan Mudahnya Untuk Ibu Bekerja

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 209 hits
Walaupun bekerja ibu ibu tetap nak sediakan makanan yang terbaik terutama bagi bayi yang baru mula makan Sebaiknya makanan yang dimasak sendiri lebih terjamin kerana makanan untuk bayi tidak sama seperti makanan dewasa yang mempunyai garam ...
Isteri Senang Bersalin Sebab Saya Maafkan Dia Kongsi Tips Merendahkan Ibu Hamil Lelaki Ini Dikritik Netizen

Isteri Senang Bersalin Sebab Saya Maafkan Dia Kongsi Tips Merendahkan Ibu Hamil Lelaki Ini Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 377 hits
The ReporterFoto hiasan sahajaGara gara berkongsi petua ibu bersalin seorang lelaki dikritik netizen termasuk pakar perubatan yang mendakwa tips itu menyebabkan golongan ibu hamil kerap difitnah Tular di media sosial seorang lelaki berkata ...
Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi Rugi Kalau Tak Cuba

Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi Rugi Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 237 hits
Akhir akhir ni banyak tengok menu baby yang orang share guna singo pear Apa benda singo pear ni sebenarnya Bagus ke buah ni Mungkin ramai yang kenal dengan buah lai Tapi tak ramai yang kenal dengan Singo Pear yang juga dikenali sebagai Gold...
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Kek Batik Malt Coklat

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat