The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga



The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Kepada Ahli Keluarga 
عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW  bersabda: “Sedekah yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika seseorang itu masih berkecukupan (tidak berhajat kepada orang lain), dan mulakanlah dengan (menafkahkan kepada) orang yang berada di bawah tanggunganmu.” (HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim

2.  Sedekah yang terbaik ialah sedekah yang tidak membawa kepada kemudaratan diri atau tanggungan, sebaliknya dilakukan dengan kemampuan dan keikhlasan

3.  Keutamaan nafkah dan sedekah diberikan kepada ahli keluarga terlebih dahulu seperti isteri, anak dan ibu bapa sebelum bersedekah kepada orang luar

4.  Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. 
5.  Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab ke atas ahli keluarga. Firman Allah:
وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ
“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (Al Baqarah: 219)

Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan
6.  Hadis ini menekankan prinsip keseimbangan antara tanggungjawab keluarga dan kebajikan masyarakat. Sedekah yang paling afdhal ialah sedekah yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab, dalam keadaan mampu, serta dimulakan dengan ahli keluarga sendiri

Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui ada ahli keluarga kita yang ada masalah kewangan

Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah#BinaNegaraRahmah#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor#PalestinMerdeka
16hb Jamadil Awal 1447H07hb November 2025
--- #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #1hari1hadis #hadis10saat #thecoloursoflife #IniStyleKita #fyp ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2025/11/the-colours-of-life-perkongsian-1-hari_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 269 hits
Life Insurance Plan Malaysia What You Need to Know Before You Buy Choosing the right life insurance plan in Malaysia is one of the most important financial decisions you can make Whether you re protecting your family s future planning for r...
Benarkah Konvensyen Amanah Hari Ini Tegang

Benarkah Konvensyen Amanah Hari Ini Tegang

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 141 hits
Ambo dok terfikir sorang sorang apa yang dimaksudkan tegang panas atau seumpamanya dalam konvensyen Amanah Nasional pagi tadi Kekhilafan hanya berpunca apabila ada perwakilan yang tidak faham tentang agenda perbahasan usul Adalah menjadi am...
Kari Daging Peria Goreng Berlada Untuk Lunch Hari Ini

Kari Daging Peria Goreng Berlada Untuk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum wrt Lepas SA berurut tadi SA kena rehat dalam 1 jam sebelum buat kerja lain la takut sendi2 sakit balik kata tukang urut sementara tu SA dah rendam daging cincang dan daging pejal nak buat kari daging suami dah keluar pi bua...
Hari Pertama Belajar Taekwondo Tapi Gaya Pelajar Ni Buat Ramai Tak Tahan Ketawa

Hari Pertama Belajar Taekwondo Tapi Gaya Pelajar Ni Buat Ramai Tak Tahan Ketawa

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 161 hits
Hari Pertama Belajar Taekwondo Tapi Gaya Pelajar Ni Buat Ramai Tak Tahan Ketawa Seni pertahanan diri merupakan aktiviti yang melatih tubuh badan sambil membentuk disiplin diri Ia telah diamalkan sejak berabad abad lamanya dalam pelbagai bud...
4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 230 hits
Sehingga artikel ini mula ditulis tangan min masih terngiang ngiang kenangkan pernah pegang erat stereng Hyundai Tucson 2025 Hybrid 1 6T HEV yang min pandu uji selama 4 hari pada hujung minggu yang lepas Secara keseluruhannya min boleh labe...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraYayasan Raja Muda Selangor di bawah naungan diraja D Y T M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Raja Muda Selangor baru baru ini telah menganjurkan Hari Terbuka TVET YRMS Institut Lati...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 289 hits
NORLIA RAMLILokasi mayat lelaki berusia 34 tahun ditemui di Kampung Lubuk Kabu Kuala Pegang di Baling pagi tadi BALING Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada pokok semambu berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Kabu Kual...
Terdapat Potensi Kelemahan Dalam Dxy Hari Ini Isnin 10 November 2025

Terdapat Potensi Kelemahan Dalam Dxy Hari Ini Isnin 10 November 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 202 hits
USDX Isnin 07 November 2025 Walaupun RSI berada pada tahap Neutral Menaik tetapi dengan kedua dua EMA membentuk Silangan Mati USDX mempunyai potensi untuk melemah hari ini Tahap Utama 1 Rintangan 2 100 05 2 Rintangan 1 99 79 3 Titik Pangsi ...
Bagaimana Packaging Custom Meningkatkan Nilai Produk Anda Tanpa Sedar

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Kemenhaj Tunda Seleksi Ppih Kloter Dan Ppih Arab Saudi Di Provinsi Sumatera Utara Sumatera Barat Dan Aceh

Polis Nafi Salah Guna Kuasa Serbuan Spa Songsang Ikut Sop Semuanya Sah Kp Kl

Hiburan Dewan Rakyat Lulus Ruu Perkeso Lindung 24 7 Lepas Waktu Bekerja Pun Anda Dilindungi

Dapat Ole Ole Dari China

Drama Perempuan Tidak Ternikah

Bolehkah Senator Mengusulkan Untuk Menggantung Ahli Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembali Ke Nanjing Dengan Tren Cr C3602

Jbl Bandbox

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Jenis Susu Di Pasaran Mana Yang Sesuai Untuk Korang

Mengungkap Misteri Tersembunyi Di Bawah Gunung Padang