Doktor Kongsi Kenapa Ada Sesetengah Ibu Perlu Ikat Saluran Peranakan


Bilateral Tubal Ligation adalah prosedur ikat salur peranakan merupakan satu cara merancang yang kekal – bermaksud wanita tidak akan dapat mengandung lagi.
Ia boleh dilakukan secara :
1) laparotomy – open surgery, bukaan kecil pada abdomen sekitar sejengkal
2) laparoscopy – bukaan sekecil 1cm pada bahagian pusat dan satu lagi di bukaan kecil di bahagian tepi abdomen

Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah :
1) klip
2) potong dan ikat
3) bakar (cauter)
4) buang keseluruhan tiub
Keberkesanan kaedah BTL ialah sekitar 99.95%. Jika 1000 wanita menjalani prosedur BTL, dalam 10 tahun kemungkinan 2-5 akan mengandung. Jadi ianya amat berkesan sebagai satu kaedah perancangan keluarga.
Rata – rata doktor mencadangkan kaedah ini kerana ia mudah, murah, cepat, tidak perlu makan ubat setiap hari, tidak mengganggu kitaran haid dan hormon badan serta kekal seumur hidup (perlu ingat selagi belum menopause wanita masih boleh mengandung).
Jangan sangka sudah cecah usia 40 – an sudah tidak boleh mengandung. Saya pernah jumpa wanita mengandung pada usia 47 tahun !
Ramai wanita dan suami yang risau, kerana salah fahaman. Mereka bimbang ia akan menganggu kitaran haid wanita dan hubungan seksual suami isteri. Sebenarnya kedua perkara ini berkaitan dengan ovari yang mengeluarkan hormon wanita dan tiada kaitan lansung dengan salur peranakan. Jadi pasangan tidak perlu berasa bimbang.
BILATERAL TUBAL LIGATION (BTL) – IKAT SALUR PERANAKAN
” Puan, disebabkan ini bakal jadi kali ke – 3 kamu bersalin secara caesar, saya sarankan kita ikat sekali salur peranakan, supaya selepas ini tidak mengandung lagi. Risiko tinggi jika mengandung. ”
” Eh doktor. Tak tahu ke ikat salur peranakan ni HARAM ? Mengubah ciptaan tuhan tau. ”
” Jadi, kalau sengaja campakkan diri ke kebinasaan tak HARAM ke Puan (Quran, Al – Baqarah : 195) ? ”
Ini adalah dialog antara pesakit dan doktor yang mungkin berlaku kerana kesalah fahaman dan kurang pendedahan tentang hukum Islam yang fleksible.
Mengapa doktor mencadangkan ikat salur peranakan bagi ibu yang telah bersalin secara caesar lebih 3 kali ?
Ini kerana secara am nya, mana – mana ibu yang menjalani caesarean section bagi pertama kali sahaja sudah berisiko mendapat komplikasi berikut :
Komplikasi Serius
1) Pembedahan buang rahim disebabkan pendarahan melampau, 7 – 8 bagi setiap 1000
2) Keperluan pembedahan lain selepas caesar, contoh : cuci rahim, pembedahan mengeluarkan darah beku daripada caesar sebelum itu, 5 dalam setiap 1000
3) Keperluan pemerhatian di ICU (bagi kes berisiko tinggi dan terdapat komplikasi), 9 dalam 1000
4) Darah beku, boleh mengakibatkan kematian jika menyumbat salur darah di paru – paru, 4 – 16 dalam 10,000
5) Koyak pundi kencing, 1 dalam 1000
6) Cedera salur kencing, 3 dalam 10,000
7) Kematian, 1 dalam 12,000
8) Rahim pecah semasa kandungan seterusnya, 2 – 7 dalam setiap 1000
9) Risiko bayi mati dalam kandungan, 1 – 4 dalam 1000
10) Uri bawah dan lekat, 4 – 8 dalam 1000
Komplikasi Kerap Berlaku
1) Tidak selesa pada perut dan luka selepas bersalin, 9 dalam 100 Ibu
2) Risiko gagal VBAC untuk kandungan seterusnya, 1 dalam setiap 4 ibu
3) Pendarahan, 5 dalam 1000
4) Jangkitan kuman, 6 dalam 100
5) Cedera / luka pada bayi, 2 dalam 100
Risiko – risiko ini semakin bertambah jika semakin banyak caesar dilakukan pada seorang ibu. Contohnya : risiko rahim pecah untuk ibu yang pernah caesar sekali ialah sekitar 0.5% (1 dalam 200), manakala untuk yang pernah caesar dua kali menjadi 1.36% (4 dalam 300) dan bertambah lagi jika pernah caesar tiga, empat dan seterusnya.
Ia juga boleh menjadi berlipat kali ganda jika ibu itu sendiri mempunyai masalah seperti : obesiti, pernah dibedah sebelum ini, mempunyai masalah kesihatan (kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan lain – lain), atau jika caesar dilakukan secara kecemasan atau semasa bukaan pangkal rahim telah besar 9 – 10cm.
Ada juga yang tidak mahu BTL kerana faktor hukum Islam. Sebenarnya, hukum asal BTL ialah haram (jika tidak bersebab). Tetapi perlu diingati bahawa Islam adalah agama rahmat yang sentiasa fleksibel dan tidak kejam. BTL diharuskan dengan syarat digalakkan oleh doktor disebabkan indikasi masalah perubatan.
Jadi, hukum ini berbeza mengikut profail pesakit. Tidak boleh disapu rata satu hukum untuk semua wanita.
Jika tak mahu juga BTL ? Boleh tiada masalah, dengan syarat ibu perlulah merancang dengan berdisiplin menggunakan kaedah LARC (long acting reversible contraception) – contohnya : IUCD, Implanon. Ibu juga perlu sedar risiko tinggi yang perlu dihadapi jika mengandung sekali lagi.
Nasihat Saya :
1) Jaga kesihatan anda – setiap masalah kesihatan meninggikan risiko semasa mengandung
2) Jangan bersalin secara caesar melainkan jika ada indikasi perubatan – Trend semasa yang merisaukan bila ibu memilih bersalin caesar di pusat bersalin bukan kerajaan kerana bimbang sakit dan mahu cepat
3) Bincanglah dengan doktor anda sepuas – puasnya apa kaedah perancangan yang terbaik untuk diri anda. Perlu ingat, lain orang lain lah kaedahnya. Jangan bimbang, kami doktor sentiasa sedia membantu.
Kredit:Dr Rafiuddin Hamizan


Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Doktor Kongsi Kenapa Ada Sesetengah Ibu Perlu Ikat Saluran Peranakan (BTL) appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-kongsi-kenapa-ada-sesetengah-ibu-perlu-ikat-saluran-peranakan-btl/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kes Bayi 2 Hari Terjatuh Atas Lantai Katanya Si Ibu Penat Doktor Kongsi Nasihat

Ada Kes Bayi 2 Hari Terjatuh Atas Lantai Katanya Si Ibu Penat Doktor Kongsi Nasihat

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 429 hits
Bila penat menguasai si ibu memang tak dapat dikawal lagi Ibu hanyalah manusia biasa sekuat mana pun tetap perlu berehat lebih lebih lagi bila is ibu masih dalam tempoh berpantang Dr Redzal Zainol doktor kanak kanak berkongsi cerita di mana...
Jangan Tikam Belakang Anak Dengan Doa Buruk Ustazah Kongsi Kuatnya Doa Ibu Ayah

Jangan Tikam Belakang Anak Dengan Doa Buruk Ustazah Kongsi Kuatnya Doa Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 201 hits
Kedudukan seorang ibu di sisi Islam sangat tinggi bahkan doanya juga diangkat Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu untuk anak anaknya umpama sebuah doa Bahkan Allah SWT telah memartabatkan doa seorang ibu di tempat tertinggi untuk di...
Ibu Ini Kongsi Doa Melindungi Anak Keluarga Amalkan Setiap Hari

Ibu Ini Kongsi Doa Melindungi Anak Keluarga Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 266 hits
Banyak sangat cabaran dalam mendidik anak anak zaman ini Banyak sekali ancaman yang terpaksa dihadapi oleh anak anak Baik dari segi pemikiran pembentukan akhlak bahkan keselamatan jasad mereka Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira ada b...
Ibu Ini Kongsi Benda Wajib Perlu Ada Dalam Satu Beg Khusus Untuk Anak

Ibu Ini Kongsi Benda Wajib Perlu Ada Dalam Satu Beg Khusus Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 211 hits
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil kelengkapan barang keperluang merangkumi segala ubat ubatan penting sebagai persediaan sekiranya anak tiba tiba tak sihat Kadang siang elok je main malam merengek sebab tak sedap badan dan mula batuk selese...
Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Difahami Ibu Ini Kongsi Cara Handle Anak Tantrum

Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Difahami Ibu Ini Kongsi Cara Handle Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 220 hits
Apabila merasakan dirinya tidak difahami anak akan cenderung untuk tantrum atau buat perangai Sebagai ibu ayah menjadi tanggungjawab kita untuk cuba memahami keadaan mereka dan bantu anak untuk bertenang Bukan mudah untuk kita mengawal emos...
Ibu Ini Kongsi Ayat Ajaib Boleh Tenangkan Anak Sedang Mengamuk Ulang Je Ayat Ini Kalau Anak Mengamuk

Ibu Ini Kongsi Ayat Ajaib Boleh Tenangkan Anak Sedang Mengamuk Ulang Je Ayat Ini Kalau Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 290 hits
Bila sebut tentang kanak kanak memang menjadi lumrah mereka suka merajuk marah dan mengamuk tak tentu pasal Kadang kadang hal tersebut kita rasakan terlalu simple untuk membuatkan anak marah tapi begitulah kanak kanak Sukar untuk memahami p...
Ibu Ini Kongsi Saat Kita Rasa Nak Marah Anak Buat Cara Ini Terus Rasa Tenang

Ibu Ini Kongsi Saat Kita Rasa Nak Marah Anak Buat Cara Ini Terus Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 197 hits
Semua ibu bapa pasti ada pengalaman termarah anak Kadang perkara ini berlaku tanpa disengajakan kerana diri terasa penat dan apabila anak tersilap buat sesuatu yang tak disengajakan kita memarahinya seolah olah anak melakukan silap besar Ke...
Ibu Ini Kongsi Alat Hilangkan Kesan Conteng Di Dinding Berguna Bagi Yang Ada Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Alat Hilangkan Kesan Conteng Di Dinding Berguna Bagi Yang Ada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 200 hits
Memang lumrah kanak kanak suka mencoteng suka berkarya Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain Sedar sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesa...
Colourful Mantou Guna Natural Food Coloring Guna Sukatan Cawan Ibu Ini Kongsi Resepi Mudah

Colourful Mantou Guna Natural Food Coloring Guna Sukatan Cawan Ibu Ini Kongsi Resepi Mudah

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 192 hits
Kebiasaanya mantou hanya dibeli di kedai namun kali ini mama boleh cuba buat sendiri di rumah untuk anak anak dengan menggunakan resepi yang menggunakan bahan mesra kanak kanak Hi semua saya nak share resepi colorful mantou guna natural foo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids