Hassan Lfl Kecam Langkah Guna Akta Hasutan Ke Atas Muhyiddin


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 21, 2024 2:44 PM
Seorang ahli parlimen PKR hari ini mengkritik pihak berkuasa kerana menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat Pengerusi PN dan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin

Kata Hassan Abdul Karim, isu 3R tidak seharusnya mewajarkan tindakan ke atas Muhyiddin menggunakan akta tersebut yang dianggap ramai sebagai zalim.

"Amat membimbangkan jika momokan isu 3R ini digunakan oleh agensi berkuasa dan kerajaan untuk menggunakan undang-undang yang draconian seperti Akta Hasutan 1948 untuk menafikan kebebasan bercakap dan bersuara," katanya.

Menjelaskan pandangannya melalui kenyataan hari ini, Hassan berkata, lazimnya Malaysia dirujuk sebagai negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Katanya, hal itu membawa maksud tersirat bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen serta menerima sistem pilihan raya yang menentukan sesebuah kerajaan pilihan rakyat.

"Pada masa yang sama frasa raja berperlembagaan bermakna kuasa raja ditentukan oleh perlembagaan dan sistem raja di Malaysia bukanlah sistem raja yang berkuasa mutlak atau absolute monarchy," katanya dalam kenyataan hari ini

Menurut ahli parlimen Pasir Gudang itu lagi, Muhyiddin merupakan bekas perdana menteri, dan kini masih ahli parlimen semasa selain mengetuai pakatan pembangkang di Dewan Rakyat.

Tambah Hassan, dalam urusan bernegara kuasa rakyat melalui konsep demokrasi berparlimen didahulukan berbanding konsep raja berperlembagaan dan ia dapat dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hassan Abdul Karim"Soal kebebasan asasi, seperti tercatat pada perkara 5 menjadi teras utama demokrasi diletakkan di bahagian awal Perlembagaan Persekutuan, manakala peruntukan perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong - contohnya perkara 32 - diletakkan di Bahagian IV Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Hassan juga menegaskan, menurut undang-undang Malaysia ialah sebuah negara demokrasi yang menolak sistem raja feudal mutlak dan hal itu tercatat melalui Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bertentangan dengan demokrasi

Peruntukan itu, katanya, menyatakan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama.

“Perkara itu perlu dijelaskan kerana terdapat kecenderungan semasa untuk cuba mengurangkan kebebasan rakyat atau pemimpin untuk bersuara dengan mewujudkan momokan kesalahan mengikut 3R,” katanya lagi.

Sementara itu, badan pemerhati hak asasi manusia Lawyers For Liberty (LFL) turut mengecam tindakan menggunakan Akta Hasutan terhadap Muhyiddin.

Pengarah LFL, Zaid Malek, berkata peranan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan kuasa baginda di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang tidak boleh diteliti atau dibincangkan secara umum.

"Peruntukan itu dengan jelas menyatakan bahawa Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.

"Ia berikutan perbincangan mengenai penentuan keyakinan majoriti tidak boleh dilarang atau disekat," katanya.

Menurut Zaid dalam sistem demokrasi, pelaksanaan tugas atau kuasa perlembagaan tidak boleh berlaku di luar perbincangan atau kritikan.

“Pemimpin PH nampaknya sudah lupa bagaimana mereka bersatu di belakang mendiang Karpal Singh atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana mempersoalkan Sultan Perak dalam menentukan isu kepercayaan menteri besar Perak ketika itu Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan pimpinan PH kini telah melampaui batas dan melarang sebarang penelitian terhadap pelepasan kuasa perlembagaan oleh raja atau raja-raja. Ini pada asasnya bertentangan dengan tadbir urus demokrasi.

"Tidak kira kebenaran dakwaan Muhyiddin, tidak ada justifikasi untuk penggunaan Akta Hasutan.

"Undang-undang zaman kolonial kuno ini tidak mempunyai tempat dalam negara yang berperlembagaan dan demokratik," tambahnya.

[Baca berita penuh]View Synonyms and Definitions

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/hassan-lfl-kecam-langkah-guna-akta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akta Hasutan Muhyiddin Mungkin Akan Didapati Bersalah

Akta Hasutan Muhyiddin Mungkin Akan Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 130 hits
Akta Hasutan Muhyiddin mungkin akan didapati bersalah ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 7sA5WC9cCSI src in org https www youtube com embed 7sA5WC9cCSI wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www you...
Muhyiddin Akan Didakwa Mengikut Akta Hasutan Di Mahkamah Esok

Muhyiddin Akan Didakwa Mengikut Akta Hasutan Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 114 hits
Astro Awani26 08 2024 12 40 MYTMuhyiddin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru baru ini Gambar failKUALA LUMPUR Bekas Perdana...
Muhyiddin Sepatut Didakwa Atas Cubaan Pedaya Pihak Istana

Muhyiddin Sepatut Didakwa Atas Cubaan Pedaya Pihak Istana

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 142 hits
Muhyiddin sepatut didakwa atas cubaan pedaya pihak Istana Semalam Tan Sri MuhyiddinYassin telah menyerah pembuktian untuk membela diri dari dikenakan tindakan dibawah Akta kesalahan 3R Bersorak dan bergembiralah penyokong Perikatan Nasional...
Anwar Hina Yang Di Pertuan Agong Muhyiddin Di Minta Jangan Guna Jumlah Sd Untuk Alihkan Isu

Anwar Hina Yang Di Pertuan Agong Muhyiddin Di Minta Jangan Guna Jumlah Sd Untuk Alihkan Isu

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak menggunakan jumlah akuan bersumpah sebagai alat untuk mengalihkan isu yang dikaitkan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional itu tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata Muhyidd...
Diktator Lfl Selar Pendakwaan Pada Muhyiddin

Diktator Lfl Selar Pendakwaan Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 27 2024 12 40 PMLawyers for Liberty menyelar pertuduhan hasutan terhadap pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sebagai bersifat diktator Pengarahnya Zaid Malek berkata mempersoalkan atau mengkritik pe...
6 Langkah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

6 Langkah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 131 hits
6 langkah hilangkan jeragat guna bahan semulajadiAssalamualaikum Bismillahi MashaAllah Pengertian Jeragat mengikut Wikipedia Jeragat yang menjadi hitam ketika ia teroksida Akar rambut tersumbat di mana jeragat sering terbentuk dan memantul ...
Ucapan Kontroversi Muhyiddin Tak Akan Beri Impak Besar Pada Politik

Ucapan Kontroversi Muhyiddin Tak Akan Beri Impak Besar Pada Politik

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 83 hits
malaysiakini comWalau dengan keributan di media sosial dan juga media berhubung ucapan kontroversi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mencetuskan ketegangan dengan istana Pahang penganalisis berpandangan ia mungkin hanya memberi kesan kecil...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri