Diktator Lfl Selar Pendakwaan Pada Muhyiddin


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 27, 2024 12:40 PM
Lawyers for Liberty (LFL) menyelar pertuduhan hasutan terhadap pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai bersifat diktator

Pengarahnya Zaid Malek berkata mempersoalkan atau mengkritik pelaksanaan kuasa perlembagaan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak bersifat menghasut, kerana menurutnya Agong bukanlah pemerintah feudal dalam negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

“Pertuduhan itu berdasarkan kenyataan pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Agong dalam melaksanakan kuasa perlembagaan berhubung pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum lalu.

"Ini jelas kegagalan Pakatan Harapan (PH) dan pengkhianatan terhadap janji mereka sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan. Lupakah mereka bagaimana mendiang Karpal Singh dicop sebagai 'derhaka' kerana mempersoalkan Sultan Perak pada 2008?

"Atau bagaimana PH sendiri dituduh tidak setia kepada Agong kerana mempersoalkan keputusan menggesa darurat pada 2021?" soal Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi ini, Muhyiddin minta dibicarakan atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Gua Musang di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Pertuduhan terhadap presiden Bersatu itu dirangka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Felda Perasu di Kelantan pada 14 Ogos, menjelang pilihan raya kecil Nenggiri.

Mengulas lanjut, Zaid berkata dalam sistem raja berperlembagaan, penggunaan kuasa raja boleh dibahaskan, dipersoalkan malah dikritik.

"Ini adalah asas sistem raja berperlembagaan kita. Mereka yang selama ini menggesa agar Muhyiddin didakwa mencemarkan struktur asas perlembagaan kita dengan memasukkan feudalisme ke dalamnya.

“Malangnya, ahli politik PH dan Umno daripada kerajaan Madani telah berada di barisan hadapan dalam kempen bermotifkan politik ini,” kata Zaid sambil mengingatkan bahwa ahli politik berkenaan menggunakan senjata yang sama yang pernah mereka anggap menindas.

Menurutnya, penggunaan undang-undang hasutan untuk menyekat kritikan bagi melindungi mereka yang berkuasa menjadikan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang dipersendakan.

Zaid kemudian menggesa kerajaan, khususnya PH, mengelak daripada menggunakan Akta Hasutan, dan mengambil langkah segera untuk memansuhkannya.

"Akta itu mesti dimansuhkan dan tidak dibenarkan menghantui negara kita lagi," katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/diktator-lfl-selar-pendakwaan-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Muhyiddin Risiko Tinggi Untuk Kerajaan

Pendakwaan Muhyiddin Risiko Tinggi Untuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 219 hits
Pendakwaan Muhyiddin risiko tinggi untuk kerajaan ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be nqvqy78rdto src in org https www youtube com embed nqvqy78rdto wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube...
Hassan Lfl Kecam Langkah Guna Akta Hasutan Ke Atas Muhyiddin

Hassan Lfl Kecam Langkah Guna Akta Hasutan Ke Atas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 216 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 21 2024 2 44 PMSeorang ahli parlimen PKR hari ini mengkritik pihak berkuasa kerana menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat Pengerusi PN dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin Kata Hassan Abdul Karim isu ...
Muhyiddin Yassin Perlu Awas Sebelum Bercakap

Muhyiddin Yassin Perlu Awas Sebelum Bercakap

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 260 hits
Muhyiddin Yassin perlu awas sebelum bercakap ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be hlonCk UUu0 src in org https www youtube com embed hlonCk UUu0 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com ...
Pas Mula Menjauhkan Diri Dari Muhyiddin

Pas Mula Menjauhkan Diri Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 147 hits
Tuan Ibrahim sokong Muhyiddin disiasat atas dakwaan perlekeh Sultan PahangFMT ReportersPETALING JAYA Perikatan Nasional Pahang menyokong usaha menjalankan siasatan yang adil terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin Yassin ketika berkempen di P...
Muhyiddin Tidak Cukup Jantan Untuk Dedah Nama 115 Ahli Parlimen

Muhyiddin Tidak Cukup Jantan Untuk Dedah Nama 115 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 455 hits
Oleh Adam Malik Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen Kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin suka mengaku beliau sudah cukup jumlah selepas PRU15 untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri tapi konon nya telah dinafikan ole...
Raja Bahrin Muhyiddin Patut Dikutuk Angkuh Pertikai Fakta Kena Balun

Raja Bahrin Muhyiddin Patut Dikutuk Angkuh Pertikai Fakta Kena Balun

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 197 hits
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyifatkan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai angkuh apabila mempertikaikan keputusan Yang di Pertuan Agong melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 P...
Muhyiddin Tidak Sepatutnya Terus Ungkit Cerita Perlantikan Perdana Menteri

Muhyiddin Tidak Sepatutnya Terus Ungkit Cerita Perlantikan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 124 hits
19 August 2024Malang berganda nampaknya menimpa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sekarang ini Sudahlah calon Bersatu yang diambil daripada Pas kalah dalam PRK Nenggiri beliau pula kini berdepan siasatan kerana menyentuh isu 3R ketika berke...
Kontroversi Muhyiddin Pemuda Bersatu Salahkan Suara Keadilan

Kontroversi Muhyiddin Pemuda Bersatu Salahkan Suara Keadilan

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 510 hits
malaysiakini comPemuda Bersatu hari ini menyalahkan lidah rasmi PKR Suara Keadilan sebagai punca Muhyiddin Yassin menjadi sasaran kemarahan orang ramai Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah berkata Suara Keadilan sudah melakukan ...
Muhyiddin Won T Dare Reveal Names Of 115 Mps Says Ex Umno Treasurer

Muhyiddin Won T Dare Reveal Names Of 115 Mps Says Ex Umno Treasurer

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 218 hits
Salleh Said Keruak says revealing the names could harm the PN chairman s credibility if some MPs deny supporting him for prime minister in 2022 A former Umno treasurer has contended that Muhyiddin Yassin is unlikely to name the 115 MPs who ...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah