6 Langkah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi


6 langkah hilangkan jeragat guna bahan semulajadi
Assalamualaikum Bismillahi MashaAllah 
Pengertian Jeragat mengikut Wikipedia 
Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo,[1] adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat.[2] Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya

6 langkah hilangkan jeragat guna bahan semulajadi 
JIKA anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut

Kalau anda serius nak hilangkan jeragat anda, anda wajib tahu punca jeragat di muka terlebih dahulu sebelum mengatasinya


Bila sudah tahu punca, senanglah anda mahu menyelesaikan masalah ini kan

Di bawah ini disenaraikan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka supaya anda tidak lagi perlu malu untuk berjumpa dengan orang atau mempunyai tahap keyakinan yang rendah disebabkan masalah jeragat


Apatah lagi jika ada jeragat dan bersekali dengan bintik hitam di muka

6 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DI MUKA MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI
1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka

Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita

Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat

2. ALOE VERA
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak

- Menghilangkan jeragat

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:-
Campurkan jel aloe vera dengan madu
Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan

Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli

4. TEH HIJAU
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat

5. OATMEAL
Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat

Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini

6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/26966
Jom ke entri Petua Hilangkan Jeragat ini support sahabat Syida

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘
Alhamdulillah 'ala kulli hal Assalamualaikum. 
Syida

#nextlevelblogging#shakleethrive2023#shakleetriumph2023#blogmegashaklee#shakleepuchong2023

Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nurulsyahidaali.blogspot.com/2023/07/6-langkah-hilangkan-jeragat-guna-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gkb Produk Suplemen Penjagaan Kesihatan Dengan Bahan Semulajadi Terbaik

Gkb Produk Suplemen Penjagaan Kesihatan Dengan Bahan Semulajadi Terbaik

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 249 hits
Kali ini AlongMurni ingin kongsikan produk suplemen kesihatan yang AM dan keluarga AM gunakan bagi memastikan dan menguatkan kesihatan seharian Sebelum ini AM telah cuba lima produk probiotik unggul GK Bio International Sdn Bhd yang meningk...
Cara Menghapuskan Lipas Yang Berkampung Di Dalam Kabinet Guna Bahan Ni Je

Cara Menghapuskan Lipas Yang Berkampung Di Dalam Kabinet Guna Bahan Ni Je

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 81 hits
Apa kata anda cuba cara mujarab ini untuk menghapuskan lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur Dengan menggunakan bunjut rempah sahaja Katanya memang berkesan dan lipas lipas pun akan 8216 lari 8217 Beberapa bulan lalu kami buat penyis...
Daging Masak Kicap Resipi Mak Mertua Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Daging Masak Kicap Resipi Mak Mertua Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 162 hits
Daging Masak Kicap mak mertua Tentunya sangat sedap ni Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial Ada yang guna rempah ada yang tidak Macam macam teknik juga ada digunakan Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA...
Resipi Air Soya Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan

Resipi Air Soya Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 138 hits
Sedapnya Air Soya homemade ni Bagi yang gemar minum Air Soya boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Rita Zul ni Hanya guna 2 bahan sahaja Sangat mudah untuk disediakan Enak dinikmati panas panas Nikmat rasanya Jika suka min...
Andika Putera Akui Dah Bertunang Dengan Doktor Guna Papan Putih Bagi Penjelasan Dakwaan Curang

Andika Putera Akui Dah Bertunang Dengan Doktor Guna Papan Putih Bagi Penjelasan Dakwaan Curang

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 188 hits
Personaliti media sosial Andika Putera akui dah bertunang dengan doktor pada 20 Julai lalu dalam sebuah video penjelasan mengenai dakwaan curang yang dilemparkan oleh bekas isteri Ananda Natasha baru baru ini Menerusi video yang dimuat naik...
Cukai Punca Haram Dari Arak Judi Dan Rokok Guna Untuk Apa

Cukai Punca Haram Dari Arak Judi Dan Rokok Guna Untuk Apa

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 162 hits
Kes derma syarikat arak kepada sekolah Cina pula jadi benda melalut di kalangan orang Islam Melayu kini Dikatakan ada dua isu besar Pertama kenapa dibenarkan kilang atau perniagaan arak menderma kepada sekolah Dikatakan Kementerian Pendidik...
Resipi Mudah Buat Kek Butter Sedap Tak Perlu Guna Oven

Resipi Mudah Buat Kek Butter Sedap Tak Perlu Guna Oven

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 142 hits
Minum petang kalau makan butter cake bersama air teh panas mesti sedap kan Memang layan habis jadi hari ini admin nak kongsi cara mudah dekat korang untuk buat butter cake dengan hanya menggunakan air fryer Fuh memang sedap Artikel Berkaita...
Resipi Kek Pisang Lembap Guna Sukatan Cawan

Resipi Kek Pisang Lembap Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 128 hits
Penggemar Kek Pisang Lembap Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini Nampak sangat sedap dan gebu Malah cara cara membuatnya juga cukup mudah Pasti puas hati menikmatinya Menurut empunya resipi kek ini meng...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding