Ucapan Kontroversi Muhyiddin Tak Akan Beri Impak Besar Pada Politik


malaysiakini.com
Ili Aqilah
Diterbitkan: Aug 22, 2024 9:04 AM
Walau dengan keributan di media sosial dan juga media berhubung ucapan kontroversi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin - yang mencetuskan ketegangan dengan istana Pahang - penganalisis berpandangan ia mungkin hanya memberi kesan kecil dalam politik negara.

Menurut mereka, ucapan itu tidak akan mengubah landskap politik semasa mahupun kedudukan Muhyiddin dalam Bersatu dan PN.

Profesor Pengajian Asia University of Tasmania James Chin berkata kesan daripada ucapan itu hanya dapat dilihat di media sosial dan akan surut dalam masa beberapa hari.

“Dari segi impak politik, ini kekal sebagai isu di media sosial.

“Tapi dalam beberapa hari, ia akan surut. Polis akan bertindak pantas dan perkara ini akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, dengan Peguam Negara memutuskan tindakan selanjutnya,” kata Chin.

Kontroversi ini bermula apabila rakaman ucapan Muhyiddin ketika kempen PRK Nenggiri disebarkan di media sosial.
Dia dilihat mempersoalkan mengapa Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika PRU15, tidak mengundangnya ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun mendakwa dia memiliki sokongan 115 ahli Parlimen, termasuk dirinya.

Untuk rekod, Sultan Abdullah menawarkan kepada Muhyiddin untuk menubuhkan kerajaan gabungan dengan PH pimpinan Anwar Ibrahim namun dia menolaknya.

Kata Chin lagi, orang ramai kurang berminat dengan soal jika ucapan Muhyiddin bernada hasutan dan lebih berminat dengan soal jika dia dapat membuktikan memiliki sokongan 114 ahli Parlimen lain.

“Bagi kebanyakan orang, isunya bukan jika dia menghasut, tetapi untuknya membuktikan dia ada sokongan,” katanya lagi.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kemudian menyuarakan kemurkaan terhadap ucapan Muhyiddin, menyifatkan dia memperlekeh dan mempertikai tugas dan peranan bapanya sebagai Agong.

Ucapan persoal keabsahan kerajaan Anwar

Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Syaza Shukri pula berkata sementara Muhyiddin ada hak untuk bercakap tentang pengalaman dan pandangannya, ucapan itu membangkitkan persoalan berhubung keabsahan kerajaan pimpinan Anwar.

“Ini walaupun kerajaan Anwar sudah dapat undi percaya di Parlimen. Tak perlu ada persoalan lanjut berhubung siapa yang patut atau tak patut jadi kerajaan - soal ini sudah selesai,” katanya.

Turut senada adalah Mohammad Tawfik Yaakub, pensyarah Universiti Malaya yang berkata pengalaman peribadi Muhyiddin tidak menjustifikasikan tindakan mengkritik istana secara terbuka.

“Kita tidak ingin mewujudkan duluan di mana individu atau kumpulan rasa bebas untuk menyuarakan rasa tidak puas hati atau pandangan berbeza secara terbuka tentang institusi diraja, terutama ketika kempen pilihan raya.
Sultan Abdullah di hari terakhir sebagai AgongDia menyeru Muhyiddin untuk membuat permohonan maaf segera kepasa Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal.

Syaza pula menasihatkan Muhyiddin agar tidak memanjangkan kontroversi itu, dan tidak lagi membangkitkan isu perakuan bersumpah.

“Kerajaan dan polis juga tidak perlu terlalu keras dalam menangani isu ini kerana ia hanyalah kenyataan yang dibuat Muhyiddin,” katanya.

Selepas Tengku Hassanal mengeluarkan titahnya, Adun PN di Pahang mengeluarkan kenyataan menyokong seruan Tengku Hassanal agar siasatan dibuat terhadap Muhyiddin.

Walaupun ada yang terkejut dengan kenyataan itu, Chin berkata ia langkah yang perlu untuk mengekalkan hubungan jangka panjang PN Pahang dengan istana.

“Semua ahli politik di Pahang faham yang komunikasi dengan istana adalah penting.

“Jika anda lawan istana, hidup anda akan jadi sangat sukar, terutama apabila pilihan raya. Jadi mereka tiada pilihan,” katanya lagi.

Namun Tawfik berpandangan kenyataan itu mungkin menandakan pergeseran antara kepimpinan PN negeri dan pusat.Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/ucapan-kontroversi-muhyiddin-tak-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Muhyiddin Speaker Arah Semua Adun Pahang Nyatakan Sikap

Ucapan Muhyiddin Speaker Arah Semua Adun Pahang Nyatakan Sikap

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 197 hits
Malaysiakini nbsp Tujuh belas Adun PN di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang mungkin berdepan dengan dilema apabila tidak mempunyai pilihan kecuali menyatakan sikap masing masing terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin Yassin baru baru ini Dip...
Kontroversi Muhyiddin Pemuda Bersatu Salahkan Suara Keadilan

Kontroversi Muhyiddin Pemuda Bersatu Salahkan Suara Keadilan

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 381 hits
malaysiakini comPemuda Bersatu hari ini menyalahkan lidah rasmi PKR Suara Keadilan sebagai punca Muhyiddin Yassin menjadi sasaran kemarahan orang ramai Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah berkata Suara Keadilan sudah melakukan ...
Ucapan Saya Di Nenggiri Adalah Fakta Tiada Maksud Hina Raja Muhyiddin

Ucapan Saya Di Nenggiri Adalah Fakta Tiada Maksud Hina Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 207 hits
bharian com myOleh Ogos 19 2024 4 37pmGambar fail Tan Sri Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggir...
Sarimah Ibrahim Rupanya Isteri Cucunda Yang Di Pertuan Besar N Sembilan Ramai Tak Tahu

Sarimah Ibrahim Rupanya Isteri Cucunda Yang Di Pertuan Besar N Sembilan Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 289 hits
Semua mata terpegun melihat kecantikan pengacara popular Sarimah Ibrahim di kaca TV semalam Walaupun sudah menganjak ke umur ke 46 tahun ini seri muka pelakon dan pengacara itu masih nampak muda Sarimah Ibrahim semalam muncul mengacara Tikt...
Bn Menang Besar Di Lima Pdm Orang Asli

Bn Menang Besar Di Lima Pdm Orang Asli

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 127 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri menyaksikan Barisan Nasional menang besar di semua Pusat Daerah Mengundi Orang Asli Terdapat lima PDM Orang Asli daripada 20 PDM keseluruhan dalam DUN Nenggiri Keputusan PDM Tohoi ...
Aws Labur Besar Di Malaysia

Aws Labur Besar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 107 hits
PELABURAN Amazon Web Services yang juga unit Amazon com Inc hari ini melancarkan wilayah infrastruktur AWS Wilayah Asia Pasifik dan merancang pelaburan kira kira US 6 2 bilion di Malaysia sehingga 2038 BuletinTV3 Pelaburan Amazon AWS Malays...
Guru Besar Menangis Terima Hadiah Perpisahan Mempelam Daripada Murid Anak Yatim

Guru Besar Menangis Terima Hadiah Perpisahan Mempelam Daripada Murid Anak Yatim

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 260 hits
Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim Menerusi video tular yang dimuat naik Zamri Mat KL murid Tahun Enam itu sempa...
Ev Jadi Bank Kuasa Mudah Alih China Lancar Kenderaan Ke Grid Berskala Besar Pertama

Ev Jadi Bank Kuasa Mudah Alih China Lancar Kenderaan Ke Grid Berskala Besar Pertama

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 105 hits
China melancarkan interaksi kenderaan ke grid berskala besar pertamanya di seluruh wilayah melibatkan lebih 1 000 kenderaan elektrik di wilayah timur Jiangsu untuk pengecasan luar puncak dan nyahcas terbalik sekali gus mempamerkan potensi E...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai