Catatan Hari Raya Aidiladha 1443h 2022m


Terasa lama tak mencatat kisah di blog, sibuk ke sana ke sini - balik kampung di Johor dan menjenguk rumah sendiri di NS. Perjalanan saya dan encik suami balik ke kampung bermula pada hari Khamis lalu, kebetulan di PP cuti umum sempena George Town World Heritage City Day yang disambut pada setiap 7 Julai. Jadinya encik suami cuma perlu memohon cuti kerja sehari saja (Jumaat), dapatlah kami bercuti lama sikit (Khamis - Isnin)

Dari PP kami terus balik ke kampung saya di Pontian. Walaupun namanya cuti umum, tetap juga ada online meeting yang perlu encik suami hadiri. Maka lambatlah kami bertolak dari PP. Dah tengah hari baru mula bergerak, singgah pula di beberapa tempat untuk beberapa hal. Akhirnya sampai jua di Pontian kira-kira pukul 11.30 malam. Alhamdulillah, lega dan letih. Sempatlah 2 malam di Pontian

Tahun ni kami sambut Hari Raya Aidiladha di kampung encik suami. Pada hari Sabtu kami bergerak ke Batu Pahat pula - kampung encik suami. Sambutan raya dari aspek makanan, kami sambut ringkas saja. Ahli keluarga yang ada pun tak ramai, cuma dua keluarga saja yang ada. Malam menjelang hari raya saya masak nasi impit menggunakan PPC dan rendang ayam menggunakan pes rendang jenama Tumisan Bonda. Hasilnya tak mengecewakan, sedap aroma masakan sampaikan anak saudara datang menjenguk kuali. Nampaknya lain kali bolehlah beli lagi jenama Tumisan Bonda ni, memudahkan kerja dan jadi penyelamat bagi orang yang masih belum berjaya masak rendang yang sedap (saya la tu…hehe)

Pagi hari raya, saya dan biras memasak lodeh. Mak mentua pula mengukus ketupat palas yang dibawa oleh adik ipar dari Terengganu. Lepas tu masing-masing terus bersiap untuk ke masjid berhampiran. Kami pergi menaiki dua buah kereta. Rumah kosong

Ahad, 10 Julai 2022 | Masjid Jamek Seri Medan, Batu PahatKami tiba di sini sekitar pukul 8.10 pagi, ingatkan dah terlewat tapi rupanya belum ramai orang datang. Kawasan parkir masih banyak kosong

Alhamdulillah…kali ni dapat juga saya menunaikan solat hari raya di masjid. Tak ramai pun muslimat, cuma ada tiga saf pendek dan tak penuh pun safnya

Petangnya kami bergerak ke rumah NS. Hampir dua bulan tak menjenguk, lega saya bila tengok pokok Orkid Harimau dan Pothos hidup segar. Orkid Harimau makin meninggi dan tumbuh anak-anak pokok, manakala Pothos merimbun dan mula menjalar di lantai. Rumah juga dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Kami bermalam satu malam di rumah NS. Hidupkan hampir semua kipas, lampu dan peti sejuk untuk mengelakkan rosak kerana lama tak digunakan. Kuali-kuali pun dah nampak berkarat sebab dah lama tak digunakan. Nak dibawa ke rumah PP tak boleh pula sebab rumah PP gunakan induction cooker.
Decathlon Shah AlamEsoknya dalam perjalanan balik ke rumah PP, kami singgah di Decathlon Shah Alam. Tujuannya nak membeli clip-on sunglasses dan beg je, tapi itulah bila dah masuk Decathlon memang jadi rambang mata saya. Akhirnya kami keluar dengan membawa tambahan barang-barang lain. Itu pun encik suami mengingatkan kepada saya bahawa kami cuma boleh berada di sini selama sejam saja. Haha

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah PP pada waktu Maghrib. Ok, ini saja catatan hari raya kami untuk kenangan pada masa akan datang. Maklumlah, tahun lepas kita masih dalam suasana pandemik dan tak dapat balik kampung pada hari raya Aidiladha. Tahun ni pun masih dalam keadaan berjaga-jaga, COVID-19 masih ada dan sekarang ramai pula yang dijangkiti virus influenza





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/07/catatan-hari-raya-aidiladha-1443h-2022m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 539 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Buat Korban Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban Alhamdulilla...
Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 291 hits
Sambut Hari Raya AidilAdha 2022 Pengalaman Ibadah Korban Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah Walaupun dah terlambat aku nak ucapkan Selama...
1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 247 hits
Estimated 1 9 million vehicles are expected to travel via the North South Expressway throughout the Hari Raya Aidiladha period until July 12 BERNAMA PICKUALA LUMPUR Starting tomorrow some 1 9 million vehicles are expected to travel via the ...
Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 369 hits
Hari Raya Haji di sambut selama empat hari bermula dari hari ke 10 bulan Zulhijjah sudah pun masuk hari ke empat Di Johor cuti sekolah Hari Raya Aidiladha 2022 sampai Isnin di beberapa negeri lain cuti sampai Selasa Agak lambat nak cerita k...
Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 344 hits
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban Tarikh Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumk...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 294 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha Baru berkesempatan nak buat entry sibuk sangat SA dari semalam uruskan mak yg x sihat masak juadah raya sikit x buat banyak asal ada je mulanya ingat x nak buat pape tp last minit adik adik peremp...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 580 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 277 hits
Ada yang teringin nak makan nasi daging utara Tak perlu lauk banyak cukup dipadankan dengan air asam padu yang memang ummpphh sedap Resipi daripada orang utara sendiri Rozie Rahman memang senang dan cepat Lain orang lain style lain citarasa...
Hari Raya Aidil Adha 2022

Hari Raya Aidil Adha 2022

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 347 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Hari Raya Aidil Adha 2022 Indah Aidil Fitri kerana kemaafan indah Aidil Adha kerana pengorbanan gittewww Hari raya Aidil Adha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah k...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti