Hari Raya Aidil Adha 2022
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Hari Raya Aidil Adha 2022. Indah Aidil Fitri kerana kemaafan, indah Aidil Adha kerana pengorbanan gittewww.... 😊😊😊 Hari raya Aidil Adha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah korban termasuklah di kampung Mrs. A. Ada 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing untuk korban. Alhamdulillah rezeki emak Mrs. A di saat-saat akhir dapat masuk satu bahagian korban. Walaupun pada awalnya imam kata dah cukup tapi ntah macam mana sehari sebelum hari raya tu imam datang balik tanya pada mak Mrs. A masih nak join lagi tak korban? Ditakdirkan masih ada kekosongan satu bahagian. Dengan gembiranyalah mak Mrs. A kata nak
Mrs. A dan anak-anak balik kampung pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya. Pada pagi Sabtu tu Adik ada kelas untuk ambil lesen motor itu yang we all balik sebelah petang. Indahnya percaturan Allah Mrs. A dan Aryssa dapat berbuka di kampung bersama emak. We all bertiga buat puasa sunat Arafah pada hari Sabtu (9 Zulhijjah 1443H) tu
Hari Raya Aidil Adha 2022. Sambut tetap sambut walaupun sederhana tapi tetap terkesan dihati. Ntah! kenapa 2021 Mrs. A takde buat posting Aidil Adha ralat pulak rasa mungkin disebabkan PKP kot duduk rumah sendiri tiada apa yang menarik nak cerita
Hari Raya Aidil Adha 2022.
Alhamdulillah dapat bergambar bersama emak/ nenek di pagi raya
Emak dan anak sulungnya 😍 jarang-jarang berlaku ni Along Mrs. A nak bergambar 😅
Along baharu balik dari masjid sebab tu gambar atas sekali dia takde
Simple aje menu Aidil Adha kami
Mujur dah settle hidang Mrs. A teringat nak snap 😝
Sepertimana tahun-tahun sebelumnya selepas solat dan berhari raya di kampung. Family kecil Mrs. A akan gerak pula untuk berhari raya ke Jiboi iaitu side Mr. A. Itulah yang tak dapat nak bergambar raya baju sedondon dengan adik-beradik Mrs A yang lain. Family Angah sampai dalam tengahari waktu tu we all dah sampai Jiboi pun ngeh! ngeh! ngeh! Family Alang tak balik kampung raya Aidil Adha kali ini, sama jugak dengan Maksu adik bongsu Mrs. A tu dia balik beraya sebelah husband di Kelantan.
Di Jiboi seperti biasa meriah dan havoc cumanya raya Aidil Adha ni tiada sesi bergambar sepertimana di hari raya Aidil Fitri 2022 yang lalu [SINI]. Kalau ada pun seketul gambar dak ooo ot gittewww...😂😂😂
Hari Raya Aidil Adha 2022.
#ootdraya
Itu sahaja nak share kisah hari raya Aidil Adha Mrs. A. Didoakan ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InsyaAllah. Salam Aidil Adha buat readers blog Mrs. A blog stori serta maaf zahir dan batin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/07/hari.raya.aidil.adha.2022.html