Tiga Peristiwa Penting Sempena Hari Raya Aidil Adha


Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia, disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, dari dua hari yang penting dalam Islam.


Hari Raya Haji jatuh pada hari ke sepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam ataupun dikenali sebagai Kalendar Hijriah. Hari Raya Haji disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah di seluruh dunia.

Bagi meraikan kejayaan Umat Islam mengerjakan Fardu Haji, terdapat tiga peristiwa sejarah yang perlu dijadikan iktibar.

1. Kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s.

Peristiwa pertama adalah kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s. agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah.

2. Asal-usul Ibadah Korban

Peristiwa kedua adalah ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini, maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim a.s. sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?"

Anaknya menjawab: "Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar."

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).

Lantas Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan."

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta kami kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." Surah al-Soffaat: 101-108.

3. Pembinaan Kaabah

Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini.

Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina semula Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah.

Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

"Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat."

Kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak Ismail dan Ishak. Ismail adalah anak lelaki pertama dan Ishak adalah anak kedua. Apabila Nabi Ismail meningkat remaja Nabi Ibrahim melalui mimpinya telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Nabi Ibrahim berasa sangat sedih kerana beliau amat mengasihi anaknya.

Nabi Ibrahim dengan berat hati memberitahu berita buruk itu kepada anaknya Ismail.

Ismail anak yang patuh kepada ayahnya tanya kesedihan atau keraguan menyuruh Nabi Ibrahim s.a. menjalankan perintah Allah SWT itu.

Namun tidak semudah itu, hati Nabi Ibrahim amat berat kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapat anak laki-laki iaitu Ismail dan sekarang dia terpaksa menjalankan perintah yang diturunkan oleh Allah SWT.

Nabi Ibrahim juga beberapa kali digoda oleh iblis supaya tidak mengikut perintah yang diwahyukan oleh SWT kepadanya.

Namun kepercayaan Nabi Ibrahim terhadap Allah SWT tidak goyah. Ismail juga tetap patuh terhadap orang tuanya dan percaya setiap yang diwahyukan kepada ayahnya adalah satu perintah yang harus dipatuhi.

Tibalah hari yang Nabi Ibrahim harus mengorbankan anaknya Ismail. Ismail dibaringkan sambil kedua tangan dan kakinya diikat. Nabi Ibrahim mengeluarkan pedang yang tajam dan dengan air mata yang berlinangan dia memandang wajah anaknya Ismail buat kali yang terakhir.

Parang diletakkan dileher Ismail sambil Nabi Ibrahim memejamkan matanya kerana tidak sanggup melihat dirinya menyembelih anak kesayangannya Ismail. Dia tidak teragak-agak terus menjalankan perintah Allah SWT tersebut.

Tetapi Allah telah menggantikan Ismail dengan seekor biri-biri. Alangkah gembiranya Nabi Ibrahim apabila dia membuka matanya bukan Ismail yang disembelih tetapi seekor biri-biri.

Teladan yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Ibrahim ini adalah bagaimana patutnya anak terhadap perintah ayahnya, dan kepercayaan dan keimanan Nabi Ibrahim terhadap Allah SWT.

Peristiwa penting ini berlaku pada 10 Zulhijjah. Ini adalah tarikh permulaan Hari Raya Haji atau Korban yang diraikan oleh umat Islam diseluruh dunia sehingga ke hari ini.

Daging korban akan dibahagikan kepada umat Islam yang memerlukan seperti fakir miskin. Iannya adalah satu amalan mulia iaitu bersedekah khas bagi majlis korban tersebut.

Tradisi Sambutan Hari Raya Haji di Malaysia:
Pada pagi 10 Zulhijjah umat Islam di Malaysia berpakaian baru, bersih dan cantik lagi berwarna-warni pergi ke masjid bagi menunaikan sembahyag sunat Aidil Adha. Upacara korban selalunya berlangsung selepas selesai sembahyang sunat Hari Raya Haji. Sebahagian besar umat Islam juga akan ke pusara menziarahi dan bersedekahkan doa buat sanak saudara yang sudah tiada. Sama seperti waktu Hari Raya Puasa, mereka yang muda akan memohon kemaafan dari mereka yang lebih tua. Contohnya anak-anak memohon kemaafan daripada ibu bapa, datuk dan nenek. Adalah menjadi kelaziman selepas sembahyang sunat Hari Raya semua akan menjamah pelbagai juadah yang lazat dan beraneka jenis sebelum menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Wafatnya Adam a.s. Dan Pembunuhan Pertama Di Muka BumiPengertian Dan Maksud Sebenar Haji Mabrur
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/07/peristiwa-penting-hari-raya-aidil-adha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah

Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 201 hits
Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah Bulan ini juga merupakan bulah dimana ibadat Haji dilakukan dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha pula akan disa...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 534 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Kek Durian Secret Recipe Sempena Hari Bapa

Kek Durian Secret Recipe Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 185 hits
Selamat Hari Bapa untuk abah k fiezz mr hubby serta semua yang bergelar bapa dan bakal bapa Semalam sambutan hari bapa Mr hubby dapat diskaun voucher sempena hari bapa kat Food Panda So apa lagi meh lah order kek sempena hari bapa hehe K fi...
Belanja Pak Inche Di The Grand By Adam S Kitchen Sempena Hari Bapa

Belanja Pak Inche Di The Grand By Adam S Kitchen Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum wbt MENDUNG cuaca pagi ini Semasa keluar rumah tadi gerimis mula mengundang Cepat cepat buka pintu pagar mujur tidak kebasahan Sepanjang jalan gerimis mula berhenti tetapi langit tetap suram Walaupun begitu jalanraya tetap r...
Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 229 hits
Ada yang teringin nak makan nasi daging utara Tak perlu lauk banyak cukup dipadankan dengan air asam padu yang memang ummpphh sedap Resipi daripada orang utara sendiri Rozie Rahman memang senang dan cepat Lain orang lain style lain citarasa...
Sempena Hari Sme Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro Kecil Amp Sederhana

Sempena Hari Sme Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro Kecil Amp Sederhana

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 151 hits
Perusahaan Mikro Kecil amp Sederhana merupakan salah satu industri yang memberi impak serta sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara terutamanya dalam tempoh pemulihan COVID 19 Namun begitu dalam keadaan ekono
Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 284 hits
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban Tarikh Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumk...
Hiburan Tendang Muka Ugut Bunuh Guard Rumah Pelakon Terkenal 30 An Direman Tiga Hari

Hiburan Tendang Muka Ugut Bunuh Guard Rumah Pelakon Terkenal 30 An Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 169 hits
Baru baru ini dimaklumkan pelakon terkenal telah direman untuk tempoh tiga hari kerana disyaki menumbuk serta menendang pengawalan keselamatan di kondominium Segambut Khamis lalu Difahamkan suspek yang berumur lingkungan 30 an itu menendang...
T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 195 hits
Pada jam 6 12 petang kami mula menghampiri Plaza Tol Kuala Terengganu Berlaku sedikit kesesakan di sini sehingga kami beratur di lorong kiri tetapi apabila Master beralih ke lorong kanan jalan sebenarnya lengang tiada kenderaan Mungkin semu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner