Hari 5 Anwar Pm10 Angkat Sumpah 5 Petang Ini


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Nov 24, 2022 9:43 AM
HARI 5 | Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti-parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

1.43pm: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik angota parlimen Tambun Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesepuluh.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pelantikan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan dibuat selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan raja-raja Melayu dalam perbincangan khas sebentar tadi.

lstiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri akan berlangsung pada jam lima petang ini di lstana Negara.

1pm: Majlis Raja-raja Melayu selesai bersidang.

Kecuali Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu masing-masing berangkat pulang.


Difahamkan keputusan berkaitan siapa bakal perdana menteri sudah dibuat dan kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

PN pertimbang kerajaan perpaduan dengan ‘parti sehaluan’

12.58pm: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan, kata Hamzah Zainudin.
Hamzah ZainudinSetiausaha agung PN itu berkata ia demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Dia berkata demikian dalam kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi, susulan keputusan mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN pada hari ini.

Sultan Johor, Yang Dipertuan Besar N Sembilan tinggalkan Istana Negara

12.30 tengah hari: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir meninggalkan Istana Negara pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Namun, Raja-raja Melayu lain masih berada di Istana Negara.

Tidak jelas sama ada perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sudah selesai, berhenti rehat atau Sultan Ibrahim dan Tuanku Muhriz pulang lebih awal.

‘Lawan tetap lawan’ - Ahli Umno berhimpun sokong Zahid

12.15 tengah hari: Kira-kira 50 ahli Umno mengadakan himpunan di depan ibu pejabat parti itu bagi menyuarakan sokongan kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Himpunan itu sebagai reaksi kepada desakan dari parti komponen BN agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN.

Jurucakap kumpulan itu, Ramalan Yunus menepis pandangan bahawa BN kalah dalam PRU15, dan menekankan bahawa Umno masih memerlukan Zahid.

Dia juga menggesa orang ramai menyokong nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan perpaduan ditubuhkan.

GRS akur apa saja titah Agong untuk wujudkan kerajaan perpaduan

12 tengah hari: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong bagi mewujudkan kerajaan perpaduan, kata Hajiji Noor.

Gabungan ini menang enam kerusi Parlimen dalam PRU lalu.

Pengerusi gabungan itu berkata langkah itu demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hajiji juga berkata pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.
Hajiji dan Abang Johari
Lim juga mohon maaf kepada Sarawak

11.50 pagi: Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf atas kenyataannya yang mungkin pernah menyinggung perasaan Premier Sarawak, Abang Johari Openg dan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia menyusuli permohonan maaf Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang disampaikan kepada Abang Johari dalam pertemuan mereka di Kuching, pagi ini.

"Saya mohon maaf atas kenyataan saya yang mungkin telah menyinggung perasaan premier Sarawak dan kerajaan negeri pimpinan GPS.

"Masa depan negara lebih penting. Marilah kita membuat permulaan baru untuk bekerjasama demi mengekalkan kepelbagaian, keterangkuman dan kesatuan masyarakat berbilang agama dan budaya kita, serta melindungi Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Pada 2019, Lim ketika menjadi menteri kewangan berkata Sarawak akan bangkrap dalam masa tiga tahun jika GPS kekal mentadbir negeri itu.

Baca berita penuh di sini.

Hampir semua Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara

11.30 pagi: Lapan dari sembilan Raja-raja Melayu telah tiba di Istana Negara - kecuali Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Tidak jelas sama ada Sultan Muhammad V akan menyertai mesyuarat hari ini atau tidak.

'Keputusan Umno petanda jelas kerajaan baru akan ditubuh'

11.25 pagi: Bekas pengerusi PKR Kedah Johari Abdul berkata keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam untuk menyokong kerajaan perpaduan yang tidak diketuai PN, adalah petanda paling jelas setakat ini berhubung penubuhan kerajaan baru.

"Ia satu petanda yang kita (PH) boleh bekerja dengan mana-mana parti kecuali PN," katanya kepada pemberita ketika tiba di pejabat Anwar Ibrahim di Bukit Gasing.

"Hari ini, saya hanya jumpa kawan-kawan untuk tindakan seterusnya," katanya lagi.

Di perkarangan pejabat Anwar, semakin ramai pemberita mula berkumpul untuk menunggu perkembangan terbaru isu pelantikan perdana menteri baru.

Makanan ringan turut disediakan untuk mereka.

Polis tahan presiden Parti Bumi Kenyalang

11.15 pagi: Polis telah menahan Presiden Parti Bumi Kenyalang Voon Lee Shan dan tiga individu lagi yang mengadakan bantahan terhadap PAS, di Sarawak malam tadi.

Menurut Dayak Daily, polis menahan empat individu itu malam tadi.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching untuk permohonan reman pagi ini.

Menurut laporan itu, mereka disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan atas kesalahan "menyubahati kesalahan dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih 10 orang".

Mereka didakwa telibat dalam himpunan yang antara lain membawa sepanduk 'Say No To PAS'.

DAP mohon maaf kepada k'jaan, rakyat Sarawak

10.50 pagi: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS dan Premier Sarawak, Abang Johari Openg di Kuching.

Dalam pertemuan itu, Loke berkata DAP memohon maaf kepada Abang Johari di atas sebarang kenyataan oleh pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan dan penduduk Sarawak.

"Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

"Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi Malaysia yang lebih maju dan progresif," kata Loke dalam kenyataan.
Pertemuan turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian.

DAP dilihat menghulurkan 'salam perdamaian' kepada GPS ketika spekulasi mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dilihat semakin hampir menjadi kenyataan.

Parti itu sering kali dilihat sebagai penghalang utama untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) bekerjasama dengan PH.

Pelbagai pihak juga berharap GPS akan menyokong kerajaan perpaduan pimpinan PH, selaras dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Baca berita penuh di sini.

‘Sabar saudara KJ’ - Zahid

10.30 pagi: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihati Khairy Jamaluddin untuk menunggu pemilihan parti yang akan diadakan tak lama lagi.

Ia berikutan kritikan Khairy terhadap Ahmad Zahid berkaitan rundingan untuk menubuhkan kerajaan baru yang sedang berjalan.

"Jawatan dalam parti sesiapa pun boleh bertanding nanti.

"Sabar saudara KJ," kata Zahid ketika membalas hantaran Khairy semalam.

Dalam hantaran itu, Khairy berkata Zahid tiada autoriti moral untuk terlibat dan malah membuat keputusan berhubung rundingan pembentukan kerajaan baru.

Ketika kempen PRU15, Khairy ada menyatakan hasratnya untuk memimpin Umno di masa akan datang.Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara

10 pagi: Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara untuk mesyuarat Majlis Raja-raja pada pagi ini.

Malay Mail melaporkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba paling awal, iaitu pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik, Yang di-Pertuan Agong memanggil mesyuarat itu bagi mendapatkan pandangan berhubung pelantikan perdana menteri kesepuluh.
Hadi: Kita masih di hadapan

9 pagi: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa PN "masih di hadapan".

"Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

"Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara," katanya di Facebook hari ini.

Dua hari lalu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata dia ada sokongan 115 ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Dia juga berkata PN tidak bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong agar gabungan itu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PH.
Dewan Perhimpunan Penyokong PAS: PN gabungan pelbagai kaum

8.45 pagi: Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam berkata PN mendukung aspirasi kepelbagaian kaum dan ia terbukti apabila ramai calon bukan Melayu dan bukan Islam dieltakkan dalam PRU15, dari Bersatu, Gerakan, Parti Maju Sabah (Sapp) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).
"Ini membuktikan bahawa PN bukanlah sebuah pakatan politik yang mementingkan kaum tertentu sahaja seperti yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"DHPP menggesa supaya semua pihak memainkan peranan untuk membina perpaduan, bukan mengambil peluang membina jurang dan akhirnya meruntuhkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini," katanya di Facebook.
Sementara itu, The Vibes melaporkan Biskop Kuching, Rev Danald Jute menyuarakan harapan agar GPS tidak menubuhkan kerajaan dengan PN.

"Pendirian saya, ekstremis tidak boleh dibenarkan - apatah lagi digalakkan dan disokong - untuk menormalkan kebencian mereka terhadap kaum dan penganut agama lain.

"Kita tak boleh benarkan ahli politik terus memisahkan kita kerana keharmonian tidak datang secara natural," katanya seperti dipetik.
Pemimpin tertinggi BN bertemu hari ini?

8.30 pagi: Pada masa ini, belum dipastikan jam berapa Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat, kalau pun mesyuarat itu memang akan diadakan.

Semalam, tiga pemimpin BN mendesak Ahma Zahid Hamidi agar letak jawatan sebagai pengerusi gabungan itu.

Apa yang dipastikan setakat ini adalah Majlis Raja-raja akan bermesyuarat pada jam 10.30 pagi.

Media juga tidak lagi berkumpul di luar rumah Pengerusi PH Anwar Ibrahim di Kajang, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/hari-5-anwar-pm10-angkat-sumpah-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mungkin Angkat Sumpah Pm Ke 10 Petang Esok Kata Salahuddin

Anwar Mungkin Angkat Sumpah Pm Ke 10 Petang Esok Kata Salahuddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 139 hits
freemalaysiatoday com November 23 2022 11 49 PMSalahuddin Ayub berkata Anwar Ibrahim berpeluang diangkat menjadi perdana menteri ke 10 kerana akur titah Agong supaya diwujudkan kerajaan perpaduan KULIM Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahi...
Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 152 hits
courtesy of RTM tv1 video courtesy of MalaysiaGazette Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke 10 5 petang hari ini
Pm Anwar Angkat Sumpah Telur Ayam Terus Ada

Pm Anwar Angkat Sumpah Telur Ayam Terus Ada

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 133 hits
Tiga hari selepas Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan keganjilan berlaku apabila telur ayam memenuhi pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara Presiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya me...
Wan Rosdy Angkat Sumpah Jadi Menteri Besar Pahang Di Istana Abu Bakar Pekan

Wan Rosdy Angkat Sumpah Jadi Menteri Besar Pahang Di Istana Abu Bakar Pekan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 134 hits
PEKAN Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang pada 14 Oktober lalu Pelantikan Wan Rosdy 64 disempurnakan
Umno Terima Ph Tolak Pn Anwar Hampir Pasti Pm10 Malaysia

Umno Terima Ph Tolak Pn Anwar Hampir Pasti Pm10 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 158 hits
Mesyuarat MT UMNO malam tadi akhirnya memutuskan untuk bersama dengan PH untuk membentuk sebuah perpaduan Dalam waktu yang sama ini bererti UMNO menolak untuk bersama dengan PN yang tiba tiba juga mahu membentuk kerajaan perpaduan walaupun ...
Pemimpin Bn Pn Jumpa 3 Petang Hari Ini Sumber

Pemimpin Bn Pn Jumpa 3 Petang Hari Ini Sumber

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 88 hits
malaysiakini comPemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis Kuala Lumpur Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini Ada perjumpaan antara BN dan PN...
Dun Perlis Enam Exco Perlis Angkat Sumpah

Dun Perlis Enam Exco Perlis Angkat Sumpah

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 187 hits
Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dari Perikatan Nasional membabitkan empat mewakili Pas dan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Is
Restu Doa Dr Wan Azizah Iringi Hari Pertama Datuk Seri Anwar Mula Tugas Rasmi

Restu Doa Dr Wan Azizah Iringi Hari Pertama Datuk Seri Anwar Mula Tugas Rasmi

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 109 hits
Kejayaan suami adalah atas doa dan restu isteri Walaupun melalui pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini terbukti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap setia dan sentiasa berada di belakang suaminya Kredit Gambar BH Online Hari ini seca...
Anwar Undi Percaya Hari Pertama Persidangan

Anwar Undi Percaya Hari Pertama Persidangan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 237 hits
PH BN GPS teras kerajaan perpaduan uji majoriti di Dewan Rakyat 19 DisemberIrene ChiaKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyanggah sebarang pertikaian mengenai kestabilan kerajaan perpaduan sekarang kerana terasnya adalah tiga gabun...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu