Anwar Mungkin Angkat Sumpah Pm Ke 10 Petang Esok Kata Salahuddin


freemalaysiatoday.com
Shahrul Shahabudin dan Dineskumar Ragu
-November 23, 2022 11:49 PM
Salahuddin Ayub berkata, Anwar Ibrahim berpeluang diangkat menjadi perdana menteri ke-10 kerana akur titah Agong supaya diwujudkan kerajaan perpaduan.
KULIM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 petang esok selepas selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Katanya, keyakinan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menitahkan supaya diwujudkan satu kerajaan perpaduan bagi di mana ia tidak menjadi masalah buat PH, manakala di pihak PN, cadangan itu ditolak pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

“Dalam sidang akhbar, dalam kenyataan yang diberikan oleh pengerusi PN, semua rakyat Malaysia yang menyaksikan ucapan beliau yang boleh kita anggap penuh kesombongan. Beliau menolak kerajaan campuran yang disyorkan oleh Agong.

“Pada pandangan saya, Muhyiddin Yassin mewakili PN tidak ada kemungkinan dalam radar ini memungkinan DSAI (Anwar) berpeluang untuk jadi PM ke-10.

“Perkara ini saudara sekalian akan barangkali diumumkan pada petang esok selepas Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang diadakan pada sebelah pagi esok. Kemungkinan besar pengumuman oleh Agong pada sebelah petang. PM ke-10 insyaAllah akan mengangkat sumpah pada malam esok atau selewat-lewatnya pada awal pagi esok,” katanya selepas mengumumkan calon PH bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Salahuddin berkata, pimpinan utama PH sedang berusaha di saat akhir bagi memastikan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri berjalan lancar.

Sehubungan dengan itu, beliau juga turut mengingatkan pengundi di Padang Serai agar memberikan sokongan kepada PH bagi mengukuhkan sokongan kepada Anwar di Parlimen sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

“Penambahan kerusi di Padang Serai menjadi sangat penting kerana kalau Anwar dilantik menjadi perdana menteri kesepuluh, perlu tambahan kerusi di Padang Serai supaya dapat majoriti yang lebih kukuh di Parlimen,” katanya.

Beliau juga turut menjelaskan kepada pengundi di Padang Serai bahawa kemenangan PH di kerusi tersebut juga penting bagi memberikan isyarat bahawa pengundi berbilang kaum di sana menolak fahaman perkauman yang dibawa oleh PN.

Pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH, M Karupaiya disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 16 Nov lalu.

Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Padang Serai sejak tahun 2018 selepas memenangi kerusi tersebut pada PRU 14 dengan mengatasi calon BN, Leong Yong Kong dan calon PAS, Muhammad Sobri Osman dengan majoriti 8,813 undi.

Proses penamaan calon akan dijalankan esok di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/anwar-mungkin-angkat-sumpah-pm-ke-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari 5 Anwar Pm10 Angkat Sumpah 5 Petang Ini

Hari 5 Anwar Pm10 Angkat Sumpah 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 247 hits
malaysiakini comHARI 5 Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum 1...
Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 127 hits
PERDANA Menteri baharu Malaysia Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak masing masing akan diberi jawatan timbalan perdana menteri dalam kabinetnya nanti Presiden PKR itu berkata memandangkan perdana m
Pm Anwar Angkat Sumpah Telur Ayam Terus Ada

Pm Anwar Angkat Sumpah Telur Ayam Terus Ada

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 143 hits
Tiga hari selepas Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan keganjilan berlaku apabila telur ayam memenuhi pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara Presiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya me...
Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 164 hits
courtesy of RTM tv1 video courtesy of MalaysiaGazette Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke 10 5 petang hari ini
Demi Suara Sabah Grs Wajar Sertai Kerajaan Anwar Kata Penganalisis

Demi Suara Sabah Grs Wajar Sertai Kerajaan Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 160 hits
Penganalisis berpandangan kedudukan Gabungan Rakyat Sabah sebagai kerajaan negeri terancam sekiranya tidak menyertai kerajaan di peringkat persekutuan PETALING JAYA Gabungan Rakyat Sabah wajar menyertai kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim yang...
Mungkin Berlaku Tsunami Politik 2 0 Kata Muhyiddin

Mungkin Berlaku Tsunami Politik 2 0 Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 136 hits
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata tsunami politik 2 0 mungkin sekali lagi berlaku di negara ini yang boleh membersihkan Malaysia daripada segala kemungkaran Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional menjelaskan beliau dapat merasai gelom...
Tanpa Najib Bn Mungkin Boleh Menang Pada 2018 Kata Saravanan

Tanpa Najib Bn Mungkin Boleh Menang Pada 2018 Kata Saravanan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 223 hits
freemalaysiatoday com November 14 2022 9 30 AMTimbalan Presiden MIC M Saravanan berkata sokongan daripada masyarakat India kini berbalik kepada Barisan Nasional TAPAH Barisan Nasional mungkin akan kekal berkuasa pada 2018 jika Najib Razak t...
Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 152 hits
Pas tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional sekiranya mereka gagal memenangi PRU15 secara bersendirian Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata PN tidak akan sesekal...
Gps Mungkin Jadi Sebahagian Kerajaan Perpaduan Kata Pemimpin

Gps Mungkin Jadi Sebahagian Kerajaan Perpaduan Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 134 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak menyambut baik pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke 10 Saya gembira kebuntuan telah berakhir kata Abdul Karim Rahman Hamzah Saya harap kerajaan bahar...
Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Pg Pgslot Golf 16 2567 Pg Slot 1 Pg Pgslot Top 23 By Gidget

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain

Ledger Memperkenalkan Ledger Flex Dompet Kripto Keras Sederhana Untuk Penggunaan Sederhana

What To Eat In Kyoto

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Zulfarhan S Murder Exposes Darker Side Of Human Nature

I Don T Believe In Death Penalty But

Pesta Buku Kanak Kanak Selangor 2024

Drama Budak Budak Pushbike

Makan Nasi Goreng Usa Sotong Lewat Malam

Miami Slice An Off The Wall Yamaha Tr1 Caf Racer From London