Harga Beras Putih Import Dinaikkan Ke Rm3 200 Per Tan Metrik


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 1, 2023 
Harga jualan bagi beras putih import diselaraskan daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik di seluruh negara, berkuat kuasa hari ini

Menurut Padiberas Nasional Berhad (Bernas), harga itu sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Bernas berkata pihaknya telah menanggung kesan kenaikan harga beras import sejak beberapa tahun lalu dan langkah itu perlu dibuat ekoran ketidakpastian keadaan semasa, serta untuk memastikan operasi perniagaan yang mampan dan kestabilan industri.

“Bernas telah mengharungi separuh tahun pertama yang sangat mencabar disebabkan ketidaktentuan pelbagai faktor luaran seperti perubahan iklim, kadar pertukaran matawang asing yang semakin lemah, kos operasi yang tinggi dan konflik serantau.

“Faktor-faktor ini secara kolektif telah mencetuskan kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global, ditambah lagi dengan kesan larangan pengeksportan beras putih yang diumumkan oleh India baru-baru ini,” menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Menekankan bahawa Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang masih mengekalkan harga import beras terendah, Bernas menyatakan ia akan terus memantau harga di pasaran antarabangsa dan membuat penyesuaian apabila situasi kembali seperti sedia kala.

Kata Bernas lagi, pihak itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi dan pihak berkuasa berkaitan serta rakan dagang antarabangsa bagi menjamin bekalan beras yang stabil untuk Malaysia.

“Walaupun pasaran makanan global kini tidak menentu dan kian mencabar, Bernas kekal utuh dan berdaya saing.

“Kami turut mengambil langkah yang bersesuaian dalam meningkatkan dan menjamin daya tahan pasaran beras domestik dengan memastikan kualiti, kestabilan harga dan ketersediaan produk.

“Ini adalah peranan kami sebagai ‘gatekeeper tunggal’ bagi padi dan beras negara,” kata Bernas, sambil menambah syarikat itu kekal komited untuk menjadi "penyerap kejutan" bagi menghalang kesan negatif terhadap negara ekoran ketidaktentuan pasaran global.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/harga-beras-putih-import-dinaikkan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 449 hits
Bekalan beras putih tempatan akan pulih dalam tempoh sebulan susulan kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jangkaan itu berdasarkan langkah intervensi dilaksana k...
Swcorp Negeri Sembilan Kumpul 1 151 Tan Metrik Sisa Pepejal Pascabanjir

Swcorp Negeri Sembilan Kumpul 1 151 Tan Metrik Sisa Pepejal Pascabanjir

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 265 hits
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 1 151 tan metrik sisa pepejal pascabanjir setakat semalam Pengarahnya Mohd Zahir Shari berkata ia membabitkan empat daerah yang terjejas teruk akiba...
Sabah Perlu Kebenaran Putrajaya Untuk Import Beras Jelas Pegawai Kanan Kementerian

Sabah Perlu Kebenaran Putrajaya Untuk Import Beras Jelas Pegawai Kanan Kementerian

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 403 hits
Semalam Jeffrey Kitingan mencadangkan monopoli beras yang ketika ini dipegang Bernas ditamatkan supaya Sabah boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu SERDANG Sabah memerlukan kebenaran kerajaan persekutuan untuk mengurus sendiri impo...
Pm Beri Jaminan Beras Tempatan Tidak Naik Harga

Pm Beri Jaminan Beras Tempatan Tidak Naik Harga

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 353 hits
Harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan meskipun harga beras import daripada India meningkat sebanyak 40 peratus tegas Perdana Menteri Berucap di pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Sungai Ab...
Atasi Kepanikan Warga Akibat Harga Beras Mahal Ini Langkah Pemprov Sumsel

Atasi Kepanikan Warga Akibat Harga Beras Mahal Ini Langkah Pemprov Sumsel

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 317 hits
Lonjakan disinyalir akibat berkurangnya stok akibat musim kemarau dan tidak sebanding dengan permintaan pasar
Bekalan Beras Tempatan Mencukupi Harga Stabil Dr Azman

Bekalan Beras Tempatan Mencukupi Harga Stabil Dr Azman

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 350 hits
Oleh Abdullah ZaidPeningkatan harga beras import bermula September ini dijadikan bahan serangan bertali arus pembangkang mendakwa konon kerajaan telah hilang kawalan terhadap stok dan pengedaran bahan makanan ruji rakyat Malaysia itu Malah ...
Fam Sangkal Tuduhan Zamsaham Dakwa Kelemahan Kelantan Fc Punca Pemain Import Gagal Didaftar

Fam Sangkal Tuduhan Zamsaham Dakwa Kelemahan Kelantan Fc Punca Pemain Import Gagal Didaftar

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 470 hits
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman menyangkal tuduhan Norizam berhubung isu pendaftaran pemain import Piala Malaysia Norizam dakwa FAM punca Kelantan dibelasah Noor Azman berkata Zamsaham tidak seharusnya menyalahkan FAM kerana fakta je...
Umur Persaraan Malaysia Akan Dinaikkan Kepada Umur 65 Tahun

Umur Persaraan Malaysia Akan Dinaikkan Kepada Umur 65 Tahun

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 430 hits
Umur Persaraan Malaysia Akan Dinaikkan Kepada Umur 65 Tahun Dalam beberapa tahun akan datang panorama pekerjaan negara kita berubah dengan jangkaan kenaikan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun Perubahan ini telah diramalkan ole...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi